Tuesday, July 31, 2012

Singapore - Part 6 (The Last Episode)

The next aktiviti kat Singapore is meround area bandar Singapura. Nama tempat ni adalah Esplaned Park, aku tengok banyak view yang cantik untuk bergambar iaitu kat sini haa....
The Big-Big Casino On The Top...
Kawasan ni banyak tourist amek gambar especially kat landmark Singapore iaitu di patung lion. Tapi malangnya, aku tak dapat amek gambar dgn lion tu sebab tgh renovation. Bertutup dengan kanvas. SO hanya dapat amek gambar dengan small lion.
lion & aku, aku n lion

nice

big lion in renovation

Olang Islam haram pigi itu tempat judi ha...

tourist amek gambar dan amek angin
Habis je meround, kat Esplaned Park ni, terus ke Chinatown...Kat Chinatown banyak servenior yang boleh dibeli dan murah2.. tapi aku tak meround pun kat Chinatown ni sebab waktu sampai sini time tengahari. Panas terik betul..Tak selesa nak berjalan. Last2 aku just duduk lepak kat satu kedai cina n minum air tin je.. 
 Lepas habis kat chinatown, terus soru sapedek kat sini...time tu dah lapar giler dah...
Satu perkara yang aku rasa pelik kat singapore ni adalah restoran yang wujud kat sini iaitu waktu urusniaga dia. Masa aku mula sampai depan restoran ni, time dah jam 1330. Aku ingat restoran ni tutup, sebab pintu nya bertutup rapat. Sekali aku masuk, punya ramai makhluk yang nama nyer manusia tengah duk makan. Penuh..!!! Sampai terpaksa beratur untuk ambik makanan dan tunggu meja makan. Kebanyakkan tourist. Dan sepanjang aku kat sini, aku tak jumpa lauk ikan seketul.. maksud aku, sepanjang aku kat sini, aku cuma makan ikan fillet je... Tak pulak jumpa ikan seekor untuk aku ngap. Mungkin untuk menjaga kebersihan. 
 
Dan satu lagi sebab kenapa kedai ni sentiasa bertutup juga adalah untuk jaga kebersihan kedai. Takde asap kenderaan spt bas, teksi dan kenderaan yang akan masuk restoran, so customer takdelah rasa tak selesa dengan bau asap kan... dalam kedai juga bersih. Suasana dalam restoran juga air-cond.

Lepas kenyang makan, solat Zuhor di Masjid Haji Muhammad Salleh yang juga terletak sebuah maqam yang cukup terkenal iaitu Makam Habib Noh. Kalau dikalangan pak sheikh2 arab pasti nya Habib Noh adalah sangat terkenal kerana kalau mengikut salasilah, Habib Noh adalah dari keturunan Rasulullah.
makam habib noh
salasilah Habib Noh
Sempat bersolat Zuhor di sini dan sempat juga berjumpa dengan (mungkin) anak atau cucu Habib Noh. Ramai orang datang ziarah makam ni. Ada yang datang membaca Yasin ada juga yang minta didoakan oleh waris Habib Noh ni. Aku pun sempat minta doa dari dia. Sebelum dia doakan kita, dia tanya nama kita dan apa hajat kita. Minta murah rezeki ke...minta jumpa jodoh ke..(untuk bujang je).. minta jumpa jodoh LAGI ke.. (yg dah cukup syarat) hehehe...
Siap je solat Zuhor n ziarah makan, terus ke last destination iaitu...
Underwater World
Untuk pertama kali nyer aku jadi "anak ikan"... Kalau biasa nyer aku tengok ikan kat akuarium, kali ni ikan pulak yang tengok aku yang hensem ni...Subhanallah...mendamaikan pemandangan ikan bawah air ni. Cuma yang tak mendamaikan ialah pengunjung yang datang tengok...kecoh betul...bising, jakun betul Walaupun aku ni pun boleh dikategorikan jakun tp aku ni pandai cover...yang lain2 tu siap jerit2 tengok ikan besar dalam akuarium ni...
Jakun beb...
Untuk Underwater World ni wajib masuk. Aku dengar, kat Malaysia pun ada waterworld jugak, kalau tak silap kat KLCC dan Langkawi...tapi yang kat Malaysia aku belum masuk lagi. So next time nak gak try masuk yang Malaysia punya.

Keluar dari Underwater lebih kuran jam 5.00 petang. Sebenarnya aku tak puas kat underwaterworld ni. Terkejar-kejar dengan masa. Kalau ada rezeki kena return kat sini la...

Secara keseluruhannya, pada aku Singapore adalah kota metroPULUS yang sangat pesat membangun. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke Singapore ni kalau tak silap aku time umur aku 6 tahun. Kota yang segala nya duit, dan taraf hidup yang tinggi. Namun disebalik nya, masih terdapat nilai murni yang boleh diambil pengajaran, antara seperti tahap kebersihan dan disiplin merokok ditempat awam. Susah untuk aku perhatikan smoker senang2 hisap rokok di kawasan awam. Untuk aku yang anti-merokok, aku rasa selesa...Dan kalau ada rezeki, ingin sekali lagi aku datang ke Singapura ini, antaranya aku nak test makan SUP TULANG MERAH yang dikatakan cukup power..!!! Terima kasih segala nyer....

Friday, July 27, 2012

Singapore-Part 5

Lama betul aku nak sampai part 5 ni untuk trip ke Singapore ni. Mengalahkan Christopher Nolan nak buat cerita Batman The Dark Knight Rises kan..kan..

Di akhir perenggan Part 4... 
"Esok pagi jam 0730 mesti dah tunggu kat lobby untuk check out..kalau tak kena tinggal..." So aku pasang la ALARM HANDPHONE...nak dijadikan cerita.............................."

Handphone aku tertinggal kat hotel apabila aku dah sampai Malaysia. Aku perasan time aku drive balik rumah. Sebab aku rasa pelik, lepas masuk je Malaysia handphone aku tak berbunyi hatta masej sekalipun. Biasa nyer kalau masuk Malaysia akan terus incoming msg sebab selama aku kat Singapore aku tak off h/phone sebab line Malaysia takde kat sana....

Penyelesaian nyer, aku call tour agency yg arrange aku punya holiday, minta dia call hotel untuk cari fon aku kat hotel. So esok nyer, dia call aku.. h/phone aku dah ada kat front desk hotel.. Fuh.. alhamdulillah..lega...Maybe ni rezeki aku, nak dijadikan cerita....sebenarnya sebelum aku check-out hotel pagi tu, aku terjumpa h/fon dalam lif. Time tu aku sorang. H/fon tu takde la canggih mana.. tp kira lebih mahal dari fon aku. Kalau setakat nak rembat, kacang2 je... tapi aku tahu aku tak boleh ambil. Aku ni LELAKI MACHO DAN KACAK SERTA BERIMAN...so aku pulangkan pada front desk hotel untuk cari owner fon tu... ni balasan tuhan. Aku jumpa fon orang then aku tak ambil, pastu fon aku hilang, orang yang jumpa tu pun tak ambil... Keajaiban..!!! Kuasa tuhan...Allah balas balik...Jadi, settle dah masalah tu...

Berbalik pada trip Singapore tu, lepas je check-out hotel pagi tu, terus sambung trip, so aku ke sini.....
"CHOCOLATE GALLERY". Kanan bawah: Aktor terkenal Singapura Aaron Aziz bersama model jajan
Chocolate Gallery adalah satu kedai yang menjual coklat2 dan gula2 made in Singapore.. Kalau kat Malaysia ni macam kedai2 yang ada kat Langawi la...macam2 jenis dan pattern. Masuk je kedai ni, terus dibagi minuman percuma air coklat sejuk. Memang "kaw..!!!" air yang dia bagi tu.. Aku meround dalam kedai tu, takde yang menarik pada aku.. Tapi aku SANGAT TERTARIK PADA CHOCOLATE DRINK dia. So aku cari minuman tu untuk ole-ole balik Malaysia. Memang sedap. Kalau tak silap aku $10.00 je harga dia.. 

Dalam 30 minit kat chocolate gallery tu, bergerak pulak ke Malay Heritage Centre (Taman Warisan Melayu). Kat sini terdapat 2 tarikan utama iaitu sebuah Istana Melayu dan sebuah Masjid iaitu Masjid Sultan. 

Istana ni dibina oleh penjajah Inggeris untuk sultan pada masa tu, tapi kini dah dijadikan pameran je la.. Singapore pun dah takde sultan kan... Yang kedua nyer Masjid Sultan. Masjid Sultan ni, yang menariknya adalah dibahagian kubah. Kubah itu diletakkan diatas susunan botol-botol kaca yang disusun rapi hingga mampu diletakkan kubah yang besar. Mengikut kata tourist guide aku, zaman dulu susah, macam mana susah pun, kalau nak bina jugak masjid ni, biar apa cara sekalipun mesti disiapkan.
Antara view kat Masjid Sultan

Tengok gambar tu elok-elok..Botol kaca beb...
Kawasan sekitar masjid ni banyak kedai2 cenderamata dan kedai makan untuk tourist shopping dan rileks. Bangunan kat sini juga terpelihara cantik dengan warna yang pelbagai macam kat Melaka tu...



To be continued....


Friday, July 6, 2012

Singapore - Part 4

Singapore - Part 4


Bye-bye for Universal Studio Singapore.. tinggalkan USS jam 1900. Sebelum terlupa, walaupun best USS ni, namun ia tidak mesra pengguna kepada orang Islam kerana takde disediakan untuk solat. So faham-faham je lah ye.. kena la qada' balik mana yang tertinggal tu..

Berjalan sudah, main sudah, menjerit sudah, yang tinggal penat dan peyut yang lapor. Apalagi pegi shoru shapedek la... actually aku menginap di hotel lain, makan kat hotel lain. Ini satu lagi masalah kalau duk berjalan kat negara yang bukan negara Islam. Kena tengok betul2 samada halal atau pun tidak. So rasanyer hotel yang aku menginap ni tidak menyediakan makanan yang halal so makanlah kat hotel lain. Ni la tempat aku menginap.
Value Hotel
Sebelah hotel aku menginap ni, ada construction project in progress, dan aku memang tabik spring pada kontraktor yang buat projek tu, sebab sikit pun tak berselerak. Kesan tanah kat jalanraya pun takde. Kebersihan adalah no.1... alangkah baik nyer kalau boleh apply kat Malaysia ni...

Pada aku, hotel ni jenis hotel bajet macam hotel 360 Express masa aku gi Kuching, Sarawak dulu.. Kecik dan ngam2 untuk 2 orang. Harga boleh tahan la...nak-nak kalau convert ke RM.. nak detail 

Bercakap pasal hotel, tourist guide aku kata, hotel2 yang ada kat Singapore akan sentiasa Fully Booked. Ramai sangat tourist datang. Nak-nak time ada F1... especially hotel yang berdekatan dengan track F1. Harga biasa $400 / $500 per night..bila F1 je boleh jejak sampai $8k..itupun boleh fully booked. Pelik betul..!! punya kemaruk tourist2 ni nak tgk F1 dari bilik je...

Lepas makan, balik ke hotel & fresh up. Fuh penat betul... Budak kecik dah lama tertidur.. lepas solat apa semua, baru la boleh tidur... Takut plak bila teringat ada kawan tinggal pesan. "Esok pagi jam 0730 mesti dah tunggu kat lobby untuk check out..kalau tak kena tinggal..." So aku pasang la 
ALARM HANDPHONE...nak dijadikan cerita..............................

Bersambung

Singapore - Part 3


Singapore – Part 3

Last meround kat Universal Studio adalah di Far-Far Away Theme Park (Cerita Shreak). Untuk kanak-kanak memang sesuai la masuk sini. Lebih “cool” dan rileks. Takde la terjerit-jerit, terpekik, terlolong macam amukan pocong. Area Shreak ni  ada banyak lokasi untuk bergambar dan view yang cantik. Cuma lebih terbuka dan takde berbumbung. So aku masuk “rumah” Shreak ni tengok cerita Shreak wayang 4D.
Pemandangan indah Far-Far Away Theme Park (Shreak)
Beza 4D Shreak dengan Transformers, Shreak ni tengok ramai-ramai macam panggung yang kita biasa masuk, kalau Transformers untuk ride sekali masuk “kenderaan” tu hanya boleh muat 9 orang. Effect tetap sama. Kalau ada air, muka pun akan kena air, kalau ada semut jalan, kaki kita pun akan rasa macam semut merayap kat kaki, kalau bunyi angin, kat telinga kita pun akan rasa angin, kalau tengok scene tu tengah naik kuda, kerusi yang kita duduk akan bergoyang-goyang macam kita naik kuda jugak. Best…Telinga aku pun rasa aman je sebab takde orang terpekik-pekik macam orang naik Transformers. (Padahal sendiri yang jerit kuat) hahaha….Seronok la masuk kat Shreak ni…
Princess Fiona (lah sangat)
Habis je Shreak, round pulak area Egypt, Madagascar, Jurassic Park, Waterworld… Tapi tu aku hanya lalu je, tak sempat masuk dalam park pun. Masa tak cukup sebab kena berkumpul semula sebelum jam 6.30 petang. Sedangkan time keluar dari panggung Shreak tu dah pukul 6.00 petang.Dalam berkejar-kejar masa tu, sempat jugak singgah snap gambar sebagai kenangan.
gambar dgn org space

gambar dgn org Egypt zaman dulu yang bulu ketiak nyer panjang

Klon Brandon Fraser
Kesimpulannya, masih ada theme park yang aku missed. Dari cerita kawan-kawan yang pernah masuk USS ni, sebelum keluar akan ada live show macam penggambaran filem, siap dengan letupan, percik-percik air… Aku tak pasti theme park mana yang ada show tu.. Maybe kat area Waterworld kot. Tapi aku tak dapat tengok..takpe la… Kalau ada rezeki, boleh datang lagi…

Pada aku, untuk USS ni adalah satu taman tema hiburan yang international standard. Semuanya berteknologi tinggi. Seronok… Sesiapa yang nak berhibur di Kota Singa ni, boleh la datang ke sini. Tak rugi, Cuma pastikan masuk selepas pintu dibuka, sebab takut kena macam aku, tak cukup masa…Dan jangan lupa, bawak ongkos nya lebih…bukan lebih sikit, tapi LEBIH… Sebab apa yang ada kat dalam USS tu semuanya mahal untuk kategori orang macam aku ni. Maybe kalau bisnes aku jual duku langsat dah cecah juta-juta, boleh la beraya sakan kat sini.. 

Bersambung...

Thursday, July 5, 2012

Singapore - Part 2


Part 2

Untuk aku, pengalaman paling best adalah masuk Transformer Ride & Rollercoaster... Yang transformer tu, macam mukaddimah untuk sesiapa yang nak naik rollercoster. Transformer Ride tu kita kena pakai spec 3D then naik vehicle then action. Paling real, time kita dicampak dari bangunan tinggi then bumblebee selamatkan kita... Fuh, berselirat rasa urat perut aku bila dicampak dari bangunan tinggi tu.. padahal bukanlah tercampak betul...tp ntah teknologi apa yang terasa kita macam betul-betul jatuh dari bangunan tinggi...simulasi Transformer ni tak lama dalam 5-7 minit, kalau x silap aku la…
Aku sebagai Accapan dalam filem Rollercoaster
Habis je transformer ride, terus ke rollercoaster, betul-betul sebelah Transformer Theme Park. Dah lama dah “usha” rollercoaster ni… Geram je tengok orang main. Ada 2 rail iaitu warna merah dan biru. Untuk rail yang biru xde stand kaki makna nyer kaki akan  bergantung, untuk rail merah pulak, ada pemijak kaki, so tak terasa sangat la kot… plan sebenarnya nak main yang ada stand, beratur punya beratur dah tersalah lane sebenarnya, termain yang kaki tergantung.. Ha.. amek ko… nak tak nak terpaksalah main. Beratur panjang hampir 30 minit, takkan nak patah balik macam tu je, alang-alang main je terus.

Masa depan mata, tengok orang main rasa kejap aje, Siap cakap dalam hati, “Ek eleh…kejap nyer” tapi sebenarnya azab dunia aku semakin hampir sebenarnya. Hahaha… Sampai je giliran, aku terus duduk, tapi sit tu aku rasa memang tak selesa, susah untuk aku nafas. Lepas safety crew check semua ok, maka kedengaran la suara computer tu “Launch…Bye-bye..” Maka bergerak la rollercoaster tu, pada masa yang sama jugak, muka “Aaron Aziz” aku pun keluar time lalu depan safety crew tu.. Muka macho beb, muka xde takut lei…..

Lepas je keluar dari tempat launching tu, coaster tu terus bergerak laju, terus muka Aaron Aziz yang macho tadi,  hilang…. ntah apa muka yang keluar, ntah-ntah muka dah macam Accapan kot… Terus laju gila, aku pejam mata, aku jerit-jerit macam perempuan nak kena rogol..

Disebabkan aku duduk paling tepi, so aku nampak la permandangan tepi, tapi pandangan aku bergegar-gegar je, kejap aku pejam mata, kejap lagi aku buka mata, tengok-tengok aku nampak langit, kejap-kejap aku nampak rail, kejap-kejap aku nampak kaki aku terkitai keluar. Aku rasa badan aku dah ke depan tapi jantung aku masih kat belakang…Adrenalin aku jadi nggak keruan dong… Paling ngeri adalah time dia pusing 360`… Aku rasa badan aku macam nak terkeluar dari sit tu, cuma safety belt yg buatkan aku masih melekat kat kerusi tu….Aku rasa lama betul nak habis… suara aku dah tak keluar…serak!!! coaster tu betul-betul bantai aku macam ayam dalam oven  Kenny Rogers, berputar-putar, berpusing-pusing…

Sampai semula tempat launching tadi, aku buka sendiri safety belt, aku turun, aku rasa rasa jantung aku baru masuk dalam badan aku.. Jantung aku tadi tertinggal kat belakang… Tapi Alhamdulillah… aku tak mabuk atau muntah… Kesimpulannya, walaupun ngeri, urat perut ni rasa ngilu, jantung aku tertinggal, aku puas, dapat naik rollercoaster yg giler.. Kalau orang tanya, nak naik lagi tak? Aku akan jawab “YA”.. 
nampak tu!! rollercoaster tgh jalan....
 Bersambung...

Trip Singapore - Part 1

Part 1

Hi there... after trip to Singapore, i can't speak in Bahasa... sori... hahaha.. amek ko, penangan Singapore punya pasal..Alhamdulillah, segala nyer berjalan lancar dan hajat juga tercapai.

Banyak pengajaran yang boleh dipelajari sepanjang trip kali ni...Kota Metropolitan Singapura, kota yang penuh dengan DENDA sana DENDA sini... Rakyat nyer diajar disiplin dengan cara menyaman. Tapi pada aku memang memberi kesan, cuma pendekatan yang dibuat, nak atau tak nak, rakyat kena terima... Juga kota yang "nothing cheap" kata tourist guide aku.. tapi memang betul apa yang dia cakap. Nak beli mineral water pun dah $3.00...ni ha bukti nyer....
Tak kisah la, mahal ke.. murah ke... itulah baik nyer kalau kita belajar dari negara orang... so bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kat negara kita sendiri...

Semua perjalanan berjalan lancar kecuali kat Imigresen Singapura. Ambil masa yang lama. Kena beratur panjang. Masa bertolak tu, tourist guide ni pesan, Singapore ni banyak sangat peraturan. tak boleh itu, tak boleh ini...So segala nyer kena jaga… antaranya tak boleh bawa masuk chewing gum, rokok tidak melebihi 18 batang…tu antaranya la… dan ada banyak lagi… so kalau x nak masalah, jangan cari pasal la kan… Lepas je imigresen tu, terus ke hotel untuk drop bag. Then terus ke sini…
Sentosa
Time tu lebih kurang pukul 1230… begitu teruja bila nampak benda ni depan mata

Aktor Aaron Aziz bergambar di hadapan Globe Universal Studio Singapore

Time ni dah ramai orang dah.. selama ni nampak orang amek gambar depan globe ni, aku ingatkan bawah globe tu asap, rupa-rupanya semburan air yang halus.. memang cantik view ni… ramai orang yang snap gambar kat globe ni.. kira trademark dia la kan…

So round kejap area situ & masuk ke maritime museum. Banyak berkaitan dengan maritime, kapal2 laut, perdagangan maritime zaman dulu, dan pattern2 kapal laut mengikut negara. Masa kat maritime museum ni, sempat gak berbual dgn cleaner toilet tu, perempuan Malaysia tinggal kat Pasir Gudang.. try la tanya gaji dia “berapa gaji?” dia jawab “$950.00...fuh.. amboi… banyak tu kalau convert ke Ringgit Malaysia. Kalau dikira-kira lebih kurang RM 2,3++.++…. Rezeki masing-masing
salah satu pemandangan dalam muzium maritim tu...
Habis je round muzium tu, terus masuk USS...hehehe.. tersipu-sipu malu i tau.... hahaha.. akhirnya...!!! sampai juga kaki budak main parit ni jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore...!!! Honestly aku cakap memang BEST!!!! Macam2 pengalaman ada, pemandangan memang cantik2.. antaranya macam kat bawah ni...
broadway

hehehe...
Jalan-jalan yang ada kat USS ni, kebanyakkan berbumbung, so jangan takut la kalau hujan, kalau kena pun tempias-tempias air je. Juga pengudaraan nyer baik, sejuk sebab letak fresh air + air cond...sebab aku nampak ada hose air cond dari dinding-dinding bangunan. 

Kalau ikut peta, ada beberapa theme park yang tersedia antaranya Transformer, Far-Far Away (Shreak), Madagascar, Jurassic Park, Waterworld, Egypt dan Lost World... Tapi aku cuma sempat masuk kat Transformer, Shreak & Jurassic Park.. sebab nyer masa tak cukup dan beratur panjang + lama beratur. Itupun ada skip-skip. Kalau ikut kedai, semua kedai nak masuk, tp aku skip... ni antara gambar yg sempat aku snap...
Kenangan Beb...

Gambar je...tak masuk pon..

Depan stall mamak jual roti... hahaha..

joker a.k.a joyah

tak smpat gambar sini, kena beratur panjang...

castle fiona (shreak)
Bersambung.......