Friday, August 19, 2011

Belanja Raya...

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-19... Rasa nyer orang ramai dah mula gila berbelanja untuk persiapan Syawal... (termasuk la aku)..hehehe... kelmarin mencari baju raya time orang bekerja..kira ok la...x sibuk mana lagi...tp lepas je ofis hour, orang ramai dah mula keroyok ke shopping kompleks. dari pukul 3.30 petang menjelajah Jusco Tebau tu...cari baju melayu saiz aku....x banyak pilihan dan pada standard aku agak mahal.. cari punya cari, x jumpa..alahai...mula la nak merungut. x banyak pilihan... budak comel ni dah terberak la...dah merengek nak mandi la... makan la...layankan je..budak comel ni...
aufa fikir.."nak tema kaler apa ek raya tahun ni?"

beyak pulak...
R&R
Tapi...sempat gak sambar baju kat Hush Puppies...dengan diskaun 50%..ok la...akhirnya stay kat situ sampai berbuka...dan saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Waktu berbuka...inilah dia.... Kenny Rogers Roaster...lama dah ngidam benda ni...

set 1
set 2
cheezy macaroni
acara wajib... 'gambar'

Monday, August 15, 2011

First Try For Kabsah Lamb


Ramadhan ke-13, dengan penuh keayuan berani dan gagahnya, aku cuba untuk masak nasi arab yang sungguh aku dambakan itu. Dengan rasa “kabsah lamb” yang masih menguis2 dalam tekak aku 2 minggu yang sudah, aku try nak buat sendiri..aku cuba tiru rasa kabsah yang aku makan kat saba mut’am haritu… dengan berpandukan gerak rasa lidah, rasa hati, tengok kat internet dia punya ingredient dan cara masak nyer…maka aku cuba buat.

Semua bahan yang aku cari, hampir 90% aku dapat jumpa. Namun ada beberapa item yang aku x dapat jumpa…antaranya lelemak kambing (pegi pasar pun dah pukul 3 petang, orang dah habis borong dah…) dan beberapa bahan rempah..namun xpe, aku cuba guna skill yang aku ada utk cover up apa yang aku x dapat cari….
bahan utama, xde ni, xde la nasi arab...

bawang

herba untuk menumis















Cabaran ketuk-ketuk Ramadhan bermula jam 5.00 petang, sampai rumah, terus je, prep barang…basuh kambing, potong barang apa semua, prep kan rempah2, amek gambar dan mulakan masak… 
tomato kecik...guna tomato besar pun boleh...

Timun...atau lebih dikenali sebagai cucumber..kenal x?

lemon...

lada + cili

inilah hasil nyer...
Masak punya masak, bau telah menjadi..namun dari segi bentuk dan rasa (tang rasa tu, aku dapat rasa masa berbuka ye…bukan rasa time petang tu) agak ada kelainan sikit… 
So, inilah hasilnyer....
First Kabsah Lamb dari ana lahhh....
Secara kesimpulannya, untuk 1st try aku untuk kabsah lamb ni x menjadi walaupun secara “ain nyer” nampak okey...Antara kemungkinan silap yang aku buat adalah,..
1)Merebus daging kambing tidak empuk, xde lelemak kambing dan masa rebusan x lama..
2)Antara rebusan kambing dengan bahan tumis tidak sebati dan tidak mesra (mesra alam sekitar je...he2) kerana sebab no 1 di atas.
3) Terlebih semasa beras di masukkan, that’s why nasi ada sikit melekat, kelihatan juga nasi tidak peroi…
4)Macam terlebih rempah, kerana dapat rasakan nasi melekat bersama rempah…(yang aku makan aritu nampak cantik je…)

So next time, make sure aku x buat lagi kesilapan yang dah dibuat…tapi dalam kepala ni, aku nak try steamkan nasi tu….doakan aku berjaya…

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kareem....

10 puasa yang pertama = Rahmat
.
.
.
.
.
10 puasa yang kedua = Maghfiroh (keampunan)
.
.
.
.
.
10 puasa yang ketiga = Itqu Minan Nar...(dijauhkan dari api neraka)

Kini kita dah masuk fasa yang kedua.....

Thursday, August 11, 2011

Teringat Rumah Itu...

Teringat zaman tinggal kat rumah yang dulu…nak naik rumah tingkat 3, punyalah jenuh nak naik, kalau ada barang tertinggal kat kereta, perlu tahap iman yang paling tinggi sekali kalau nak gi ambik…kalau xde, esok je la amek barang tu… banglo rumah tu kecik je …15 3 bilik dan 6 2 bilik air…. tapi penuh makna, rasa selesa sangat… suka duka dilalui bersama…rumah kamilah yang paling “berani” kalau kat blok A tu…apa tak nyer, siang ke..malam ke.. sliding door akan sentiasa terbuka, tingkap jangan harap la nak tutup. Pintu slaid & tingkap akan tutup time salji hujan lebat coz tempias boleh masuk sampai rumah… Kenapa sliding door dan tingkap sentiasa terbuka…?? Sebab kami  dapat angin yang cukup nyaman kat tingkat atas…
Balik kerja sambil angkut barang dapur....adoyai..
Pernah sekali jadi 1 kes, rumah jiran sebelah kami dimasuk orang, laptop, handphone, bumbung kunci rumah, kunci kereta semua hilang sedangkan time tu kami kat sebelah tengah tidur terbongkang dengan pintu dan tingkap terbuka luas…padahal, rumah sebelah tu, punya rapat pintu dan tingkap tertutup. Alhamdulillah la..mungkin robinhood “pencopet” tu ingat kami belum tidur lagi…sebab tv terpasang kuat, hatta time tu da pukul 2,3 pagi…
Hall & pintu yang x bertututp

view yang berlainan
Walaupun tingkat paling penthouse atas, namun paling meriah…sentiasa je ada tetamu yang datang…yang kerap datang adalah budak belajar ngaji la…tiap2 malam datang belajar ngaji…best kalau budak2 ni datang…. Family & kawan2 pun ramai datang, mak bapak, pak mertua, mak mertua,  yang pengantin baru, yang jadi guard, yang marhaban, yang tgh bercinta pun ada gak…Alhamdulillah…mereka sudi datang dan bawa rezeki pada kami…Aku masih sayangkan rumah  tu walaupun itu bukan rumah aku…
ni la pengantin baru, tgh blaja pegang budak

kawan-kawan

Lepas marhaban, dapat duit raya

Tetamu tunggu makan..ngeh..ngeh...

anak buah mama ryna

akak guard tmpat keje mama ryna

layan FB sambil tgk wiwi

pandangan petang dari "rumah tu"

pandangan senja....(time setan keluar)

Wednesday, August 10, 2011

Berapa Hantaran Nak Letak?

Berbual-bual dengan seorang ustazah pagi tadi, tetiba dia tanya soalan..."Firdaus, kalau la, ada adat orang melayu yang membolehkan perempuan meminang lelaki, berapa hantaran yang firdaus nak letak?" uit~~ soalan yang sangat menarik untuk dijawab....hehehe...tapi sebenarnya susah juga nak jawab.. 

So aku pun jawab, tengok pada kemahiran la...kalau dia (lelaki) tu boleh betulkan kereta, motor, basikal dan kenderaan yang lain harga dia RM2,500.... kalau dia pandai buat rumah sendiri RM5,000... pandai berlakon, menyanyi, berlawak, buat dan gubah lagu harga dia RM2,500 kalau dia pandai memasak dan mengemas rumah harga dia RM8,000....hehehe...dan yang paling mahal adalah kalau dia bisa mengaji solat, urus jenazah, bagi ceramah tazkirah RM10,000 di campur semua pakej yang ada maknanya RM28,000 gak la kan...apa jawapan yang aku diberikan..ustazah tu cuma ketawa terkekek-kekek je... kalau korang macam mana...???????

Tuesday, August 9, 2011

Syukur...

Alhamdulillah...lepas je dengar berita kat radio pagi tadi, macam buat-buat terkejut je...PM umumkan bonus hari raya RM500 akan diberikan kepada 1.27 juta kakitangan awam. 
Bang..bang..
Alhamdulillah sekali lagi...rezeki dari Tuhan untuk hambanya... Kalau dah dapat bonus tu, jangan lupa untuk diberikan kepada mereka yang berhak. 100% duit tu bukan hak kita...ada "hak orang lain" dalam rezeki yang diberikan pada kita. At least hulurkan la barang seringgit dua untuk tabung masjid, anak yatim, atau orang susah... kalau dapat bagi lebih, lagi baik...ikut kemampuan..xde paksa-paksa... 
Rezeki
Bagi yang bekerja sendiri atau swasta...walaupun xde bonus macam kakitangan awam, juga patut bersyukur juga...kerana Tuhan masih bagi kita daya untuk bekerja untuk bagi isteri, anak dan keluarga makan, walaupun mungkin perit... Mungkin apa yang "dikais" hari ni mungkin hanya cukup untuk makan sahaja, tapi mana tahu, hari lain "kais" terkais lubuk emas....itu rezeki kamu...
Kais pagi makan pagi, kais emas makan sampai lemas..huhuhu~
Tapi  apa pun bersyukurlah... seperti dalam firman-NYA yang bermaksud " Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, sesungguhnya kamu tidak akan dianiayakan." Itu janji Tuhan pada hambanya...

Monday, August 8, 2011

Bagus Jugak Banyak Keje....

Hari ni aku rasa enjoy pulak bermain-main bekerja...keje banyak, kejap ke sana mengumpat ..kejap ke sini mengata...kejap keluar...pastu sambung keje balik...tapi x rasa tension pulak. Kadang2 ada bagus nyer kalau banyak keje time puasa2 macam ni... x terasa masa tu berjalan..tetiba je rasa dah nak balik ...tetiba je rasa dah nak berbuka puasa... Syabas untuk diri sendiri...hehehehe...

Ben...

Assalamualaikum...gud morning...tgh drive ke tempat keje tadi.. Tetiba teringat mimpi malam tadi.. Boleh plak aku mimpi Bro Ben Ashaari.. Situasi macam shopping mall kat Putrajaya, tapi bukan alamanda. "cerita" nyer kejap je....
Aku berselisih dengan Ben ni... Pastu aku tegur dia la...dia pakai baju t-shirt (macam dalam gambar pada 1 entri dengan badan berketul sambil pegang dslr dia..huhuu~~) Aku tanya Ben " Macam mana boleh start berblog ni?" sambil dia toleh kat aku dan dia terus berjalan tanpa menjawab soalan aku...  Terus aku terasa hati...sombong nyer dia nih...heheheh...
Untuk bro Ben Ashaari....saya tahu anda x macam tuh...saya budak baru belajar dalam "dunia blog" ni..berjuta peminat Ben Ashaari...salute Ben Ashaari!!!!!!

Friday, August 5, 2011

Buka Minda & Hati...

Malam tadi aku pegi tarawih agak jauh skit dari rumah, walaupun masjid selang 1 rumah aje, tapi hati ni teringat kat surau yang aku guna dari aku kecik sampai umur aku 19 tahun....lokasi lebih kurang 2km dari umah, ..solat Isyak kat masjid tp tarawih kat surau...naik basikal ko....huhuu~~Surau tu dari pattern lama, dinding dan lantai kayu, dan kini sudah berubah menjadi surau batu...siap air-cond lagi..tapi jemaah x semeriah aku kecik dulu... kalau dulu tarawih boleh dapat 3, 4 saf, malam tadi cuma dapat 1 1/2 je.. 1 saf depan (orang tua) 1/2 tu budak2... siap main lagi... mcm aku dulu tapi aku main kat luar la...x ganggu org lain nak tarawih..

Tapi aku sangat hormat pada imam surau ni...Imam ni dulu cikgu aku masa aku darjah 1, x habis lagi aku darjah 1, imam ni dah pencen jadi cikgu...Apa yang best adalah, time solat tarawih dia akan mengalunkan bacaan dengan begitu sedap dan bersemangat..hatta bacaan nyer surah2 pendek...namun bagi aku sungguh memikat hati...Tapi malam tadi dia x jadi imam, org lain yang jadi imam...namun dia tetap berjemaah bersama...mungkin usia semakin tua, dan aku pernah dengar, dia dah sakit beberapa kali....namun "perjuangan" dia dalam mengimarahkan surau tidak pernah luntur...

Habis solat tarawih, dia mengingatkan pada jemaah mengenai tarawih 21 rakaat... yang aku rasakan turut terkena pada batang hidung sendiri... Dia kata "Tarawih ni bukan sekadar solat sunat, tapi ini adalah ujian Allah pada kita, Jangan buat 8 rakaat kita terus keluar, tapi cuba usahakan buat sampai habis....kalau kita buat 8 ni, mcm kita sombong dengan Tuhan..." so dia memberikan contoh yang sangat mudah... "Contohnya dalam UPSR, PMR atau SPM...soalan ada 50 soalan, tapi kita cuma jawab 8 je....so agak2 la...8 tu betul semua ke?" at least kalau kita jawab 50 soalan, maybe boleh dapat jawab dengan betul lebih dari 8 markah...sama juga macam sunat tarawih ni....Ni la "peperiksaan" kita dalam bulan Ramadhan yang penuh barkat...Rebut peluang yang ada...." "bukan senang nak rebut keberkatan dalam bulan Ramadhan ni..."

Dah dengar macam tu, baru Terbuka Minda & Hati ni...betul la apa yang imam tu cakapkan...selama ni, aku kadang2 buat 8 rakaat, kadang2 buat 21...tapi lepas ni, aku akan cuba buat sampai habis... Berbaloi aku rasa kayuh basikal jauh-jauh malam tadi...terbayar penat kayuh sampai berpeluh2...Terima kasih imam....

Thursday, August 4, 2011

Nasib Baik Ko.....

Sabtu lepas, ke IKEA kat Damansara.... aku beserta rombongan meminang yang diketuai oleh tukang karut En. Shafri, penari makyong Pn. Nadia dan ketua "awak-awak" Mama Ryna.... serta pari-pari kecik lagi comel tu Aufa...walaupun datang cuma berempat tapi mampu menguntungkan taukey ikea tu..ceciter..ceciter...
Ha..tu dia...da nampak signboard dia....
Ni la rombongan tu...aku xde..tukang amek gambar...
Untuk pertama kali nyer dalam hidup, aku ke sana. Sebelum ni, cuma mampu dengar cerita dari kawan2 je...tapi kali ni, aku dengan excited nyer, kembang kuncup idung, dengan jalan "mengepak" aku jejakkan kaki ke sana.. IKEA yang aku kenali tempat jualan perabot dan peralatan rumah. Aku bayangkan bentuk tempat tu macam giant atau econsave...hehehe..(jangan ketawakan aku sebab kat Johor ni xde)...Rupa nyer tanggapan aku salah...Rupa nya lagi besar dari apa yang aku jangkakan. 
Cuba eja murid-murid I.K.E.A = IKEA!!!
Sebelum tarian shopping bermula, perut diisi...mama ryna dari dalam keta dah sibuk cakap2 pasal meatball ikea...lor....rupa nyer ni lor....aku pun try gak ..
nyum..nyum..sedap!!!
Pas melantak makan, so berjalan la kami round satu ikea tu...Berjuling biji mata ni...geram je tengok deco yang ada... Terdetik dalam hati... Geram nyer aku ikea ni..nape la kat JB xde??? kalau x sume barang kat umah aku jenama ikea...sabor..sabor... aku n mama ryna sibuk mencari baby high chair, tempat baju for laundry, frame gambar...sementara budak comel Aufa, mama belikan bantal cute ikea...  uncle shafri n auntie nadia hampir menyambar katil kat area As Is..tapi x jumpa saiz tilam dia... harga asal RM 1k ++ terus jadi RM500++... so x jadila dia nak beli..
Shaf , nad & crew ikea sedang meneliti katil yang nak dibeli...lastly x jadi..
Sebelum keluar sempat la posing bergambar untuk kenangan kat ikea tu...
depan kerusi malas
posing lagi...
Loving couple

sampai terlelap der...
ni la shopping mama...
 Kesimpulannya, aku x puashati betul dengan ikea ni... Nasib Baik Ko... xde kat JB, kalau ada confirm aku jalan situ tiap2 hari...hehehe...makan meatball, salmon & wing tu..huhu~~ Thanks for uncle shafri n auntie nadia coz bawa kami ke situ...lenkali kita pegi lagi dengan shopping barang yang lain pulak...

Wednesday, August 3, 2011

Orang Islam Moscow...

Semalam, sampai je umah, rileks jap...round2 dengan budak comel sampai jam 6.15 petang, balik umah then tengok tv jap sementara tunggu waktu berbuka... Jam 6.30 petang Jejak Rasul pun bersiaran.. Cerita pasal penduduk Islam Moscow... Apa yang menjadikan aku kagum adalah..... ditayangkan penduduk muslim yang sedang bersolat di atas ais yang sejuk membeku walaupun suhu masa tu dibawah takat beku. Kagumnya aku...Punya gigih orang-orang Islam kat sana menjalankan ibadah walaupun dalam keadaan macam tu... Dan tetiba rasa sayu je hati ni tengok diorang beribadah macam tuh... Cuba tengok, renung diri kita...adakah kita mampu mencapai iman seperti mereka... 

Dan petang ini, sambungan Jejak Rasul adalah cerita mengenai seorang bekas pejuang semasa Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup dan beragama Islam...dalam sedutan tu, naik "rebeh" baju dia sebab bergantung pingat perang dia..badan dah x segagah dulu, jalan pun dah senget...tapi bayangkan la waktu dia muda dulu...Terus laju dalam fikiran aku..bertuahnya orang ni...dah pernah rasa susah perang, pernah rasa aman...kalau Tuhan nak ambil nyawa, ambil la...sebab hidup dia dah terisi dengan berbagai-bagai cerita...Dah bermacam "kesan" yang dia tinggalkan kat dunia ni... Kalau kita...ada tak sesuatu yang kita tinggalkan yang boleh menjadi kebanggan dan memberi kesan yang baik pada orang lain...???

Fraser Hill (part 3)

Sampai je Fraser Hill, mata ni terus tertumpu pada landmark dia iaitu menara jam yang tertulis Fraser Hill (depan post office). Sebelum ni cuma dapat tgk org2 bergambar kat situ, kali nih, hambo plak gambar kat situ...ish..ish..(sambil kembang kuncup idung)...

Hah tu dia...lepas gian amek gambar dgn menara jam
Pastu, round2 area situ...ada balai polis lama, klinik, tourism information...Pada aku, org yang nak enjoy2 kat sini x berapa la, tapi kalau org nak tenangkan fikiran, sini la tempatnya...
Budak kecik tu pun bergambar sakan

Depan post office
Ada beberapa tempat dan aktiviti yang boleh dibuat kat sini antara, kayuh sampan, jungle trekking (banyak trail yang disediakan), lenkali boleh trail sendiri..mandi air terjun..dan bersantai....tapi aktiviti tu sume x dapat aku nak buat coz xde "kaki"... 1 lagi,  "equipment" pun x bawak...

Si comel dengan aksi buai
Kami stay kat Rumah Peranginan Persekutuan yang amat besar...pulak2 cuma kami bertiga saja yang menginap..mcm raja pulak! huhu~~ Tempat yang sangat selesa dengan 6 buah bilik, hall dan dining room yang luas..tandas juga luas..kitchen juga luas, complete set siap dengan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, pisau...kira lengkap semua la...tempat BBQ pun ada der....


Rumah Peranginan Persekutuan Fraser Hill
Hall yang luas dan selesa der....
Tempat santap "DIRAJA"
untuk ke tingkat atas

dry kitchen, wet kitchen kat luar jendela tuh...
Time stay kat umah ni, xde dengar bunyi bising apa pun...yg kedengaran hanyalah cicipan burung2 yang berterbangan bebas dan manja..ahaks....Tenang je rasa kepala ni.....walaupun semua barang dapur complete, tapi sayang nyer kami x masak, sebab xtau set barang masak dah tersedia. Kalau x, terang2 aku berasapkan dapur tu dengan grill yang baru dibeli kat ikea...hahahaha.... xpe, lenkali boleh try.....