Friday, December 30, 2011

Cintai Bahasa Arab...

Mungkin ada yang suka, mungkin ada tak suka dengan tajuk entri aku... Kalau dia ni "peminat kipas mati" pada Bahasa Melayu, buat apa kita nak cintai bahasa arab?.. Dulu masa sekolah menengah & kolej pun aku tak suka bahasa arab. Pada aku kita tak guna pun bahasa arab tu, bukan nak sambung belajar sampai kat Mesir pun...tapi aku rasa silap. Sebenarnya setiap hari aku dan kita semua berdepan dengan bahasa Arab. Nama kita, doa kita, al-Quran kita, semua dalam bahasa arab. Cuma macam mana kita fahami dan "feel" kan makna kalimah arab tu dalam bahasa ibunda kita...

Tadi lepas mengaji, bos bagi tazkirah...asal nyer cerita pasal bangsa, terus bos bagi tazkirah pasal orang arab dan bahasa arab. Bahasa arab adalah satu bahasa yang sangat luas vocab dan metafora nyer.. Kalau orang kata bahasa Inggeris luas, bahasa Arab lagi luas. Walaupun aku bukanlah seorang yang pandai menggunakan bahasa Arab, tapi aku juga meminati bahasa arab. 

3, 4 tahun yang lepas..aku dah baca 1 buku berkaitan dengan peperangan laut. Dan aku jumpa satu statement ayat yang sangat mengejutkan aku. Perkataan tu digunakan sampai sekarang... perkataan ini adalah gelaran bagi ketua perang bagi angkatan laut iaitu "ADMIRAL".. dan sebenarnya.... perkataan admiral tu di ambil dari perkataan arab iaitu "AMIRUL" yang bermaksud ketua/ pemimpin..

Dan tazkirah tadi, bos ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, "Cintailah Arab atas 3 sebab :
1- Sebab aku (Nabi Muhammad) berbangsa Arab
2- Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab
3- Bahasa yang digunakan dalam Syurga nanti adalah Bahasa Arab."

No comments:

Post a Comment