Monday, May 15, 2017

Gunung Pulai 2017


2017

Alhamdulillah... masih diberi nafas menghirup udara. Masuk bulan Mei ni, boleh dikatakan agak busy awal tahun 2017 ni. Tahun untuk tingkatkan confident level dalam pekerjaan mahupun bisnes. Dalam kepala ni, memang banyak perancangannya, tapi bab melaksanakannya tu, memang perlukan kekuatan 500%. Alahai....

Ok, 1st of all, permulaan 2017 aku mulakan dengan hiking Gunung Pulai. This moment aku buat bulan 14 Januari 2017 aritu. Lepas gian nak hirup udara pokok, bau hutan, dengar unggas..best gilerr

Gunung Pulai tak jauh dari rumah aku, 15 minit dah boleh sampai. Zaman sekolah menengah dulu, Gunung Pulai ni sangat happening, boleh mandi manda, lepak2...kira dalam sebulan 2,3 kali datang Gunung Pulai. Mandi air terjun. Tapi lepas kes tanah runtuh tahun 2001 dulu, terus Gunung Pulai ni ditutup.

Aku hiking berdua je dengan ofismate. Nama dia Nas. Budak Parit Bunga, Muar. Orang nyer kecik, tp nafsu besar.. kahkahkah.. 

Datang nyer ber-7, tp yang hiking 2
 
Hiking sampai puncak lebih kurang 2 jam... tu kategori lambat sebenarnya. Rupanya masa hiking tu, aku bersaing dengan sorang mamat. Rupanya bila sampai puncak, nampak mamat tu tgh isap rokok kat pencawang yang dilarang masuk. Rupanya mamat tu ASKAR. So that area NO CAMERA OR VIDEO atas faktor keselamatan negara.
Sayangi hutan lipur kita

Nas dengan gambar kawan dia

Rehat

Ngarut

Hampir sampai puncak

Sampai puncak!!  menara telekom tu bukti, nak naik atas lagi x boleh  coz protected area

iklan gigi

Si Nas 1st time guna action camera. Very the jakun yo..!!! aku lahir2 je dah pakai dah action cam ni..

Seronok sebenarnya hiking ni,  Penat..!! tapi bila dah sampai puncak hilang segala penat. Plan next time, nak hiking tempat lain plak...