Monday, January 30, 2012

Kita Berhati-Hati Orang Lain tidak...

Alhamdulillah pagi ni aku sampai ofis dengan selamat walaupun tadi aku hampiiirr.... nak eksiden... Allahu Akbar!!! Kalau aku panik tadi, sure aku rempuh kerata myvi tu...dah berdecit-decit tayar belakang motor bunyi, tambah dengan brek depan lagi aku tekan.. adoyai...

Geram betul aku... Aku bawak dalam 70km/j, time turun (macam bukit skit) jalan tu... dalam jarak 20 meter aku nampak cahaya lampu kereta bergerak kat simpang, so aku masih bawak macam biasa, tp dalam hati ni terasa lain macam kereta ni coz dah nak sampai simpang still bergerak laju. Memang betul tekaan aku, kereta tu x berenti kat simpang, so dia redah keluar... kurang 10 meter driver kereta tu baru baru perasan aku, tu pun nasib baik aku hon panjang... 

Yang menjadikan aku GERAM... Dia boleh berhenti tengah-tengah simpang.... Allahu Akbar... Aku tekan brek belakang sekuat hati sambil tekan brek depan sambil balance kan kedudukan motor... so kurang 2 saat aku perlu buat keputusan samada aku perlu lalu depan atau belakang kereta tu... kalau aku lalu depan, dibuat nya dia jalan terus sure aku kena langgar...so aku amek keputusan lalu belakang dia walaupun ruang yg ada kecik, aku brek kuat skit lagi, sambil sengetkan badan ke kiri untuk bawakkan tayar belakang aku ke kanan sikit, kurang 3 meter, dia nampak aku ke belakang dia, dia terus keluar simpang... 

Kat simpang tu, ada kedai makan cina, aku sempat tengok, orang2 yang ada kat kedai tu dah berdiri dan jerit.. (maybe diorang dengar bunyi tayar aku brek panjang)... lepas je aku lepas kereta tu, myvi tu terus blah...aku nampak driver perempuan yg bawak kereta tu, dia terus pecut...dan sempat gak aku tengok plate number dia...(J*K 1602) * aku letak sebab aku tak berapa jelas nampak huruf dia..

Allahu Akbar, lepas je tu, terus aku terbayangkan situasi aku kalau aku rempuh kereta tu,,, samada aku rempuh pecahkan pintu dia atau, aku terbang kat bonet enjin dia atau aku tergolek guling kena langgar dia kalau aku lalu depan dia.. Adoiyai... seram pulak, terbayangkan seluar, baju, kasut aku akan koyak. (tangan mungkin tak cedera sangat sebab aku pakai glove (tp xtahu jugak la kan) )... kaki rabak terseret kat jalan, lutut pun turut koyak.. ARGH..!!! syeram nyer....

Tapi apapun, Alhamdulillah...Aku selamat... Kita dah berhati-hati kat jalanraya, tp orang lain pulak tidak... Mungkin juga berkat aku baca doa naik kenderaan sebelum gerak tadi, tu yang Allah selamatkan aku...

Friday, January 27, 2012

Si Dia Sudah Sampai...

Alhamdulillah... sampey juga akhir nya kamu ya dong... Udah lama nanti kamu, ku jumpa juga sama kamu... Makasih ya Rob...atas rejeki-Mu... Jeng-jeng-jenggg....
.
.
.
.
.
Cantik luaran nya...
waduh...gampang dong...

udah nampak nama kamu...

kamu muncul dari situ

waduh..bisa berdiri gitu...

temen-temen mu

dari pandangan berbeda

pandangan yang lain gitu

langsung bisa di pakey...
Jadi nyar... lepas ini bisa bikin entri di sini nggak??? ya bisa gitu... Makasih ya Tuhan...

Thursday, January 26, 2012

Al Maqom Al Mahmud

Hari ni aku dapat ilmu dari Al-Quran pimpinan Ar-Rahman dan aku nak share dengan u all's... mengenai Al-Maqom Al Mahmud...pernah dengar Al Maqom Al Mahmud tu??? perkataan ni biasa kita baca selepas je azan habis berkumandang...maknanya time kita baca doa selepas azan la.. 


Antara makna bacaan doa selepas azan, "...kurniakanlah Nabi Muhammad s.a.w (maqom) kedudukan yang tinggi  dan  terpuji yang telah Engkau janjikan..."... 

Selama ni aku baca doa ni tapi x pernah jumpa makna maqom yang dimaksudkan dalam doa tu.. dan hari ni aku jumpa jawapan tu. Alhamdulillah... Maqom tu adalah "Al Maqom Al Mahmud"... Apa tu??? ia adalah satu pangkat yang setinggi-tinggi dan semulia-mulianya yang dikurnikan untuk Baginda Muhammad s.a.w yang mana apabila di Padang Mahsyar kelak, sekalian makhluk memohon syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w untuk segera dibicarakan di hadapan Allah swt... Jadi, keistimewaan itulah Al Maqom Al Mahmud itu diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w...

Subhanallah... Moga kita semua mendapat syafaat dari Baginda Muhammad s.a.w kelak di Mahsyar...

Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Chai

Fuh.. rasanyer dekat 2 minggu aku tak buat entri baru.. sibuk la.. keje masih berlambak, tambahan pulak kesihatan juga sering terganggu dalam sebulan dua ni.. Demam panas, demam urat, pening kepala, batuk, selsema... adoyai.. moga ada hikmah semua ni.. yang penting sabar dan berusaha mencari penawar nyer...

Tahun ni, masuk tahun kedua aku tak gi jejalan time tahun baru cina... Alasan yang sangat mudah.. SESAK GILER.. Aku kena benda sesak-sesak ni 2 tahun yang lepas, tahun baru cina tahun 2010.. Time tu aku gi Gambang Resort.. Mandi manda kat sana.. Punya ramai betul semut orang time tu... Time tu, pada aku ramai ni bkn masalah besar kalau tempat tu besar...tapi aku kena start time beli tiket nak masuk.. 1 jam aku stand & queue untuk beli tiket, lepas dapat tiket, beratur pulak untuk masuk, (nasib baik kejap je) dalam 10 minit... time tu dah pukul 11 lebih, so perut dah mula lapar...apa lagi, mahu makan la...tapi aku terpaksa queue lagi 1 jam untuk beli kupon.. jenuh..tapi nak makan punya pasal, terpaksa la kan..

Lepas dapat kupon, terpaksa harung 1 jam lagi untuk lompat bintang queue beli makanan kat cafe dia.. dah la tak boleh bawak makanan luar, mmg terpaksa la aku queue lagi 1 jam.. Makna nyer aku terpaksa berdiri & beratur 3 jam untuk masuk theme park, beli kupon & beli makanan... Pergh..!!!

Start dari tu, aku dah tobat nak gi jejalan time public holiday...kerana takut kena lagi situasi macam tuh.. Ada gak yang ajak, tapi aku tolak..Tapi tak tahu la masa akan datang, kot-kot ada offer best gi jejalan (nak-nak yang free la...) hahahaha...

Monday, January 16, 2012

Psstt....

Psssttt....percaya ke tak ni? mimpi ke aku ni? ke... aku salah dengar...ish..ye ke? 

Kalau benda tu betul, alhamdulillah la... Tapi kalau tak betul, gigir jari la..hahaha.... apa benda tu?... benda ni la...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ish giler la... Rezeki tuh...

Friday, January 13, 2012

Bilal Bin Rabah

Macam biasa, tiap hari ofis aku ada membudayakan al-Quran... Tapi hari ni tetiba hati ku rasa sayu dan hampir menitik airmata bila dengar tafsir ayat..

Cerita pasal Bilal Bin Rabah... korang kenal? Kita patut kenal dia dulu sebelum kita Aaron Aziz tau.. huhuhu (sorry Aaron)..hahaha.. Diceritakan tentang Bilal Bin Rabah ni, seorang hamba kepada tuan yang amat zalim. Apabila Bilal Bin Rabah ni masuk Islam, dia telah diseksa oleh tuannya... Dia dijemur di padang pasir yang panas, sambil tangannya diikat, kemudian dadanya dihempap batu besar...Dipaksa supaya kembali ke agama asal, namun bibirnya tetap mengukapkan "Ahad..Ahad..Ahad..." yang bermaksud "Allah yang satu...Allah yang satu.." Subhanallah...

Dia mempertahankan aqidahnya sampai kena seksa macam tu sekali.. Punya kuat iman nya pada Allah dan Rasul-Nya... Dia takde apa, yang dia ada hanya Allah.. Subhanallah.. Begitu mulia Bilal Bin Rabah ni mempertahankan aqidahnya.. Akhirnya Bilal Bin Rabah telah diselamatkan dan dibeli oleh Saidina Abu Bakar r.a.

Aku renung diri, adakah aku mampu "kuat" seperti Bilal Bin Rabah..?? Tebalkah iman ini untuk pertahan aqidah seperti Bilal Bin Rabah..??... Aku hanya mampu berdoa agar aku sentiasa bersama orang yang beriman dan sentiasa ditetapkan iman...


Wednesday, January 11, 2012

Doa Semasa Tahyat Akhir

Teringat satu tazkirah yang pernah aku dengar...

Kita disunatkan berdoa selepas habis membaca tahyat akhir (sebelum salam)...

1- Dijauhkan dari fitnah hidup dan mati

2- Dijauhkan azab kubur

3- Dijauhkan dari azab api neraka Jahannam
 
4- Dijauhkan dari fitnah Dajjal

Sebenarnya ada bacaan yang tersendiri untuk doa ni, tapi dalam bahasa Arab la..tapi kalau kita tak mampu untuk membaca nya, kita niatkannya dalam hati...kita tak boleh lafazkan sebutan tu, sebab kalau kita lafaz, solat kita akan jadi batal...Semoga kita dapatkan amalkannya...

Wednesday, January 4, 2012

Back To School

Hari ni sesi persekolah 2012 bermula.. Mana mak ayah yang ada anak baru masuk darjah 1 tentu sibuk menguruskan mereka... macam2 ragam kita boleh tengok murid tahun 1 ni mula masuk sekolah... Ada yang nangis, ada yang tak boleh berenggang dgn parents, ada yang slumber, ada yang excited, ada juga mak atau ayah yang tak boleh berenggang dengan anak pulak. Si anak mantain je...mak ayah pulak yang menitis air mata... Pada aku, perkara ini perkara biasa. Dulu masa aku jadi pendidik, aku dah pernah alami pengalaman ini. Mengajar anak murid tahun 1 sebenarnya adalah lebih susah dan lebih mencabar. Pada pengamatan dan pengalaman aku, kita terima budak tu from zero to hero la...kalau kita berjaya didik dia, kira hero la...

Mana guru yang dapat murid yang cerdik, 1 advantage, tapi biasa nyer kurang dari 10% murid yang cerdik yang  kita dapat, selebihnya kategori pertengahan dan ke bawah.. Kunci kejayaan, SABAR dan TEKNIK MENGAJAR... itu penting, SABAR dalam melayan karenah mereka, nakal, bising, aktif, hyper aktif, pendiam, diam-diam ubi dan lain-lain lagi... Manakala TEKNIK MENGAJAR pula, dari pelbagai jenis ABM (Alat Bantu Mengajar), sumber, metodologi pendidikan, pendekatan, pengukuhan mahupun nilai murni yang diterapkan kepada anak murid tu sendiri.. TIADA SATU KAEDAH YANG TETAP YANG BOLEH DIGUNAKAN TETAPI BANYAK KAEDAH YANG BOLEH KITA GUNAKAN  dalam "Makmal Manusia" ini. Trial n Error... tak boleh guna kaedah A, kita guna kaedah B, tak boleh guna kaedah B, kita guna kaedah C... Dan begitulah seterusnya... Jangan putus asa...

Untuk insan yang bergelar guru, selamat mengajar untuk tahun 2012... Untuk yang menghantar anak ke sekolah, percayalah guru-guru di sekolah.. kerana mereka memang mahir dalam pekerjaan mereka...Jika ada kekurangan mahupun kesilapan, bawa berbincang dengan berhemah dengan guru tu... Jangan lukai perasaan guru, kerana doa seorang guru itu Tuhan terima... Untuk adik-adik yang bersekolah, belajarlah bersungguh-sungguh, sayangi ilmu yang diterima, sayangi guru anda.. Semoga anda menjadi insan yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara... Amin...

Tuesday, January 3, 2012

Bufday Girl n Bufday Boy

Kami berdua bercinta dah masuk setahun 3 minggu dah.. Cinta kami takde siapa yang halang.. Kami berdua sungguh bahagia bersama... makan bersama, tidur bersama, ketawa bersama, rempit bersama...  Tiada siapa yang boleh memisahkan kami berdua melainkan Tuhan Yang Esa... si "dia" sungguh ayu bagi ku... Aku pula sungguh "kacak" bagi nyer...  hahaha... "Dia" = RIZQ NUR AUFA, Aku= MOHD FIRDAUS.. doakan kami bahagia hingga akhir hayat.

bufday girl dgn kek
serasi...

bufday girl n bufday boy