Thursday, December 1, 2011

Baru Balik Ziarah

Pukul 9.45 malam tadi, aku baru sampai rumah lepas ziarah kematian seorang kakak kepada kawan aku. Kakak tu juga adalah cikgu aku masa aku sekolah agama dulu (sampai sekarang), walaupun mengajar aku tak lama namun kami rapat atas dasar adik dia kawan aku... dia juga guru pembimbing masa aku latihan mengajar masa praktikum dulu...

Antara kenangan lain, dia temankan aku di bilik menunggu semasa perujian berzanji peringkat negeri kat Kompleks Islam tahun 1994. Masa tu aku baru berusia 13 tahun... dan dia pun masih lagi anak dara, baru habis maktab dan terus mengajar. Time tu aku jadi naib johan...so berbaloi la dia temankan aku...hahaha..orangnya lembut dan x suka marah2...

Sempat aku berbual dengan kawan aku tu (adik dia)..."kakak aku sakit x lama, lebih kurang 3 bulan, tapi yg pasti dia sakit kanser paru-paru...mula2 banyak andaian yg hospital buat, kata tibi la, jangkitan kuman la, paru2 berair la..last2 kami hantar dia ke hospital swasta.." 

Dia kata x sangka dia meninggal hari ni, sebab hari ni dia mampu jalan, ketawa, berbual dengan mak ayah dia...sebab sebelum ni, keadaan dia agak lemah.. tapi hari ni lain sikit. Dia boleh mandi sendiri, ambil wudu' nak solat asar... tapi belum sempat nak solat, Tuhan dah ambil nyawa dia...senang betul dia "pergi"... Allahu Akbar.....

Tapi apa yang terasa sedih ialah anak-anak yang ditinggalkan...anak dia 4 orang, yang paling kecil lebih kurang 4 tahun. Time jenazah tgh dibaca yasin, si kecil ni akan salam sambil cium tangan orang2 yang datang ziarah...pastu cium jenazah mak dia... Allahu Akbar..sayu je rasa.. Mama Ryna cerita, si kecil ni masih minum susu mak dia, masa mak dia sakit, dia kata..."Susu mak dah tak sedap, rasa ubat"... Lepas ni, si kecil dah x dapat lagi minum susu mak...

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman... Al-Fatihah buat Ustazah Norliah Binti Hussin...

No comments:

Post a Comment