Wednesday, August 25, 2010

Dream Comes True

Dalam hari-hari yang dilalui, masih dan makin menebal perasaan ini. Perasaan cinta pada bidang pembangunan manusia. Rasa rindu juga pada kursus-kursus dan latihan-latihan. Dah lama rasanyer jiwa ini tak terisi dengan input2 baru. Xde teman seperjuangan yang sanggup berkongsi ilmu, berbincang mengenai agama, ilmu, anak bangsa, dan negara yang tercinta. Jika ada pun, sibuk berbicara mengenai pangkat, kerja, status, gaji dan benda2 yang merapu dan merepek. Sibuk mengejar pangkat, gred. X suka btol. xpernah pun nak perah kepala nak fikirkan nasib anak bangsa, pasal nasib agama dan jatidiri.
Perancangan sudah ada, namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kuat hati ini untuk merealisasikan impian. Nak melihat anak bangsa yang mempunyai jatidiri unggul. Tidak mudah terjebak dengan anasir negatif dan secara tidak langsung mengajar diri agar terus berdisiplin. "CAKAP KENA SERUPA BIKIN".
Baru dapat ilmu baru dari seseorang yang tinggi ilmunya. Guru beliau berpesan " Jika ada orang yang mampu terbang, atau mampu berjalan di atas air, selidik dulu apa SYARIAT nya, lepas ketahui syariatnya, lihat pula AQIDAH nya.. 2 SYARAT UTAMA keistimewaan seseorang. Selidiki sedalam-dalamnya, ketahui perjalanan hidupnya.
Buat teman seperjuangan yang sudi hadir pada pertemuan tempoh hari, diucapkan jutaan terima kasih. Anda pendorong semangat ku. Anda semua pejuang yang terbilang yang sanggup melapangkan masa memikirkan agama dan bangsa kita. Mungkin ada diantara kita yang berlainan arah, namun saya amat yakin dan percaya cinta di hati kalian pada perjuangan kita dulu masih tersemat di hati. Semoga Allah merahmati kita semua dan berjaya mencapai apa yang kita hajatkan. Amin..

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Al-Mubarak





Lama sangat blog ni x di "update". Banyak aral yang melintang untuk dikongsi dalam blog ini. Kalau sempat pun hanya untuk tgk2 berita @ e-mail dari kawan2. Namun dengan sedikit masa yang ku curi lepas kepala naik "berasap" buat keje, aku cuba nukilkan sikit apa yang ada dalam hati & kepala ni. fuh.....!!

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan kembali lagi. Terkandung di dalamnya ibadah puasa dan zakat fitrah. Tua, muda, miskin dan kaya menjalani ibadah puasa. Selain menuntut untuk tidak makan dan minum di siang hari, perkara yang boleh mnegurangkan pahala puasa juga perlu dielakkan.

Puasa tahun ini bagai suram sangat dirasakan. Tahun ni tiada lagi rasa masakan mak ketika berbuka. Tiada lagi feel nak berbuka yang hebat mcm dulu hatta lauk yang mak sediakan hanya "sayur bening" dengan ikan goreng. Apatah lagi raya yang akan menjelang kelak. Mak la yang paling sibuk di dapur & kemas rumah. Mak akan bersihkan longkang, siram pokok-pokok bunga kesayangannya, bertarawih di masjid, "masak besar" untuk kami sekeluarga apabila balik ke kampung dan juga untuk diberi pada saudara dan jiran dan kadangkala sampai bertekak dengan bapak semata-mata bapak tersalah beli lauk untuk dimasak. Itulah mak. Dalam garangnya, ada "sesuatu" yang dia simpan dalam hati kami setiap anak dan cucunya. "Sesuatu" yang begitu melekat dalam hati dan ingatan. "Sesuatu" itu akan terus kekal sampai bila-bila hingga akhir hayat aku. Kadang-kadang aku tercari apa makna "sesuatu" yang mak berikan itu, tapi tidak juga jumpa jawapannya. Namun aku percaya hanya satu perkara yang membuatkan "sesuatu" itu terus kekal dalam diri ini iaitu "KEIKHLASAN" mak untuk aku dan adik-beradik yang lain. "Keikhlasan" membesarkan kami adik-beradik, keihklasan segala setiap perkara yang mak lakukan. Satu anugerah yang tidak ternilai harganya buat aku dan adik-beradik yang lain yang kini hanya tinggal kenangan dan memori.

Tahun ni dan tahun2 akan datang, mak dah tak sibuk lagi, x payah nak bersihkan longkang, x payah siram pokok bunga, x payah tarawih kat masjid, x payah kemas rumah dan x payah bertekak dengan bapak lagi. Mak dah x payah buat semua itu, mak dah kena "rehat". Rehat untuk selama-lamanya. Apapun TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT MAK ATAS SEGALA YANG TELAH DIBERIKAN. Terima kasih akan susu mak itu, terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan, terima kasih atas masakan mak yang sedap2 itu, terima kasih atas didikan yang diberikan dan terima kasih atas segala-galanya. Mak yang tiada penggantinya. Mak akan terus di dalam hati dan ingatan ini. TERIMA KASIH MAK.. Al-Fatihah untuk mak...

(Hajah Masgudah Binti Mastuki, 7 Jun 2010, jam 1.25 tengahari) Al-Fatihah.....