Wednesday, July 31, 2013

RM50... Dapat Apa?

Hari Raya akan menjelang lebih kurang 7 hari lagi. Persiapan aku dah buat sikit-sikit dan ala kadar aje. Dan setakat ini, aku masih belum lagi jejakkan kaki ke bazar-bazar Ramadan samada untuk beli juadah berbuka ataupun membeli persiapan raya. Kueh aku dah beli sikit-sikit, tu pun direct beli kat kedai. 

Baju Melayu dah beli sebelum puasa lagi, cuma perlu cari sepasang dua lagi t-shirt atau kemeja untuk tambah koleksi baju raya. Raya dah tak meriah macam zaman kecik dulu. Kita dah dewasa ni rasa feel raya sehari dua sebelum nak raya je, masuk raya ke-3 dah tak berapa rasa sangat.

Semalam, berbual dengan rakan-rakan, ada sorang tu kata, “Nak raya ni, duit duduk dalam dompet kejap je, tak sampai sehari, lepas tu keluar balik”.  Hahaha.. tu la, penangan raya. Duit tu laju je keluar. Nak masuk punya la lambat, time keluar.. fuh!!! Laju je kan.!!!

Kalau duit RM50.00,beli kueh 3 jenis dengan harga RM16.00 sebungkus/sebalang dah jadi RM48.00. Fuh.. sekelip mata kan!!! Nak cari RM50.00? senang tak? Zaman sekarang punya nilai kan.. Nampak tak?
Tak kisah lah nak beli apa pun, nak beli berapa banyak, yang penting kena bijak berbelanja. Ikut kemampuan masing-masing. Kalau pendapatan tu besar, belilah bebanyak. Kalau yang pendapatan tu kecil, kenalah pandai-pandai bagi… Yang penting, jangan membazir dan jangan melampau-lampau.


Selamat bershopping raya..!! 

Tuesday, July 30, 2013

Permintaan Yang Terlalu Tinggi

Berlalu sudah malam 21 Ramadan malam tadi... kalau ada yang tak sempat nak bangun tengah malam tadi, at least ada la buat amalan lepas maghrib atau buat solat Isyak berjemaah dan solat terawih. Moga segala amalan yang dibuat diterima Allah. 

Balik keje semalam, dengar radio IKIM.fm, dengar satu tazkirah. Bercerita tentang DOA DAN AMALAN. ADAKAH AMALAN DAN DOA KITA SEIMBANG? Maksudnya, adakah amalan kita yang banyak itu, seimbang dengan doa yang kita minta pada Allah. Pastinyer salah satu doa yang kita minta adalah meminta SYURGA Allah. Permintaan kita itu sebenarnya adalah terlalu tinggi. 

Kalau fikir betul-betul, Saidina Umar, sanggup  korbankan darah dan nyawa untuk Islam, Abdul Rahman Bin 'Auf memberikan seluruh hartanya pada fi sabilillah.. Saidina Abu Bakar banyak berjuang bersama Rasulullah dan pertahankan Rasulullah,  Imam Syafie boleh khatam Quran 60 kali dalam bulan Ramadan dan beribu hadith yang dihafal nyer, Panglima Islam Khalid al-Walid berperang demi Islam, memang patut la diorang masuk syurga. Tapi kita ni? Jauh dengan Allah, banyak buat dosa, malas beribadah tapi tiba-tiba minta syurga. Macam kelakar permintaan tu. Amalan sikit tapi nak masuk syurga.

Sebab tu lah, kita dianjurkan oleh Rasulullah untuk mencari malam Lailatul Qodar tu. Setahun cuma sekali aje kita korbankan sikit tidur kita waktu malam tu untuk mendekatkan diri kita pada Allah. Korban tidur, tu je... tak perlu keluar peluh, tak perlu keluar duit, luka-luka badan.. Cuma bangun tidur tengah malam dan beramal kerana Allah. 

So, dengan berbaki lagi 8 malam ni, cubalah kita gagahkan diri, tanamkan azam, mohon pada Allah berikan kekuatan untuk kita bangun pada waktu malam dan beramal pada nyer. Moga segala amalan yang kita buat, diterima Allah, dipertemukan dengan Lailatul Qodar dan mendapat pahala seperti beribadah selama 83 tahun. Amin.. Jom..!! sama-sama kita berusaha dapatkan nyer....  

Monday, July 29, 2013

Jangan Hilang Fokus Tau...

Alhamdulillah…hari ni dah 20 Ramdhan, Sudah sampai kita di 10 malam terakhir Ramadhan. Bermula malam nanti, marilah kita menyemarakkan lagi malam-malam Ramadhan dengan beribadah kepada Allah. Seumpama kita berlumba lari 100 meter, kat starting point kita berlari dengan penuh tenang, cantik dan bertenaga, dan apabila hampir sampai ke garisan penamat, adakah kita mula pancit, tak bermaya, hilang tumpuan??? Ataupun.. kita terus konsisten, terus focus, terus bertenaga untuk menang sampai ke garisan penamat???? Alangkah ruginyer kan…dah nak hampir menang tapi datang pulak kelemahan-kelemahan yang tak sepatutnya.

Tu cuma perumpamaan lah… maksudnya kita dah masuk malam-malam yang Allah janjikan malam LAILATUL QODAR ni, kita kena rebut peluang tu. Ganjaran pahalanya bersamaan 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Boleh ke kita beribadah sepanjang 83 tahun tu..??
Jangan lepaskan peluang ni… seluruh malaikat akan turun ke bumi, mendengar doa kita, ampunkan dosa kita, dan akan ditulis rezeki serta ajal kita untuk tahun-tahun akan datang. Jadi mohonlah betul-betul pada Allah. Dalam 1 hadith sahih yang bermaksud  “Lailatul Qodar itu berada pada 10 malam terakhir Ramadhan, carilah ia pada malam-malam yang ganjil seperti malam 21, 23, 25, 27 dan 29.”   

Saturday, July 27, 2013

Arwah Nenek...

Setiap orang punya pengalaman sendiri dan belajar daripadanya. Satu daripadanya yang takkan aku lupakan adalah arwah nenek sebelah mak aku. (tradisi orang jawa panggil "embah"). Dia seorang bidan kampung, juga tukang urut. Kalau tanya orang kat kampung, semua orang kenal dia. Dan aku diajar dari kecik, kalau demam aku akan berurut, dan sehingga kini, aku masih lagi tak dapat jumpa orang yang boleh urut macam arwah embah aku, lembut tapi "TEPAT PADA SASARAN". Maksud aku, kalau terseliuh, inshaallah boleh baik tempat yang dia urut. Namun apa yang nak aku sampaikan, satu cara dia apabila pangku baby adalah diletakkan baby tu  di kaki bahagian tulang kering kaki. Mcm gambar kat bawah ni...

rileks
lalalala...

Tabik bos!!!

left view


right view
Arwah embah suka sangat pangku baby mcm nih.. tak tau la kenapa. Dari aku kecik aku tengok, mcm ni la cara dia pangku baby-baby. Semalam, dalam tengah tengok rancangan jejak rasul, aku pangku Abdah mcm arwah embah aku buat. Terus teringat arwah embah. Al-fatihah untuk "Hajah Surip Binti Timan". Moga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Friday, July 26, 2013

Zakat Fitrah 2013

Zakat fitrah tahun ni aku dah settle kan. Alhamdulillah...Sebenarnya, dari Jumaat minggu lepas nak bayar, tapi kat masjid tu takde pulak kaunter zakat fitrah. So hari ni aku solat Jumaat tempat lain pulak, lepas solat Jumaat, aku tengok kat pintu masuk masjid dan aku nampak ada kaunter zakat fitrah. Yes..!!!! boleh settle hari ni. 

Sebenarnya, kat ofis aku ada ofismate yang dilantik menjadi amil (orang yang mengutip zakat fitrah ni), tapi asyik lupa nak bawa resit je... so x dapat la bayar dengan dia. Tahun ni Majlis Agama Johor menetapkan kadar zakat fitrah ialah RM8.00... Siapa yang takde pengalaman bayar zakat fitrah ni, try la pergi. Nanti orang yang bayar akan baca satu akad nikah hehehe... kita akan baca teks yang diberikan, then sebut berapa RM.. then baca doa. Kita cuma aminkan aje. Amil tu yang bacakan...settle!!!! mudah kan....

Selamat menunaikan zakat fitrah anda...!!! ;-)

Salam Nuzul Quran

Salam Ramadhan ke-17.. juga salam nuzul quran. Bagi negeri yang amek cuti sempena nuzul quran, kalau berkesempatan tu, perbanyakkanlah membaca quran hari ni ye... Kami kat Johor tak ambil cuti nuzul Quran... 

Jika countdown untuk sampai hari raya, maka tak sampai 2 minggu kita akan bertemu Hari Raya. Untuk aku, persiapan raya tahun ni, ala kadar je... Tak macam tahun lepas, bersiap dengan apa yang ada aje.. Ye lah.. nak berjalan gi beraya pun, my wife tengah dalam pantang. So, siapa ada free, boleh la ajak i gi beraya sama la ye...

Ayam tengah mahal sekarang ni... Ada menteri tu kata, kalau rasa ayam tu mahal, cari la makanan lain. Adoyai... senang nyer cakap. Raya mesti pakai ayam.. Daging pun ramai orang akan cari... Ikan tu jarang la...tapi ikan pun mahal jugak. Kalau ikut aku, no problem, tetamu datang bagi makan sayur pucuk daun bebuas tu je.. Belakang rumah tengah banyak tumbuh, tak pun belimbing buluh, pun tengah banyak keluar. Makan sama telur dadar.. Ok tak? hahahaha.. time raya, mesti ada orang kata kat aku, time raya je, mkn rendang ayam la, daging la... jemu dah...apa kata kita tukar menu plak... !? hahahaha...
Daun bebuas masak air... sllrruuupp..

belimbing buluh potong kecik2, masak tumis ikan bilis

aku dianiaya time raya

aku juga mangsa
Duit raya belum tukar lagi.. nanti, sampai masa, bank dag takde duit tukar. Kena bijak plan segala pergerakkan kita nak raya ni, seat belt jangan lupa pakai time drive, dekat2 raya ni banyak ops mengejut. hahaha.. Abang polis tengah standby je nak bagi "kad raya" kan! Jadi awasi pergerakkan kita semua....


Thursday, July 25, 2013

Turun Mukjizat Malam Ni...

Hari ni dah masuk Ramadhan ke-16.. Malam nanti, sudah Ramadhan ke-17, jadi malam nanti adalah malam dimana Al-Quran diturunkan 1400 tahun yang dulu. Malam nanti marilah kita cuba isikan aktiviti dengan beribadah kepada Allah dengan baca Quran, zikir, istighfar dan juga solat-solat sunat yang lain sebagai mengenang kembali wahyu pertama diturunkan. Marilah kita menghidupkan malam Nuzul Quran ini dengan dekatkan diri pada Allah.


Tuesday, July 23, 2013

Apa Tafsir Mimpi Aku Ni?

Suasana masa tu, aku berada di Mekah, cuaca masa tu panas terik dan aku dalam perjalanan ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Tapi entah kenapa, perjalanan aku tu aku rasa sangat jauh. Aku terpaksa berjalan di atas konkrit-konkrit, besi-besi piling, wayar-wayar berselirat. 

Tengah berjalan, tetiba terperasan sorang kawan aku, dan aku cuba tegur dia, (dia masih hidup lagi).. tapi dia kata bukan dia. Rupanya jemaah dari Indonesia.. Terus aku sebut nama kawan aku tu, then terus menangis. Allahu Akbar, aku terus terbangun. Tengok jam tepat 2.30 pagi. Aku rasa mata aku berair, aku nangis dalam tidur. Apa makna nya..?

Mungkin kerana semalam (atau lusa) aku dengar pengumuman dari Dato' Jamil Khir Baharom kat tv kata, penginapan jemaah Malaysia jarak nyer bawah lingkungan 950 meter, ini maknanya hampir 1km... Allahu Akbar... sampai terbawa dalam mimpi pulak... 

Aku bukannya jemaah haji, tapi aku dapat rasakan betapa jauhnya untuk ke situ. Bayangkan golongan tua dan mereka yang ada masalah kesihatan... Lepas bangun dari tidur tu, terus aku buka tv, ada siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram. Subhanallah.. Ramainya manusia.. Bila la dapat ke sana musim Ramadhan. Memang sangat ramai. Dah macam waktu musim Haji dah... 

Sunday, July 21, 2013

JANTAN PUN DALAM HATI ADA TAMAN

Apa ingat, orang lelaki ni tak terer ke? cuma kalah bab bersalin n menyusukan anak je. Memang fitrah lelaki tak dapat buat macam tu la kan.. hehe...Walau ada sesetengah suami yang tak mampu buat kerja seperti basuh & sidai baju, memasak dan lain-lain kerja rumah, tapi pada aku kena la belajar sikit2... kalau dulu masa bujang boleh buat, takkan dah berkahwin tak boleh nak buat. Rasa nyer orang perempuan pun suka orang lelaki yang boleh buat kerja rumah gak kan. Macam Ashraff Muslim tu... (tetiba pulak masuk Ashraff Muslim kan...)... Chewaahhh...!!! Ni gaya orang pro menyidai baju...hahaha...



Pada aku, takde masalah, buat je lah.. sebab untuk family sendiri jugak kan... Nak amek bibik filipina takut kontroversi pulak.. hahaha... Bagus juga buat benda ni semua time bulan-bulan pose ni, ada jugak aktiviti nak buat, daripada nak tidur je... 
Who's the winner...???

Friday, July 19, 2013

"TeamMate" Baru, Jadual Baru

Rutin aku bulan puasa kali ni agak bizi skit. Kalau dulu, lepas sahur, bersiap untuk diri dan pergi keje (time tu tempat keje jauh lagi). Tapi sekarang, lepas sahur je, terus siapkan keperluan baby n wife yg masih dalam pantang tu. Bekejar jugak la. fuh..fuh..fuh..!!!

Ni antara yang perlu aku siapkan sebelum gi kerja...kena pastikan everything settle.















Dan puasa ke-8 hari tu, tali pusat abdah dah tanggal dah.. Alhamdulillah, takdelah takut tersangkut kat pampers. Lepas ni tinggal letakkan ubat pencuci je la... pernah tengok tanggal pusat baby tak? Ni ha tengok la sendiri....




So, lepas bertambah "team" ni, kena la arrange semula jadual harian, mana nak urus diri, anak-anak, n family.. Moga diberi kekuatan la.. Amin...


Thursday, July 18, 2013

Hari Ke-7 Kamu Di Dunia

Selasa 16hb Julai 2013, dah masuk hari ke-7 baby lahir ke dunia. Maka adalah disunatkan dalam agama agar bayi itu dicukur rambut kepalanya, diberi nama dan di aqiqahkan.. Cukur rambut dapat buat, nama pun dah diberi pada empunya badan, cuma aqiqah saja yang belum tertunai. Insha Allah ada rezeki nanti, ayah aqiqahkan kamu ye... 

Setelah belek-belek kat buku nama-nama yang indah, maka aku pilih RIZQ NUR ABDAH sebagai nama baby, Rizq Nur aku jadikan sebagai nama family, dan ABDAH untuk dirinya. (RIZQ = REZEKI, NUR = CAHAYA, dan ABDAH = KETAATAN). 



Antara gambar sebelum cukur :

Sempat pulak senyum ye....

Ehem...
Steady..ayah nak snap gambar !!













Aku mangsa keadaan

Hai everybody..!!!



So, selepas berbuka puasa hari ke-7 hari tu, maka aku meng-operasi-kan rambut Abdah. Habis gondol dah kepala Abdah. Hahaha.. maka inilah hasilnya...
Sila abaikan 'muncung' lelaki tu...
Tara..!!!!!
Hmmm...
Selesai sudah... hanya tinggal buat aqiqah saje. Insha Allah, doakan moga ada rezeki untuk kamu ye Abdah...

Wednesday, July 17, 2013

Pantang Lepas Bersalin, Tugas suami..????

Seperkara lepas bersalin adalah menguruskan tembuni baby (kalau bahasa doktor plasenta kalau tak silap aku). Kalau orang Islam, menguruskan tembuni adalah satu kewajipan. Kena basuh dan di tanam. Tak taulah kalau untuk agama dan bangsa lain. Untuk aku, takde masalah untuk uruskan benda tu, tapi ada setengah orang tak sanggup, geli... 

Berborak dengan sorang brother masa tunggu wife bersalin hari tu, dah masuk anak ke-4, tak pernah teman wife bersalin & tak pernah uruskan tembuni tu. Pada aku satu kerugian, rugi nyer sebab tak cuba untuk cari pengalaman dan pelajaran baru. (Tu kan tembuni anak sendiri...)

Tembuni tu dibasuh dengan asam jawa, dan dibilas. Kemudian dibalut dengan kain putih dan dimasukkan ke dalam pasu tanah. (tu cara orang jawa la) Kalau zaman dulu, orang-orang tua suruh letak pensel (supaya pandai belajar), letak jarum (pandai jahit kononya)... kalau fikir balik baik letak laptop or tablet, boleh jadi pakar komputer, letak enjin kereta boleh jadi mekanik dah besar nnti. Tapi tu kepercayaan dulu la. Bukan nak perkecilkan adat orang-orang dulu, tapi adalah lebih baik kita ikut ajaran Islam yang sebenar. Sambil korek tanah tu, selawat2 la, doa2 moga anak yang lahir tu jadi manusia yang berguna untuk Agama, bangsa & negara hendak nyer.. Untuk kali ni, aku cuba basuh dengan air zam-zam... (ada balance gi umrah hari tu (nanti ada masa aku cerita pasal gi umrah)).. saja aku nak tengok kesan air zam-zam pada baby... moga ada ada kesan positif hendaknyer..
Plasenta in full version
Zoom in
Tali pusat yang dipotong
Habis dah bab tembuni....... 

Now masuk bab jaga orang dalam pantang pulak. Tersangat berhati2 nyer orang yang pantang ni. Untuk aku, aku kena cekap urus waktu, diri sendiri, diri org yang berpantang tu, dan keperluan & rutin harian. Kena kuat fizikal & mental tau. Untuk aku, aku akan siapkan mandi baby, mandi ibu pantang, memasak, basuh & lipat baju.. letih wooo....tu rutin yang wajib la...fuh!!! berpeluh ketiak beb.. Pantang kali ni, si ibu cuba menggunakan produk dari Amway... Nampak lengkap set tu, ada penghangat badan, herba penenang, herba mandian, teh herba, sapuan untuk perut & juga bengkong. Bukan promo, tapi nak cuba produk lain. Sebelum ni, si ibu guna Salindah.. Kali ni try Amway pulak.
Lelaki nak pakai pun boleh...hahaha...
Benda2 herba sangat membantu ibu yang dalam pantang, aku pun suka bau dia. Kalau nak cuba, silakan... Nasib baik lelaki ni takde pantang.. hahaha... Dan jangan lupa untuk berurut. Ni LAGI PENTING, sebab nak betulkan semula urat-urat badan, urat-urat kepala, sistem peranakan dan kesegaran. Alhamdulillah, kali ni dapat tukang urut yang sangat bagus, kategori nenek.. tua tapi berisi. Sampai mandikan baby pun dia buat. (standby duit je la) tapi rasa nyer tak mahal mana kalau nak dibanding dengan urut2 yang ada kawasan bandar. 
Tukang urut mandikan baby
Budak kecik yang kanan tu, tengah teori belajar mandikan baby..
 pasni turn dia plak mandikan..
Terima kasih sangat2 untuk nenek tukang urut yang tolong urus my wife n baby ni... Hanya Allah yang balas jasa mu...

Tuesday, July 16, 2013

Hadirnya Ramadhan Hadirnya "Dia"

Salam Ramadhan..

Hari ke-7 sudah kita berpuasa. Puasa tahun ni, aku sangat sibuk. Sibuk menanti kehadiran "Si Dia" selepas hampir 9 bulan menanti. Hmmm... lepas ni bertambah lagi ahli dalam "group" kami... 

Puasa pertama, lepas solat subuh, aku layan tidur. Sedar-sedar dah nak tengahari dah...jam 11.30 (lama tak buat perangai nih) hehehe... Lepas je basuh muka, my wife bagitau, perut dah mula sakit. Alamak...nak bersalin dah...terus mandi dan bersiap. Si kakak, terus hantar ke rumah pengasuh. Then terus berdesup ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. 

Sampai hospital terus register n my wife terus masuk bilik saringan. Bab ni yang berdebar ni.. Time tu lebih kurang jam 2.30 petang. Lebih kurang pukul 4.40 petang, akak nurse panggil nama aku, "Isteri encik, dah nak bersalin, dah buka 5cm.... ish..!!! terus berdebar makin kencang. Nurse minta standby baju baby. Sampai giliran aku, nurse panggil masuk. Kena isi form untuk teman wife bersalin. (berani kan..) Sape yang ada peluang teman wife bersalin, pergilah temankan.

Masuk je labour room tu, my wife dah peluh-peluh, walaupun air-cond punya la kuat. Aku pulak rasa macam nak kencing, sejuk punya pasal. 5 minit je akan sakit-sakit. Aku tunggu sampai 5.50 petang tunggu baby nak keluar, tapi tak keluar. Lastly ckp dengan wife, nak keluar solat Asar kejap. Lepas solat, aku doa pada Allah moga dipermudahkan bersalin. Betul-betul minta nih..

Aku masuk balik labour room jam 6.05 petang, aku tengok, jarum air kat tangan wife dah terkeluar, so aku panggil nurse untuk minta dia betulkan, lepas je nurse tu betulkan, nurse tu kata nak check "jalan".. Tetiba dia terus jerit... "Ehh...!! dah nak keluar ni, terus dia jerit, terus 5,6 orang masuk dalam bilik tu, semua gabra.. ( time tu kelakar ada, berdebar pun ada) sebab nyer, tengok diorang pakai sarung tangan punya laju, buka barang2 operation punya la laju... hahaha...dan tepat 6.15 petang baby pun keluar. Alhamdulillah.. semuanya selamat. 

Untuk pertama kalinyer, aku mengazankan baby dalam keadaan masih berdarah lagi...Oh.. moment yang sangat indah...Percayalah.. menitik airmata ni.. Baby girl 2.7 kg, pada Ramadhan pertama..Alhamdulillah.. semuanya selamat. Baby juga sihat. Apa yang my wife takutkan iaitu kena "jahit" juga tak menjadi realiti. Dia bebas dari kena "jahit". hahaha... (Kena tanya dia la apa rahsia nyer)...

Petang tu aku cuma berbuka puasa dengan kurma je, air pun takde coz wife belum keluar dari labour room lagi. Yang ada cuma air selusuh, takkan aku nak minum air selusuh plak. Kang keluar plak benda lain... hehehehe.. aku pulak yang masuk bilik bersalin..hahaha..Ok la, kang sambung cerita lagi...
Pernah tengok benda ni? 


Tuesday, July 9, 2013

Roh Ramadhan 2013

Sungguh lama tak jengah blog sendiri. Jengah blog org rajin, blog sendiri tak terhandle plak. Kesempatan ada, tapi malas yang lebih. 

Esok, Rabu 10 Julai 2013, umat Islam dah mula berpuasa. Alhamdulillah.. Allah Ta'ala panjangkan usiaku untuk dapat bertemu lagi untuk Radhan kali ini. Syukur sangat2... Semoga Ramadhan tahun ini, memberi banyak perubahan yang lebih positif kepada aku khususnyer. Nak kata azam, mcm biasa la, harapnyer mampu puasa penuh hingga ke akhirnya. Amin..

Namun dalam pada masa yang sama juga, aku tengah berada dalam situasi "bersiap bersedia"... Menanti "Orang Baru" yang akan keluar. Doakan segalanya dipermudahkan dan selamat. Ok, ada masa nnt, update lagi entri ok.. Selamat menyambut "Promosi" Ramadhan. Promosi kerahmatan, Keampunan dan segala Kebaikan dari Allah kepada kita. Jangan lupa solat Tarawih tau....