Tuesday, December 13, 2011

Ubat Rindu Pada Arwah Mak...

Dah lama aku idamkan benda ni...baru kejap tadi aku dapat..Alhamdulillah...Terima kasih Allah makbulkan permintaan aku...Aku mimpi arwah mak..dia pakai baju kurung kuning sambil senyum kat aku. Jumpa kat masjid lagi.. Ya Allah seronok nyer... Tapi aku tau yang aku dalam mimpi...aku xnak berkelip mata, dan aku macam dapat tau, kalau aku kelip mata, mak akan hilang dari pandangan...

Bila aku jumpa dia, hati aku kata, "aku mimpi"...masa tu juga, aku terus menangis dan terduduk dalam masjid tu, aku tengok mak sambil dia senyum kat aku...aku terus nangis, aku tak nak kelip mata, sebab takut mak hilang dari pandangan.. Time tu airmata dah berjurai-jurai mengalir, dan masa berjurai tu la, aku kelip mata aku, dan masa tu juga mak dah hilang dari pandangan.. dalam pada masa yang sama juga aku terus terbangun dari tidur...aahhh... Airmata aku keluar bila sedar dari tidur... aku nangis masa tidur...Aku tengok jam dah pukul 2.40 pagi...

Gembira ada, sedih ada.. Gembira sebab dpt jumpa arwah mak, sedih sebab mak dah hilang dari pandangan... Jumpa sekejap, tapi sekurang-kurangnya hilang sikit rasa rindu aku pada mak..

2 comments:

  1. Saya baru kehilangan ibu tercinta. Dan saya juga telah mimpikannya sedang tersenyum. Tapi sekejap sahaja. Lepas itu saya tersedar.

    Sampai sekarang kerinduan terhadap mak masih membara :`(

    ReplyDelete