Wednesday, May 23, 2012

Rotavirus vs Hospital Pakar Johor

Hmmm....

Ketemu lagi ya dong...Minggu kedua dalam bulan Mei, budak2 sekolah agama tengah menduduki  Peperiksaan Setengah Tahun.. aku pula terpaksa menduduki ujian dari Allah. Budak comel Rizq Nur Aufa telah dimasukkan ke Hospital Pakar Johor selama 5 hari... Aufa telah disahkan oleh doktor terkena jangkitan ROTAVIRUS... secara saintifik nyer aku tak berapa pandai nak explain pasal penyakit ni, tapi yang pasti pesakit akan berak-berak (air semata tanpa najis normal), kerap muntah dan demam. 

Macam tu jugak yang terjadi pada Aufa. Hari Selasa 8hb Mei tu, Aufa start kena jangkitan. Berak-berak dan muntah-muntah.. kalau tak silap dalam sehari lebih 8 kali akan berak-berak. Pampers yang dipakai pun tak mampu menampung najis yang keluar sampai tembus kena cadar tilam. Nurse yang bertugas sangat sabar dengan kami, pernah sampai 5 kali dalam 1 malam nurse tu ganti cadar Aufa sebab tembus. Untuk pengetahuan juga, air najis yang keluar tu mengeluarkan bau yang busuk walaupun yang keluar tu just macam air teh-O nipis je...tapi sekali keluar memang banyak. Bayangkan la, tanpa sebutir nasi masuk dalam perut Aufa, just breast feeding, tapi mengeluarkan air yang sangat banyak menjadikan Aufa lemah. 

Antara penyebab Rotavirus ini adalah pengendalian makanan yang tidak bersih dan juga lipas. Kuman yang ada pada tangan, mampu direbakkan melalui sentuhan pada tempat, bekas makanan, pakaian dan juga apa sahaja objek yang terkena virus ni. Lebih kurang macam sakit mulut, kaki & tangan yang biasa menyerang pada kanak-kanak. So sebagai pencegahan, tiap kali menguruskan aufa dan najis, tangan perlu dibasuh dengan betul dan dicuci juga bersama pembersih khas, (macam dettol tu)..

Doktor masukkan air, bagi ubat demam, tambah dos untuk antibiotik, ubat cirit. Biasa la, budak kalau disuruh makan ubat, nak kena kepit rahang mulut tu, baru boleh masuk tekak. Samalah macam Aufa.. Sampai agen insurans pakai tudung biru disangka nurse yang nak bagi dia makan ubat. Punya trauma Aufa nak makan ubat.

Masuk hari ke-4 baru Aufa dah tak kerap berak-berak. Kalau sebelum nyer berak sampai 7,8 kali, hari ke-4 just 3,4 kali je, demam juga dah kebah. Alhamdulillah, sudah mula keluar suara (humming...), mula nak berdiri, nak main toys, dah mampu makan sikit. Pada aku 1 perubahan yang sangat positif. So hari ke-5, pagi tu doktor kata dah boleh discharged. Lega rasa...Tak sabar rasa nak balik rumah, 5 hari berkampung kat Hospital Pakar Johor, badan sakit-sakit.. kurang tidur...banyak baju kotor nak kena basuh. Aku pun tak balik rumah, stay kat hospital sama then esok pagi gi kerja.. aku just cuti 1 hari je...

Aufa discharged hari Sabtu 12hb Mei yang lalu yang juga Hari Jururawat Sedunia. Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat bertugas yang menjaga kebajikan Aufa serta staf yang ada sepanjang kami berada di sana. Jasa kalian tak mampu kami membalas nyer... Kepada yang datang melawat Aufa juga terima kasih diucapkan. Sokongan moral dan sumbangan yang kalian berikan moga Tuhan balas dengan kemurahan dan kerahmatan dari Allah jua. Terima kasih semua. Aufa juga kini semakin sihat dan kembali ceria seperti biasa.

Tuesday, May 22, 2012

Fishing Bay, Mersing

Assalamualaikum dan holla d' amor... 

fuh..fuh.. berkerak kepala kepala ni nak cari idea untuk update entri baru.. Lama betul tak jengah blog sendiri.. yang rajin nyer "blog walking" orang lain. Sepanjang bulan Mei dan ketika entri ni dibuat, banyak ujian, pahit, manis, aku lalui..tapi lebih banyak pahit nyer... kang kita citer..

Awal bulan Mei aritu, aku pergi ke Mersing. Berbengkel di sana 2 hari. Tempat nyer, aku tak pernah pergi...Mersing tu kerap juga la ke sana, tapi x pernah sampai pun tempat ni. Nama tempat tu Fishing Bay Resort. Untuk sampai ke situ, perlu melalui jalan "shortcut" untuk ke Air Papan, Mersing. Kira jalan dalam la. Jarak dari Bandar Mersing ke Fishing Bay ni lebih kurang 15km, kalau tak silap aku la...

Aku sampai sana jam 12.30 tengahari. Time matahari tegak kat kepala. Perjalanan jauh, tapi pada aku berbaloi.. Berbaloi? sebab view yang "cantik". "Cantik" pertama, sebab memang pemandangan semulajadi nyer sungguh cantik dan mendamaikan, "Cantik" kedua adalah ada "sotong" berjemur. Entah tourist dari mana, dengan muka berbelang "sun burn" just berbikini je time aku sampai resort tu, bukanlah nak tengok sangat pun, tapi tak sangka, resort kecik macam tu ada tourist luar negara stay situ. Ok la kan... 

Resort ni terbentuk dari teluk antara 2 bukit so ombak tak kuat dan berhampiran dengan jeti. Air pun jernih... angin laut pun sesedap rasa...swimming pool pun ada..cuma nyer tak sempat la aku nak mandi kat pantai sebab dok sibuk buat kerja.. lagi satu, telah diberi amaran oleh pihak pengurusan resort bahawa laut tu ada buaya darat buaya liar. Siap ada penduduk kampung snap gambar buaya tu lagi, tapi still belum dapat tangkap lagi...tapi sekadar nak celup2 badan tu boleh la... ada gak peserta perempuan yang celup, tapi kome semua tu perempuan, buaya tu takkan gigit punya, tapi kalau yang celup tu lelaki macam aku, kaki berbulu, dada berbulu (ko ada..?? hahahaha) mahu hilang kulit punggung aku yang licin kena gigit buaya tu.. hahahaha...

Bilik juga luas, cuma takde almari baju. Tu yang payah sikit, kena pulak aku ni jenis macam Anuar Zain banyak baju nak kena bawak, ada show untuk minggu setiausaha la, hari ibu la, hari bapa la... hehehehe...Bab makan plak, aku tak kisah, janji sedap hatta lauk cuma 2,3 jenis tapi yang penting SEDAP!!! average aku puashati dengan lauk yang disediakan. Pada aku la... Tak tahu la kalau orang lain. Tekak masing-masing. 

sign board masuk

main enterance

ke receiption

cafe

cafe dari pandangan jauh


bilik tmpat aku menginap (yg ada tuala tu, bilik aku la)

pemandangan dari jauh

track lumba lari..... eh silap, pool la.....

ground for sukaneka

balconies

from inside

sea view

bedroom

lauk ni aku amek sikit, pinggan tu kecik, tu yg nmpk banyak... huhuhuh...

ni mesti ada

menu wajib kat mersing

nampak tenang kan air tu...tp jangan sangka tiada buaya


bot-bot kat jeti

jalan menghala jeti (kat hujung jeti tu, geng-geng dah baling umpan dah...)
2 hari kat sana, tak terasa...(tapi ada gak peserta yang rasa lama sebab boring) sebab kerja berlambak...Thanks for my team JB coz mampu siapkan juga tugasan yang diberikan. Sebelum balik, sempat jugak aku beli ikan fresh kat jeti tu. Aku beli ikan gelama & parang... memang terbaeek la makan ikan fresh nih... sedap bro.. balik umah terus masak ikan parang tu... asam pedas lagi.. (kelas ko jah...) Minta maaf untuk gambar-gambar kali ni tak cantik sebab just snap by fon je. Ana punya camera takde bateri, charger hilang. Kurang asam betul... mana la pegi ana punya charger kamera ni. Ok, jumpa lagi.. Adios...!!!