Thursday, September 20, 2012

BARIS PERTAMA DI SINAR FM

Kemaruk dengar slot Baris Pertama Di Sinar FM...beribu ringgit pemanggil yang bertuah tu menang. Sakit hati beb... Malam tadi RM9100.00 caller tu dapat. Giler ar..banyak tu.. Rasa senak je perut aku dengar wang sebanyak tu, just teka baris pertama lagu untuk memang duit sebanyak tu... lepas duit bayar keter untuk setahun, bayar hutang sana-sini, makan-makan, holiday....Argh..!!!! nak try gak la...


Wednesday, September 19, 2012

DUIT vs PRINSIP

Cakap pasal duit, kadang-kadang orang yang berkopiah, yang berjubah pun boleh kalah. Walau tak semua macam tu, pasti ada manusia yang macam tu.

 vs

Malam minggu hari tu, terserempak dengan seorang kawan lama sekolah rendah dulu. Memang lama bebenor tak jumpa dia. Masa sekolah rendah dulu, dia ni selalu jadi bahan buli "kita orang". Hahaha... (sori la sebab time tu aku belum akil baligh lagi)... tapi dia ni tergolong dikalangan budak2 pandai. (selalu macam tu tau...benci) hahaha...

Dia sekarang dah balik kampung, lama dia merantau kat kL tu. Dia ni kerja grafik designer, buat2 iklan, banner, kalender dan segala bagai jenis2 editing n printing. Walaupun dia ni qualified account, tapi dia ni sangat minat dalam grafik design, so dia beralih arah pada bidang tu. So rezeki dia pun kat situ la. 

Hampir 2 jam aku berborak, aku rasa dekat 8 batang dia "meron" depan aku. Aku mula la rasa tak selesa...tapi disebabkan topik yang kami borakkan tu ada kaitan dengan kehidupan, agama dan juga prinsip, aku rasa aku mampu tahan asap dia tu. Berambut kerinting panjang dan diikat, aku ingat aku akan borak2 dengan dia pasal lagu atau artis2 rock...tapi sikit pun tak "tercuit" topik tu. 

Aku tertarik pada 1 cerita dia... "Pernah dulu aku dapat tender dari satu Baitulmal kat kL tu untuk aku buat kalender, dan aku letak harga yang paling rendah, aku ingat aku letak lowest price tender tu untuk tolong baitulmal dan cukup untuk pendapatan aku, lepas je aku confirm dapat tender tu, terus ada satu brother yang kerja kat Baitulmal tu jumpa aku, minta 20 sen setiap cetakan yang dibuat. Terkejut aku!!!! Aku fikir balik, ni duit baitulmal, duit org Islam untuk asnaf...tetiba plak ada makhluk macam ni, minta duit sesuka hati. Apa tak cukup ke duit gaji dia ni. Terus aku cakap kat dia, "Takpe la bro... saya tak dapat tender ni pun takpe la, saya ni dah la banyak dosa kecik, sekarang nak suruh saya buat dosa besar plak"... terkedu mamat tu". 

Bila dia cerita benda tu kat aku, aku rasa suka...Masih ada lagi kawan aku yang macam ni. Dressing tak mencerminkan apa yang ada dalam hati. Alhamdulillah... Banyak perkara yang menarik minat aku pada cerita dia malam tu.

Friday, September 14, 2012

REUNION 2012

Lama bebenor aku tak update entri blog sendiri. Entah rasa malas semacam je...walau hakikat nyer aku ni dilahirkan rajin macam semut. 

Alhamdulillah..Aidilfitri ke-7 hari tu, dapatlah untuk kali kedua nyer, aku dah kawan2 sekolah berjumpa semula selepas hampir 15 tahun yang lalu meninggalkan alam persekolahan. Dua tahun yang sudah iaitu 2010 kami bertemu dan kali ni 2012, kami semua berkumpul dan berjumpa lagi. Kenapa selepas 2 tahun baru reunion semula??? sebab...time tu la giliran kebanyakkan kami semua balik berhari raya di kampung sini (Pontian).  

Walaupun sesetengahnya masih duduk sekampung dengan aku, tapi sangat susah untuk berjumpa. Yelah..masing-masing dah sibuk kerja dan segala bagai urusan keluarga. Tak lain tak bukan tujuannyer adalah berjumpa semula kawan2 lama masa sekolah dulu, bertukar2 cerita, bertanya khabar dan perkembangan terkini lagi hiburan sensasi. hahaha...

Tahun 2010 yang sudah, reunion diadakan di Kukup Golf & Resort, Pontian yang dikendalikan aku sendiri (chewah...), tahun ni aku terpaksa "pass button" pada orang lain pulak. Honestly...memang susah nak manage reunion ni... Pada pengalaman aku, venue bukanlah menjadi masalah utama..Tapi yang SUSAH nyer adalah MENGUMPULKAN kawan2 lama. Aku terpaksa contact 1 by 1 kwn2 yang nak join. Susah nak confirm kalau kat FB walaupun sebenarnya "iklan" reunion ni di war- warkan kat FB.

Perjumpaan tu sekejap, tak sampai 3 jam pun...tp nak manage tu start dari sebelum puasa lagi. Personally, aku tak nak complain banyak untuk reunion 2012 sebab aku tak urus. Sebab aku tahu bukan senang buat kerja tu.

Namun ada penambah-baikkan untuk reunion kali ni iaitu dengan ada nyer hadiah dan hamper untuk kategori2 yang "dipertandingkan" seperti "family ceria", "ibu vogue", "anak cute" dan beberapa kategori lagi.  Tahniah pada yang berjaya termasuk la aku yang menang sebagai "Artis Kacak Paling Popular" (next time adakan kategori ni eh...) hahahaha... Jangan marah ha..ini blog aku.. hahaha...

Penghargaan pada vanue kali ni iaitu Restoran Kemangi, pada organiser dan kawan2 yang terlibat tahun ni. Pada yang masih belum dapat join, berdoalah agar dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk join sama di masa-masa akan datang. Pada organiser, amatlah besar pahala anda kerana menjalinkan semula silaturrahim kami semua. Moga Allah sahaja yang membalas jasa kalian. Adios..!!!!
Reunion 2010

Reunion 2012