Thursday, March 29, 2012

Lelaki Perlu...

Kat majalah-majalah selalu ditonjolkan dengan lelaki-lelaki yang kacak, sasa, macho dan bergaya. Pasti kat kepala juga akan cenderung nak macam tu kan... pasti cair orang-orang kalau tengok lelaki yang macam tuh. hahaha..
aku dulu-dulu
kawan aku dulu time sekolah tadika
Tapi akan ada sesuatu yang "blok" untuk jadi macam tu.. contohnya saiz badan yang terlalu besar ataupun terlalu kecil, tak mampu beli barang berjenama macam tu.. Namun apa yang pasti, kita kena bersyukur dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada kita... Kadang-kadang muka kacak, hensem, tapi perangai macam setan pun tak guna juga. 

Aku masih teringat dalam satu buku yang aku baca dulu tulisan Dato' Dr Mohd Fadilah Kamsah "Anda ingin menjadi seorang gentleman?" dengan mengambil ayat buku iaitu " Individu yang gentleman tidak sempurna, tetapi mereka berusaha menjadi lebih baik dan terbaik".. Cukup dengan pakaian yang kemas walaupun tidak berjenama, mengikut etika berpakaian, sentiasa senyum, menjaga kebersihan dan kesihatan, sopan dan saling menghormati pasti menjadikan seorang lelaki itu nampak "macho" di mata wanita...hehehe.. 

Amacam...boleh buat tak? aku nak cuba buat la...hehehe...

Friday, March 23, 2012

Bela Babi Tapi Masuk Syurga???

Bela Babi Tapi Masuk Syurga??? pelik gak entri aku kali ni.. meh luang masa untuk baca nyer.

Nabi Musa a.s adalah seorang Nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah swt... Pada suatu hari, Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina (kat situ tempat yang biasanya Nabi Musa berbicara dengan Allah), kemudian berbicara dengan Allah lalu bertanya. "Wahai Tuhan ku, siapakah jiran aku apabila berada di Syurga nanti?", Allah menjawab,  "Ada seorang lelaki yang bernama si polan bin si polan (tak diketahui namanya) yang tinggal di kampung sekian (nama kampung tidak diketahui). Kemudian Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan pergi mencari orang yang dimaksudkan..
antara pemandangan di Bukit Tursina.. Gambar ni aku ambil dari blog Kisana Azhary travel & Tour
Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka dok tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.

Tidak lama kemudian, lelaki itu masuk ke dalam rumahnya sambil membawa masuk seekor babi jantan, dimandikan babi jantan tu, disabun, dilap bulu nyer, disisir bulu nyer dan kemudian dicium nyer babi jantan tu. Kemudian lelaki itu keluar semula dari rumah. Tidak lama kemudian, lelaki tu masuk semula ke rumah dengan membawa seekor babi betina pulak. Dia juga buat perlakuan yang sama seperti yang dia lakukan pada babi jantan tadi, dimandi, disabun, dilap, disisir bulu nyer dan kemudian dia cium pula babi betina itu..

Nabi Musa yang berasa pelik lalu bertanya kepada lelaki itu. "Apakah agama kamu? Kenapa saudara memperlakukan babi jantan dan babi betina seperti itu? Lelaki itu menjawab, "Tuan, saya ini menganut agama yang mentauhidkan Allah swt...sebenarnya babi jantan ini adalah bapa saya, dan babi betina ini adalah ibu saya. Mereka berdua menjadi begini kerana mereka berdua telah melakukan kesalahan yang tidak dapat diampunkan oleh Allah, maka Allah telah mengubah mereka berdua hingga menjadi begini. Disebabkan mereka adalah ibubapa saya, telah melahirkan saya, telah memberi saya makan, telah membesarkan saya, maka saya perlu membalas jasa mereka berdua dan memohon doa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan oleh Allah, dan saya takkan berputus asa untuk mendoakan keampunan kepada Allah terhadap dosa yang dilakukan oleh mereka berdoa."

Selepas mendengar penjelasan lelaki itu, Nabi Musa kembali ke Bukit Tursina dan berbicara kepad Allah, "Wahai Tuhanku, aku telah bertemu dengan si polan itu." Dan Allah berkata "Aku telah memberi keampunan kepada ibubapanya."

Moral : Berbuat baiklah pada kedua orang tua kita. Kalau lelaki itu mampu menjaga ibubapa nyer yang telah bertukar menjadi "oink..oink.." apatah lagi ibubapa kita yang sememangnya manusia.. Ambillah iktibar dari cerita ini ye...

Tuesday, March 20, 2012

JB & Nasi Arab

Assalamualaikum...

Hai everybody...kali ni nak cerita pasal nasi arab...hahaha... kat JB kini sudah boleh makan nasi arab. Best..!! My favaourite u know...Tukang masak asli dari Egypt lagi.. Baru la puas hati kalau makan macam ni. Kat JB ni, teramatlah susah kalau nak pekena makanan arab ni. Kalau ada pun, yang masak, orang melayu dan pasti nyer rasa nyer juga akan berubah. Dah tak original taste dari timur tengah. Tak macam kat KL, banyak "mut'am" arab ni.  Bukan aku tak minat makanan melayu, aku minat...cuma kekadang tembolok tekak ni nak juga tukar selera. So aku akan beralih pada "middle east" punya menu lah..

Perubahan ketara yang aku alami selepas makan nasi arab ni adalah, aku dah kurang minat kat nasi beriyani. Tak kira la beriyani apa, beryani gam ke, beryani Batu Pahat ke, beryani kambing ke...sebab pada aku, ada menu lain yang boleh menambat selera aku. Kalau dulu, dengar ada nasi beryani, aku dah jadi macam "hulk".. akan cari nasi beryani tu... (tapi tu semua dulu..(macam lagu fabolous cat))...

Restoran yang aku nak cerita ni terletak di Kampung Melayu Majidee. Kedai nyer agak terlindung dari jalan besar, tapi, kalau masuk area Kampung Melayu ni, insyaallah boleh jumpa. Senang cerita kalau tak tahu, boleh tanya orang, sebab berdekatan dengan pasar basah Kampung Melayu. Juga boleh search kat map internet type "wadi el arab". Tengahari kedai ni dah mula buka (sebab dah penah try time lunch hour). Cuma waktu lunch, belum ada kebab, sandwich.. cuma ada nasi & sup je... Gambar bawah ni antara menu yang ada kat restoran tuh..



Buat masa ni, aku dah try mandy lamb, maqlubah lamb, Hummous & kebab lamb dia...dan kebanyakkan menu yang aku try, puas hati... pasti tidak mengecewakan kalau nak dibandingkan dengan restoran arab yang ada kat JB ni. Bukan aku syok sendiri ye... ataupun ada share kat kedai ni. Aku xde kaitan sikitpun...just as a customer...Pada peminat makanan arab, bolehlah try menu yg ada kat restoren nih..
mandy lamb

maqlubah lamb

eh..! tinggal tulang la..

pergh... 

Friday, March 16, 2012

Sarawak---Part 4 (The Last Episode)

Untuk hari ke-5 kat Sarawak ni, pagi tu meround semua muzium yang ada kat Kuching tu... Muzium Seni, Muzium Sarawak, Muzium Kucing dan muzium yang berhampiran la... semua muzium, masuk adalah percuma... cuma kalau nak masuk muzium tumbuhan (aku lupa nama dia) kena bayar. Muzium tu berkenaan dengan pokok2, batu2... kalau orang yang minat geografi mungkin suka la masuk situ...tak banyak yang menarik sebenarnya kat muzium ni...sebab aku dah perhatikan yang lebih best kat Sarawak Cultural Village...ada juga yang takde kat SCV tapi ada kat muzium yang lain..

Last sekali, adalah ke Muzium Kuching yang terletak di Pejabat Perbandaran Kuching... tempat ni berada di atas bukit... Orang yang suka kucing pastinya takkan lepaskan peluang untuk ke muzium tu.. Banyak info n gambar2 yang berkaitan dengan kucing dipamerkan. Macam aku, biasa2 je...Masuk muzium kucing ni free, tapi kalau ada bawak kamera (tak kira jenis camera termasuklah camera handfon, DSLR, Compact) dikenakan bayaran...aku tak ingat berapa ringgit, tp tak sampai RM10 pun.... Lepas siap meround kat muzium kucing tu, duk rileks kat cafe dia... 

Then, lokasi yang seterusnya adalah Pasar Satok. Masa dekat cafe Muzium kucing tu, sempat berbual dengan pekerja cafe tu, tanya pasal terubok bakar, dia kata, kalau terubok bakar tu, ada kat Pasar Satok la...so dengan perut yang lapar, terus menuju ke Pasar Satok. Terus terbayangkan ikan terubok bakar yang sedap dengan bau asap nyer sekali... Sampai je pasar Satok tu, terus terpinga-pinga.. Takde pun orang jual2 makanan..bau asap terubok bakar takde pun... round2 kat situ, tapi takde pun terubok bakar.. Tanya orang yang jual ikan terubok masin kat situ, terubok bakar biasanyer jual time bulan puasa je..kat bazar2... la.. pulak.. Dah la perut lapar, tapi yang nak dimakan takde... Bagi menghilangkan kekecewaan dan hati yang terguris luka, so belilah ikan terubok masin kat situ...

Siap beli terubok masin, balik semula ke Bandar Kuching...sekali lagi naik bot penambang untuk ke Kampung Boyan untuk makan kat sana.. Kali ni nak makan ambuyat pulak. Ambuyat adalah makanan tradisional yang dibuat dari tepung sagu yang dimakan bersama sambal belacan... 
ambuyat
1st time rasa ambuyat ni, aku terus teringat makanan masa aku kecik2 dulu.. Aku tak ingat nama makanan tu, tapi bentuk dan rasa nyer macam ambuyat, cuma kalau tak silap aku, ambuyat ni tawar, makanan yang aku makan masa kecik dulu, sikit manis... 

Menu yang aku order adalah "Nasi Goreng Enjin". Pernah dengar? Ada perkataan "enjin" yang menjadikan aku nak try nasi tu. Aku pun 1st time makan. Ala biasa jer nasi goreng enjin ni.. Lebih kurang macam nasi goreng biasa...Tapi pada aku, nasi ayam penyet dia memang power. Kat Johor, kalau nasi ayam penyet biasa nyer ayam nyer akan di goreng, tapi kalau kat Sarawak, dia punya ayam macam masak panggang @ percik.. Memang sedap.. Dengan kuah dia yang agak pedas, pasti nyer...akan menggigil meratah tulang ayam tu hingga ke sum-sum dia. hahaha... 
Ayam Penyet Sarawak

waitress
Tempat makan ni berdekatan dengan madrasah dan juga surau Kampung Boyan. Juga terletak di belakang medan selera Kampung Boyan. Gambar penuh kedai ni aku tak snap, aku just snap gambar kat dalam kedai je...

Lepas kenyang makan, shopping plak. Shopping kek lapis Sarawak... Kali ni borong kek lapis kat kedai Dayang Salha... Macam-macam jenis, rasa, pattern kek lapis yang ada... Sebagai ole-ole orang semenanjung, beli la kek lapis tu...

Kesimpulannya, sepanjang trip ke Sarawak ini, adalah satu pengalaman yang baru buat aku.. Kita boleh mempelajari jenis makanan dan budaya hidup orang Sarawak ni...Bagi sesiapa yang nak pergi Sarawak ni, datanglah... Untuk trip aku ni, aku cuma "berkampung" di Kuching aje. Belum lagi ke Sarikei, Samarahan, Miri dan lain-lain daerah... Kalau ada rezeki, nak juga masuk ke gua-gua, kayak ke... Sarawak ni luas... so ini cuma sebahagian daripada trip yang aku nak kongsi bersama korang semua. 

 

Wednesday, March 14, 2012

Sarawak---Part 3

Hari berikutnya baru aku sewa kereta.. Dapat harga RM160.00 untuk 2 hari. Rata-rata kereta sewa kat sini agak mahal. Kereta yang aku dapat tu, adalah dari adik pada kawan aku yang duk study kat Unimas..Dari pamplet-pamplet yang aku amek, harga sewa RM120.00/hari untuk kereta kancil. Tu kira paling cikai la...Kereta yang aku dapat, viva...kalau kereta yang besar, maka sediakanlah duit yang besar gak.. huhu..Lepas ambil kereta, petang tu meround tengok buaya kat Jong...
buaya tgh mamam
Macam biasa la kan.. Sarawak memang terkenal dengan buaya nyer.. Dan kat sini juga, dipamerkan rangka tengkorak buaya Bujang Senang yang mati ditembak dulu.. Memang besar buaya nih...
Tengkorak Bujang Senang
Selain daripada buaya, ada juga binatang-binatang lain.. kira dia buat macam mini zoo la..
Feeding merak
Masa kat situ sempat jugak aku buat kerja part time... tima kasih la pada tokey taman buaya tu kerana bagi job pada aku kat situ...
Bersihkan gigi buaya
Lepas puas meround kat Taman Buaya ni...so balik la.. Plan masa balik dari Jong tu, nak singgah tengok Orang Utan, tapi tempat tu dah tutup...padahal time tu baru jam 4.00 petang... Memang takde rezeki la...Balik semula ke bandar Kuching..Apalagi, aktiviti makan la pulak...Kali ni memang pelan nak makan kat Kampung Boyan. Kalau nak ke Kampung Boyan ni, ada 2 cara, dengan jalan darat ataupun air. Tapi jalan darat jauh, kalau nak lalu air, pasti nyer kena naik bot penambang la... Harga tambang tak mahal, RM0.50 je sorang...
nampak tak "pilot" penambang tu?
Bot penambang bersama actres "Aaron Aziz & anak nyer".. huahuahua...
Kenapa nak makan kat kampung Boyan? Sebab dah servey2 dgn org yang ada kat situ...diorang akan makan kat kampung tu sebab sedap..Tapi pada aku, tempat ni ramai yang beragama Islam, so tak perlu risau tentang ke HALAL lan nyer...dan kat kampung ni juga terletak nyer kedai Kek Lapis Sarawak yang terkenal "Dayang Salha"... Selain tu, Kek Lapis Sarawak jenis basah di "Kedai Mira". Petang tu aku pekena Laksa Sarawak... 
"spaghetti" sarawak
antara bengkel motor kedai makan yang ada
panorama indah di Sungai Sarawak
Bersambung.....

Tuesday, March 6, 2012

Sarawak-- Part 2

2nd Day @ Sarawak..

Alhamdulillah hillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinn nusyur...(doa bangun tidur)

Pagi, bangun dan bersiap... Budak comel bangun tidur pun senang, takde mengaruk...so 2nd day ni kami akan berjalan...breakfast dulu kat cafe...budak comel breakfast honey star beb..!!! ha.. amek ko... duduk kampung, selera western pulak...hahaha...


Siap breakfast, terus dibawa ke Sarawak Cultural Village (SCV), (Kampung Budaya Sarawak)..SCV ni, berdekatan dengan Damai Beach. Berada di kaki gunung Santubong dan Sejinjang.. kat sini diperlihatkan rumah-rumah dan budaya etnik yang ada di Sarawak ni... 
signboard ke SCV
pintu masuk
Bayaran masuk RM60.00/seorang + passport antarabangsa untuk memasuki rumah-rumah etnik tu.. masuk je kena minta cop dari penjaga rumah tu.. (kalau takde orang jaga, cop sendiri je..) hahaha....


Sampai sana jam 1100, penjaga kaunter tiket kata, jam 1130 ada persembahan kat dewan auditorium, maknanya ada 1/2 jam lagi...so meround dan snap gambar la dulu...then terus menuju ke dewan auditorium, kawasan sekeliling cantik sebenarnya, berlatar-belakangkan gunung Santubong & Sejinjang yang serba kehijauan..amat bersesuaian bagi diri aku yang berjiwa seni.. chewah.. hahaha..

belakang tu gunung santubong
1130 start persembahan...best la..macam2 tarian yg dipersembahkan...

untung duduk "saf" depan.. hahaha...
ewah-ewah..
uit.. pegang parang la pulak... hulu parang tu, ada rambut orang tau...
i beleive i can fly
lompat si katak lompat
ni yg aku tak tahan der..boleh plak buat mimik muka dpn kamera aku..
sumpit
joget...
joget ramai-ramai
anak mat saleh tu pun nak joget...hehehe...
Overall, aku puashati dengan persembahan tarian ni.. siap ada pentomin masa scene menyumpit tu... hahaha.. lawak giler....persembahan selama 1 jam tu aku tak rasa 1 jam..macam 1/2 jam je... kira terhibur la hati beta nih.. best... dengan sound system yang baik...tahniah SCV...

Siap persembahan perut rasa lapar, macam biasa, aktiviti memenuhkan perut pulak.... kali ni makan nasi, manuk pangsuh, terbaik, mee kolok dan umai... pada aku, pangsuh dia sedap... manuk pangsuh adalah ayam + daun ubi + beberapa jenis daun lagi yang dimasak didalam buluh. Memang sedap....rasa nya mirip sup ayam..


umai ikan

manuk pangsuh
Lepas makan, terus meround setiap rumah yang ada... Semua rumah best, cuma aku lebih tertarik pada Rumah Orang Ulu & Rumah Melanau...Dia punya rumah memang tinggi giler.. Kalau ikut kat bandar, rasanyer rumah tu jenis rumah 3 atau 4 tingkat.. memang tinggi... Memang survival betul orang-orang etnik ni.. Pintu pun dibuat dari kulit kayu.. kagum aku...paling sempoi adalah rumah penan. Pada aku, rumah penan ni bukanlah rumah, tapi lebih pada pondok.. Kalau ikut explanation dari budak yang jaga pondok tu, orang penan ni biasanya akan berpindah randah untuk mencari makanan. Bila satu-satu tempat tu stock makanan dah habis, mereka akan pindah ke tempat lain. Dan...lebih mengagumkan lagi, orang penan ni adalah orang asli yang paling terer di hutan. Mampu menyumpit sejauh 100 meter dan mampu berlari dalam hutan mengalahkan orang sprinter.. pergh..!! memang terer... so aku tanya kat dia, "Nape tak minta orang penan sendiri yang jaga hut ni?" dia jawab, " Dulu kita pernah minta orang penan sendiri yang jaga pondok ni, tapi tak lama...Dia kalau nampak abang, dia akan lari, sebab dia ni etnik yang sangat pemalu dengan manusia luar." Budak yang jaga hut ni, bukan budak penan...
depan rumah cina..tp model tu melayu
rumah melayu
rumah melanau
baca sendiri signboard tu...
nak naik rumah melanau
pondok penan
yang ni aku lupa
ni pun aku lupa
aku lupa lagi, rumah ni aku tak dapat masuk, sebab tgh renovation...
Lepas siap meround setiap rumah, dengan peluh bagai..... so balik la.. Namun kenangan yang indah pada aku, berbaloi dengan bayaran masuk tu.. Then kami balik hotel semual untuk layankan budak comel mandi pool..
kembang pipi lepas tiup boya.. hahaha...
Malam nyer.. perut dah mula berbunyi, bukan lagu keroncong tapi dah lagu "enter sandman" beb... pekena lagi nasi ayam kat SCR tu... yang kelakar nyer, time tgh makan tu, tetiba waitress tu ambik kicap, dan sos nasi ayam yang ada depan aku, dia kata dah nak kemas... sampai hati betul... tahu la, kat Kuching ni kedai-kedai akan tutup awal, tapi tergamak pulak ko amek time aku tengah makan... takper la... nak buat macam mana....

Bersambung....