Saturday, December 31, 2011

Dua Tahun Sudah

Dunia siber pada aku adalah dunia maya yang tak dapat dilihat namun kita boleh terokai nyer.. Dulu aku tak ambil pusing sangat pasal benda nih.. Tapi sekarang pada aku ia adalah salah satu wadah maklumat, ilmu, hiburan, dakwah, perniagaan dan apa saja yang ada kat dunia ni... cuma bagaimana kita menggunakannya dan tujuannya untuk apa.. kalau nak yang baik, baiklah dapat nyer...kalau nak yang buruk, buruk la dapat nyer... terpulang pada diri masing-masing. 

"Dunia" blog aku wujud 2 tahun yang lepas. Kalau dulu aku banyak tulis pada diary untuk aku simpan segala peristiwa, tapi kini blog menjadi pilihan aku.. tapi aku suka kedua-duanya. Blog pun aku suka, diary pun aku suka... masing-masing punya kelebihan yang tersendiri. 

Pada aku, blog ini aku wujudkan untuk suka-suka.. mana yang boleh aku kongsikan, aku akan kongsi bersama pembaca...(terima kasih pada yang sudi jengah blog aku)... mana yang aku merapu-meraban tu, tak payah la dibuat pengajaran... 

Esok bermula nyer tahun baru 2012... Untuk kenangan 2011, jangan kita lupakan, mana yang baik kita jadikan panduan, mana yang tak baik, kita jadikan iktibar... Semoga kita semua pada tahun 2012 nanti, mampu membawa perubahan yang positif...yang dah baik, kita jadikan lebih baik... mana yang belum menjadi, cuba jadikan realiti, mana yang buruk, kita gantikan dengan benda yang lebih bernilai... Selamat Tahun Baru 2012..

Friday, December 30, 2011

Cintai Bahasa Arab...

Mungkin ada yang suka, mungkin ada tak suka dengan tajuk entri aku... Kalau dia ni "peminat kipas mati" pada Bahasa Melayu, buat apa kita nak cintai bahasa arab?.. Dulu masa sekolah menengah & kolej pun aku tak suka bahasa arab. Pada aku kita tak guna pun bahasa arab tu, bukan nak sambung belajar sampai kat Mesir pun...tapi aku rasa silap. Sebenarnya setiap hari aku dan kita semua berdepan dengan bahasa Arab. Nama kita, doa kita, al-Quran kita, semua dalam bahasa arab. Cuma macam mana kita fahami dan "feel" kan makna kalimah arab tu dalam bahasa ibunda kita...

Tadi lepas mengaji, bos bagi tazkirah...asal nyer cerita pasal bangsa, terus bos bagi tazkirah pasal orang arab dan bahasa arab. Bahasa arab adalah satu bahasa yang sangat luas vocab dan metafora nyer.. Kalau orang kata bahasa Inggeris luas, bahasa Arab lagi luas. Walaupun aku bukanlah seorang yang pandai menggunakan bahasa Arab, tapi aku juga meminati bahasa arab. 

3, 4 tahun yang lepas..aku dah baca 1 buku berkaitan dengan peperangan laut. Dan aku jumpa satu statement ayat yang sangat mengejutkan aku. Perkataan tu digunakan sampai sekarang... perkataan ini adalah gelaran bagi ketua perang bagi angkatan laut iaitu "ADMIRAL".. dan sebenarnya.... perkataan admiral tu di ambil dari perkataan arab iaitu "AMIRUL" yang bermaksud ketua/ pemimpin..

Dan tazkirah tadi, bos ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, "Cintailah Arab atas 3 sebab :
1- Sebab aku (Nabi Muhammad) berbangsa Arab
2- Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab
3- Bahasa yang digunakan dalam Syurga nanti adalah Bahasa Arab."

Thursday, December 29, 2011

Tolong Nyonya Eksiden

Semalam, aku dapat MC, so aku balik la.. perjalanan nak sampai rumah lebih kurang 50 minit...time tu dah tengahari..perut dah berbunyi2 sebab dari pagi tak makan lagi...kalau sampai rumah, for sure blm ada apa2 lagi, so aku berhenti singgah kat KFC Pekan Nanas.. So aku parking kereta berhampiran dengan traffic light..pas aku parking kereta, aku nak melintas jalan la..sebelah kanan aku ada shiela amzah sorang nyonya lebih kurang 2 depa dari aku dan dia ke depan sikit dari aku..sama-sama nak melintas...time tu traffic light dah warna hijau, aku toleh sebelah kiri nak tengok ada kenderaan atau tidak...tetiba..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku dengar jeritan kuat AYAYA...AYOYO...AYYA....

Aku toleh, rupa nyer nyonya tu dah kena langgar dengan satu kereta lexus putih..aku x nampak macam mana dia boleh kena langgar, yang aku tengok nyonya tu dah terduduk sebelah kereta sambil kaki (area ankle n jari kaki) dah bergeles dengan tayar kereta..aku tengok macam patah je...tulang orang tua la katakan..umur nyonya tu aku rasa lebih kurang 50an la...bayangkan, kaki nyer penyek bergilis dengan lexus 2.5cc...mana  tak menjerit nyonya tu...

Pas aku nampak situasi tu, aku tukar baju BATMAN sambil pakai topeng dia sekali terus ke nyonya tu, aku cakap dengan owner kereta (orang cina gak) jangan pegang dan jangan gerakkan kaki dia... (ni ilmu aku dapat masa kursus JPA dulu, takut makin effect pada kecederaan...) aku cakap dengan dia,  "i angkat badan, u angkat kaki (sambil aku tunjuk area lutut) so kami sama2 angkat shiela amzah nyonya tu...(kalau shiela amzah sure aku boleh angkat sorang siap jinjing bawak gi spital lagi...) hahaha... (over ko jah......) time tu jalan dah mula jem..then owner tu bawak itu nyonya gi dangdut spital..

Aku pun terus jalan ke KFC.. tengah aku jalan tu, sorang peniaga cina yang ada kat situ tegur aku, "u nampak macam mana dia boleh kena langgar?" aku jawab, "tak nampak"...dia pun balas balik "Itu la... wa ada dengar olang jelit-jelit...tapi wa tak nampak itu olang..."(sebab terlindung kereta).. aku senyum je kat dia...dalam hati aku, kesian kat nyonya tu....

Birthday Boy Demam

28 Disember 2011 birthday boy ni kena demam urat... adoyai...ntah tak tau kenapa sejak 2, 3 minggu ni kesihatan aku tak berapa elok... Mungkin Tuhan nak hapus dosa aku. Harap nyer begitulah... Pagi 28hb rasa macam dah ok...sampai ofis still ok, tapi 1 jam lepas tu, demam aku datang balik.. 

Ofismate melantak breakfast  nasi lemak ayam aku cuma dapat tengok je. Tekak rasa macam ada batu sungai duduk dalam itu tekak. hilang mood aku...Dah tak tahan aku gi Klinik Kesihatan Larkin, buat check up...n minta MC... Terus balik rumah...makan ubat dan tidur. 

Menjelang petang, alhamdulillah, pening aku makin hilang.. Macam-macam ubat aku makan, ubat klinik, air jamu Pak Tani, ubat klinik hari tu, habatus sauda' lagi..macam2 la...Tapi alhamdulillah...tiba malam, makin ok, aku paksa badan aku main badminton malam tadi...aku mesti keluarkan peluh...

Saturday, December 24, 2011

Rewang..

Pas balik dari berbengkel kat Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing hari Khamis hari tu, terus sama-sama mengemas rumah untuk majlis perkahwinan adik ipar Sabtu ni. (24/12/2011). Hari ni (Jumaat) whole day aku tak rehat. Berkejar sana sini tolong rewang. Pagi-pagi lagi pukul 8.30 bergegas ambil ayam, pastu beli barang-barang dapur yang lain kat bandar Kota Tinggi. Pukul 10.30 lepas balik dari pasar, tolong adik ipar (a.k.a pengantin) melapah 4 ekor kambing sampai pukul 12.00 tghari.. pastu pergi solat Jumaat. 

Time solat Jumaat tu la...masa khatib baca khutbah..tiba2 je khatib tu "hilang" dari pandangan.. Orang lain boleh nampak, tapi aku je yang tak nampak, ni gara-gara tertidur time dengar khutbah la... ish..ish.. x patut betul..mengong..hahahha..

Siap solat Jumaat, bergegas semula masuk kebun untuk sekodeng "kerjakan" lembu pulak. Pecah rekod, hari ni aku tumbangkan, sembelih (bukan aku yang sembelih), lapah lembu tu 3 orang je... dalam masa sejam je..Bangga ni.. snif..snif..snif.. (bunyi kembang hidung) hahaha... Lepas tu tolong susun kerusi meja kat khemah makan.

Ni tadi, lepas maghrib, aku turun joget makyong ke tempat masak, tolong rewang masak gulai kawah pulak... Pengalaman baru aku dapat hari ni... Tolong masak gulai kawah... boleh try buat lepas ni.. Tangan pun naik kebas coz aku sorang menetak, menakek, membelah, mencincang segala bagai rusuk, tulang, kaki, lembu tu... Aku tak nak rasa dulu gulai kawah tu, esok baru aku nak rasa. Lagi pun, dah malam dah ni...

Terbaek...
Aku rasa, lepas update entri ni aku nak mandi, segala daging, tulang dah melekat kat baju & seluar aku.. Seluar ni pun tak tahulah, dah kena darah lembu, boleh hilang atau tak...

If u smell.......
Ish... rajin nyer aku hari ni..hahahaha...


Wednesday, December 21, 2011

The Dark Knight Raises


Baru tadi tengok kat youtube..trailer BATMAN THE DARK KNIGHT RAISES.. Adoyai, tak sabar pulak tunggu cerita tu..



Aku ni minat BATMAN.. Kenapa???? Sebab... pada aku, ini la satu-satunya superhero yang tidak menggunakan kuasa supernatural... Dia berdiri atas kudrat sendiri. Nampak bohong tapi sebenarnya logik. Cuba tengok Superman, Spiderman, Green Lantern, Captain America, The Flash dan banyak lagi.. Semua guna kuasa supernatural. Macam Batman, semua dia guna gajet. Kalau orang kata Batman tu bohong, boleh terbang...Cuba tengok cerita Batman betul2, dia tak boleh terbang. Kalau  orang kata dia tu terbang, dia sebenarnya akan stand dari bangunan tinggi dan terjun then guna parachute kat belakang badan dia...Dia juga guna martial art ninjitsu (ninja la..) semua skill dia fight guna ninjitsu...(kalau guna silat pun power gak ek..!) 

Berbalik pada The Dark Knight Raises tu, pasti nyer kena tengok.. Peminat setia la katakan..Walaupun aku minat batman, tapi satu merchandise Batman aku takde.. Pada aku, tak yah la beli-beli patung tu. Karang jadi mendewakan pulak...dah lari konsep, tak elok...(panjang kalau nak ceramah macam ni..) hehehe... cukup la kita minat je...

Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing...Part 2

Kita sambung semula....

Pagi-pagi dah bangun dan bersiap untuk berbengkel...macam biasa breakfast la dulu...coffe house dia Sibu Brasserie..pagi hari kedua ni aku sarapan mee hoon goreng + kuey tiow goreng & bubur nasi..(ambik sikit2 je)....buat-buat jamah... apa yang best, masakan nyer sedap..puashati...try tengok gambar breakfast aku..

Coffee House
breakfast
Lunch

Dinner
Overall makanan kat sini sedap2 walaupun menu dia nampak ringkas..Pada aku dah ok la..nak banyak mana lagi kan..!!! perut 1, menu x yah la banyak2...buat senak perut je...

Ni pulak antara sudut yang sempat aku snap dalam coffee house tuh...
kalau x silap boleh muat 120++ orang...
Pas lunch tadi, sempat gak meround keliling tempat nih...jengah ke pantai gak...
pool

untuk budak2..

tanggung sendiri, no lifeguard tau...

antara guess room

jalan nak ke pantai
Petang tadi, lepas je habis bengkel, terus cari satu tempat ..tempat yang best pada aku...kalau takde swimming pool pun takpe, yang penting ada tempat ni...hahaha...
tempat keluar peluh..
 Bilik gymnasium ni berhadapan dengan pools..so sambil kita keluar peluh, kita keluarkan biji mata  tengok orang berenang la..hahahaha (setan..setan..)

Keje kat bengkel ni tak settle lagi...aku kat sini sampai hari khamis...so kalau ada cerita2 best kat sini aku bagitau lagi nanti...

Tuesday, December 20, 2011

Selamat Ulangtahun Pertama Kelahiran

Setahun yang lalu, kala ni aku risau, mama ryna juga risau... jam 0700 doktor masuk ubat kat mama ryna..(induce)... aku pulak kat surau depan Hospital Sultan Ismail. Duk sorang2 dalam surau tu...baring, mandi, tidur, ber fb kat surau tu...sambil2 tu sms dgn mama ryna..tanya keadaaan dia macam mana..

Jam 1200 aku dah melangok kat lobi hospital sorang2 sambil tengok gelagat orang keluar masuk hospital...jam 1230 baru aku masuk ke wad. Bawakkan majalah untuk mama ryna untuk dia hilangkan boring kat wad. Time tu mama ryna dah mula sakit2 selang 20 minit... aku teman mam ryna, sambil menjawab sms dari kakak-kakak yang bertanya perkembangan terkini...Dalam sakit2 tu, sempat gak kami snap gambar...
Posing tetap.....
Masa melawat dah habis, jam 1430 aku kluar wad...stay lagi kat surau depan hospital tu...makan sorang2 kat cafe hospital..1630 masuk wad lagi...temankan mama ryna, time tu dia mula sakit selang 10 minit..nampak tanda semakin hampir. 1830 masa melawat dah tamat, tapi aku x keluar sebab mama ryna semakin kerap sakit. Jam 1900 bawak mama ryna masuk bilik rawatan untuk "seluk".. dah 3cm dah "terbuka"..sakit juga makin kerap...
Nurse minta aku bawak semua barang2 untuk sambut "orang baru" tu...now mama ryna dah dibawa ke labour room. Debaran makin kuat..Aku sign agreement untuk persetujuan masuk ke bilik bersalin untuk teman mama ryna. Masuk bilik bersalin tengok mama ryna tengah menahan sakit...Aku pegang tangan dia, bilik sebelah juga kedengaran perempuan india merintih kesakitan...sakit makin kerap setiap 5 minit...
Akhirnya jam 2250 kedengaran suara tangis budak, alhamdulillah...aku nampak kaki baby tu mengapai-ngapai, aku menangis, mama ryna juga menangis, kami berpelukan..Nurse angkat baby tu, tunjuk jantina baby, kami berdua sebut jantina baby tu...nurse minta kami berselawat untuk potong tali pusat baby...baby dibersihkan, x lama nurse minta aku azan pada baby........

Itu kisah setahun yang lepas... Alhamdulillah, aku dan mama ryna dikurnia seorang baby yang tak banyak masalah dan karenah..Hari ni 20/12/2011 adalah hari ulangtahun kelahiran yang pertama untuk baby tu...Ayah doakan kamu RIZQ NUR AUFA semoga panjang umur, diberikan kesihatan, diluaskan rezeki, menjadi anak yang solehah, yang baik, yang kuat, yang hebat, yang perjuangkan agama dan bangsa, yang mampu berbakti kepada agama, bangsa & negara... AYAH SAYANG KAMU.....

Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing...Part 1

Hari ni 1 hari aku tak nampak matahari...JB-Kota Tinggi-Mersing malap je matahari dilindung awan mendung. Sehari suntuk hujan memanjang...kejap lebat, kejap berhenti pastu hujan lebat balik. Air semua nampak dah naik..risau pulak kalau banjir..hari ni aku ke Mersing untuk berbengkel di sana..Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing.. 1st time aku ke tempat tu..Sepanjang jalan aku ke sana hujan...so drive pun berhati-hati la..tak laju pun, cuma tekan pedal minyak tu sampai habis je...hahaha...air sungai pun dah melimpah naik ke tempat-tempat yang rendah...
Hujan lebat...

Air sungai dah naik


Tengok tu, semua tenggelam
Sepanjang perjalanan ke Mersing ni, ada beberapa peninggalan sejarah masa zaman jepun dulu...Antaranya kubu Jepun...Tengok gambar bawah ni...
kubu jepun, dulu boleh masuk, skrg dah tak boleh
Signboard Felda Residence ni boleh dilihat kat simpang 4, JB-Mersing-Bandar Kota Tinggi-Desaru..
Tu dia signboard yang besar
Dan beberapa lagi signboard untuk ke sana...


Dan akhirnya aku sampai di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing...Alhamdulillah..

Pintu Masuk Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing

Bersambung.......

Monday, December 19, 2011

Orchad Homestay, Hulu Langat, Selangor..

Inilah 1st time aku try ke homestay..Sebelum ni, aku cuma tahu konsep homestay...cuma x pernah try..so kali ni aku n family besar dah konvoi ke Ampang bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudara kat sana..Kami yang dari Johor ni gerak dengan 6 family dan 6 kereta... macam biasalah, kalau pergi berkonvoi tapi x tahu rules berkonvoi ni memang memeningkan kepala.. panas hati pun ada, bayangkanlah perjalanan yang mungkin 3 @ 4 jam dah jadi 7 jam mahu naik kebas bontot aku dalam kereta...4 kereta xde masalah, 2 kereta yang agak perlahan sikit..xpelah tu belakang cerita...

So apa yang aku nak cerita kat sini adalah tempat penginapan kami... Kami semua stay kat Orchad Homestay, Hulu Langat...Kami bertuah sebab dapat rumah kampung yang cantik..berbaloi jalan jauh2 dapat rumah yang best. Walaupun x semewah hotel, xde air-cond, xde hot shower tapi bagi kami cukup selesa...tuan rumah pun best...siap buat sarapan lagi..hehehe...sejuk giler kalau mandi time pagi... tuan rumah siap sedia 2 jenis air, air paip biasa dan juga air bukit..pasti nyer pilihan kami air bukit la... 

Tu dia lambang Orchad Homestay siap nama tuan rumah lagi...
Rumah yang kami menginap ni...baru seminggu lepas MB selangor datang rasmi...makna nyer kami 1st customer selepas MB rasmikan lah yer...hahaha... Dalam pada tu, sempat juga kami merasa mandi kat Sungai Nil Sungai Congkak...bukan main suka lagi budak2... sejuk betul air dia...Dah lama rasa nyer aku ni x mandi air sungai.. 
Sungai Cangkok....eh bukan..bukan..Sungai Congkak la...
Budak comel pun suka la dapat mandi sama...tapi aku x bagi mandi lama-lama coz takut ada effect plak coz air nyer sejuk sesangat..bergigil-gigil dia tahan sejuk.
tahu plak gambar dia nak kena ambil...
Apapun, sesape yang nak try orchad homestay ni adalah amat di alu-alukan...banyak tempat gak boleh pegi...Macam kami yang dari Johor ni, banyak tempat menarik kat sini...best...
gambar reramai sebelum gerak balik...ada 2 family yg x masuk gambar...kalau x lg meriah..




Sunday, December 18, 2011

Menjadi...

Alhamdulillah...setelah hampir 4 bulan, segala yang aku bela semakin menampakkan hasil..ayam2 dah mula besar...itik juga macam tu..burung puyuh pun turut melompat riang...Alhamdulillah...pasni nak tambah beberapa ekor lagi itik, ayam kampung, ayam gajah, ayam bunga & nak tambah dengan angsa...

4 daripada 5 ekor itik

dulu dia ni 5 beradik..tp 3 ekor dah dimakan hanjing

lunch time...nyum..nyum..

slrruuupp...

Walaupun ni hobi baru aku, tapi ternyata membuahkan hasil...rasa puas dapat tengok benda2 ni membesar di hadapan mata...kalau duk bandar dulu xboleh bela benda2 ni...xde aktiviti nak buat, ni dah duk kampung boleh la macam2..pas ni plan nak bela angsa pulak..ikan keli@talapia juga dalam perancangan..moga ada rezeki....Insyaallah...

Thursday, December 15, 2011

Alamak Toyol...

Dalam 2 minggu ni kat rumah aku tgh asyik layan cerita Alamak Toyol... tu pun sebab ada anak sedara datang rumah, sambil main-main dengan budak comel Aufa... Masa tengok promo cerita ni kat tv, macam biasa2 je...cuma dalam fikiran ni kelakar seram.. Tapi lepas layan cerita ni aku rasa terhibur la...lawak giler...boleh release tension. Dan satu scene yang paling aku suka ialah masa toyol ni tiru penyamun hisap "ais"...hahaha...bagus la budak yang berlakon jadi toyol tu..lakonan dia menjadi..best..kalau aku ingat sorang2 scene tu akan ketawa....hahahaha...jom layan sikit...


Yang best nyer, toyol ni pun ikut lalok...melayang semacam je..hahahaha...best la...

Aduh..Sakit Ni..

Malam tadi aku turun perang main badminton. Dah lama rasa nyer x turun sebab, dia orang sekarang akan start main lambat sangat. Pada aku, kalau dah main pukul 9.50 malam, kena pulak malam tu ada 3 pair, mahu pukul 11 baru turn aku yang main. Takkan nak main sekali je...rugi2...esok plak, awal2 pagi dah kena bangun lagi..Adoyai...

Malam tadi dah warm up cukup, streching sampai hilang sengal2...set 1, menang tanpa masalah, tapi kat set 2 aku kena..ntah mana silap nyer... time nak smash tu, aku lompat dan tetiba aku dengar pinggang aku bunyi "plup"...aku landing dan terus sakit... Sakit sangat...x boleh nak bongkok, nak jalan pun tegak je...nasib point tu dah nak habis..aku habiskan gak game tu..(menang pulak tuh..) hehehehe...

Aku balik, cari pain killer, tapi x jumpa...ni kat opis minta tolong office-mate tampalkan koyok...ada sikit kurang, tapi masih sakit...Aduh..sakit ni...

Tuesday, December 13, 2011

Ubat Rindu Pada Arwah Mak...

Dah lama aku idamkan benda ni...baru kejap tadi aku dapat..Alhamdulillah...Terima kasih Allah makbulkan permintaan aku...Aku mimpi arwah mak..dia pakai baju kurung kuning sambil senyum kat aku. Jumpa kat masjid lagi.. Ya Allah seronok nyer... Tapi aku tau yang aku dalam mimpi...aku xnak berkelip mata, dan aku macam dapat tau, kalau aku kelip mata, mak akan hilang dari pandangan...

Bila aku jumpa dia, hati aku kata, "aku mimpi"...masa tu juga, aku terus menangis dan terduduk dalam masjid tu, aku tengok mak sambil dia senyum kat aku...aku terus nangis, aku tak nak kelip mata, sebab takut mak hilang dari pandangan.. Time tu airmata dah berjurai-jurai mengalir, dan masa berjurai tu la, aku kelip mata aku, dan masa tu juga mak dah hilang dari pandangan.. dalam pada masa yang sama juga aku terus terbangun dari tidur...aahhh... Airmata aku keluar bila sedar dari tidur... aku nangis masa tidur...Aku tengok jam dah pukul 2.40 pagi...

Gembira ada, sedih ada.. Gembira sebab dpt jumpa arwah mak, sedih sebab mak dah hilang dari pandangan... Jumpa sekejap, tapi sekurang-kurangnya hilang sikit rasa rindu aku pada mak..

Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah...Done!!!

Hari ni satu tugasan aku dah settle...Lega rasa kepala ni...Alhamdulillah...hope takde masalah... Terima kasih Allah permudahkan tugasan aku hari ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seronok nyer keje da settle....

Prosperity...Kemakmuran...

Negara kita Tuhan dah anugerahkan bermacam-macam rezeki...Alhamdulillah...cuma kita perlu bersyukur, jaga dan menguruskannya dengan bijaksana agar generasi yang akan datang juga mampu menikmatinya... Semoga kemakmuran yang ada Tuhan tambahkan berlipat kali ganda.... happy prosperity burger..huahuahua....
prosperity burger n set.....
nampak tu dengan kentang goreng twister....
Untuk yang x mampu menikmatinya, jangan risau masih ada rezeki yang lain...macam budak dalam gambar kat bawah tu..huhuhu....

Bubur Ayam McD untuk budak comel

hah..amek ko...
Dan antara babak-babak yang tak dapat di lupakan....

Don't try this at home...huhuhu...

Herk.....Alhamdulillah hirobbil a'lamin.......kenyang....

Sunday, December 11, 2011

Hukum Allah Jangan Dipermainkan....

Kita hidup di muka bumi Allah adalah tumpangan aje..kejap aje kita kat dunia ni...segala tindak tanduk kita harus kita jaga kerana Allah akan sentiasa menilai kita... Baru lepas tengok satu video kat youtube...Mempermainkan hukum yang Allah tetapkan dalam al-Quran...marah..sedih..fikiran aku bercelaru kejap...Aku bercakap bukan menyokong untuk mana-mana parti politik, tapi sebagai yang beragama Islam ada sikit sebanyak terpalit rasa... 

Politik kita letak ke tepi... hatta kita tak suka pada individu atau sesuatu kelompok, jangan sesekali soal agama ditarik ke kancah "permainan"... Ini soal hukum, Allah dah tetapkan dalam al-Quran...al-Quran panduan hidup BAGI YANG MAHU BERTAQWA , itu kata Allah...JELAS...tapi tak tau la, kalau orang yang buat cerita dan juga pelakonnya tidak mahu bertaqwa... Na'uzubillah...

Jangan ambil ringan hukum Allah, kita tak tahu apa-apa, Allah Maha Mengetahui segalanya... Tak pasal-pasal, azab Allah terkena pada kita semua 1 Malaysia...Takut nyer...

Thursday, December 8, 2011

Tak Hormat Langsung

Minggu lepas, kerja berlambak dan banyak pulak jemputan kahwin especially anak sedara sendiri yang kahwin. Aku, adik beradik serta yang lain2 berkonvoi sampai ke Hulu Langat, Ampang dan termasuk la Berjaya Times Square (BTS)...(walhal BTS tu xde dalam agenda pun)..Alhamdulillah...akhirnya sampai jua ke jinjang pelamin...Moga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Minggu ni pulak tahap kesihatan aku x berapa baik... Ntah nape, lepas breakfast nasi lemak pagi selasa hari tu, kepala aku terus melayang2....x boleh buat kerja terus (x bohong ni...) so aku rehat tidur la.. 

Hari rabu aku x masuk kerja...bagitau bos, aku mc...so dalam pukul 9.30 pagi, aku ke klinik la, mula2 nak gi klinik gomen (klinik kerajaan da...) tapi time lalu depan klinik nampak ramai orang pulak, terus cari klinik swasta...Sampai 1 klinik swasta, aku terus register nama coz aku x pernah check up kat situ..time tu ada sorang 2 org pakcik tgh daftar depan aku...tengah queue time tu lebih kurang dalam 5 org patient sebelum aku...lepas aku daftar ada 2 orang lagi yang sama register...

Dalam 10 minit lepas tu, ada sorang yang aku kenal dah register kat kaunter...tapi dia x kenal aku la...dulu dia ni seorang pendidik, pernah ajar agama kat masjid kat kampung aku, including arwah mak aku n makcik2 kat kampung la...but now dah berhenti jadi pendidik...kalau x silap aku, dia sekarang dah jadi setiausaha untuk parti politik, baju yang dia pakai pun ada tag goverment... aku ingat dia datang saja nak berborak sebab asyik stay berborak kat kaunter...tapi selang dalam 10 minit lepas tu, nama dia dipanggil masuk bilik rawatan... orang2 yang yang tengah tunggu dok lagi tadi tengok dia je... SAH DIA POTONG QUEUE...lakhan*t...$!&%@#... kurang asam betul...Tak Hormat Langsung... orang lain jenuh menunggu, sedap-sedap je dia potong BARISAN...ha...eloklah tu...x kira la ko tu sape..ada pangkat ke...or whatever la...tolong hormat sikit...bab ni memang aku panas...mau naik darah aku macam ni...tak guna punya orang...

Thursday, December 1, 2011

Baru Balik Ziarah

Pukul 9.45 malam tadi, aku baru sampai rumah lepas ziarah kematian seorang kakak kepada kawan aku. Kakak tu juga adalah cikgu aku masa aku sekolah agama dulu (sampai sekarang), walaupun mengajar aku tak lama namun kami rapat atas dasar adik dia kawan aku... dia juga guru pembimbing masa aku latihan mengajar masa praktikum dulu...

Antara kenangan lain, dia temankan aku di bilik menunggu semasa perujian berzanji peringkat negeri kat Kompleks Islam tahun 1994. Masa tu aku baru berusia 13 tahun... dan dia pun masih lagi anak dara, baru habis maktab dan terus mengajar. Time tu aku jadi naib johan...so berbaloi la dia temankan aku...hahaha..orangnya lembut dan x suka marah2...

Sempat aku berbual dengan kawan aku tu (adik dia)..."kakak aku sakit x lama, lebih kurang 3 bulan, tapi yg pasti dia sakit kanser paru-paru...mula2 banyak andaian yg hospital buat, kata tibi la, jangkitan kuman la, paru2 berair la..last2 kami hantar dia ke hospital swasta.." 

Dia kata x sangka dia meninggal hari ni, sebab hari ni dia mampu jalan, ketawa, berbual dengan mak ayah dia...sebab sebelum ni, keadaan dia agak lemah.. tapi hari ni lain sikit. Dia boleh mandi sendiri, ambil wudu' nak solat asar... tapi belum sempat nak solat, Tuhan dah ambil nyawa dia...senang betul dia "pergi"... Allahu Akbar.....

Tapi apa yang terasa sedih ialah anak-anak yang ditinggalkan...anak dia 4 orang, yang paling kecil lebih kurang 4 tahun. Time jenazah tgh dibaca yasin, si kecil ni akan salam sambil cium tangan orang2 yang datang ziarah...pastu cium jenazah mak dia... Allahu Akbar..sayu je rasa.. Mama Ryna cerita, si kecil ni masih minum susu mak dia, masa mak dia sakit, dia kata..."Susu mak dah tak sedap, rasa ubat"... Lepas ni, si kecil dah x dapat lagi minum susu mak...

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman... Al-Fatihah buat Ustazah Norliah Binti Hussin...