Thursday, July 28, 2011

Raja Drama

Syok dengar lagu Drama King nih.. Kalau dengar dalam kereta, aku mesti pasang kuat2..Layan lagu Meet Uncle Hussin featuring Black dengan lagu Drama King teringat aku pada seorang makhluk Allah yang begitu pandai berlakon depan mata aku.. Tu la masalahnya manusia ni...kalau dah dapat banyak duit, mulut manis dan perempuan..habis semua tolak tepi.. Kawan2, sahabat2, adik beradik mahupun keluarga dibuang ke tepi.. tergamak buat semua tu... kalau cakap tu macam x mati je...macam boleh hidup sejuta tahun jer...Kalau depan orang, nampak "gah" punya lakonan, tapi sebaliknya hancus dan hampas... bercakap tu boleh "bergegar-gegar"... Ingatlah dunia ni hanya sementara. Bila2 masa Tuhan boleh ambil nyawa kita..Dan untuk pertama kalinya dalam hidup aku ni, aku boleh tengok orang derhaka dengan ibubapa nyer...Minta dijauhkan zuriat dan keturunan ku ada perangai macam ni...

Go..Go..Go..

Seluruh Malaysia nak tengok team bolasepak a.k.a Harimau Malaya mengalahkan team Singapura untuk kelayakan Piala Dunia untuk zon Asia.. Common HM..U can do it...kami mendoakan anda..!!!

Thursday, July 21, 2011

Tenaga & Semangat Yang Jitu...

Aku masih ingat lagi statement sorang bodybuilder kat sebuah gym yang aku pernah masuk dulu.. "Makan sedap, badan x sedap... Makan x sedap, badan sedap..". Dia tu org cina, umur dalam lewat 30-an...tapi nampak solid je badan dia. Kalau datang workout sorang2 je pn jadik...tapi mantain..kuat semangat betol.. Pernah berbual dengan kawan sparring dia, dia kata "Dia ha..olang lain kalau yamsing (arak) 2,3 gelas mesti punya, tapi dia ha.... (bodybuilder tu) minum 2,3 kali je. Satu gelas separuh pun x abis"... Tengok tu...disiplin betol. Badan dia xde la besar mana pun, tapi cutting cantik...

Bila la aku nak punya badan macam ni ek....dambaan pilu betul...tapi xnak la besar2...just nice...
wowowo....besar badan nih..
Bukan senang kan...tengok badan orang macam nih, teringin....., tapi kita x tengok diorang punya training, takut woo... tapi hasil nye menakjubkan... dapat badan yang mcm ni pun ok..
cayalah...mcm hang buah..huhuhu...
Pada aku, disiplin makan dan teknik latihan adalah sangat penting.. Maka dengan tgk badan yang macam ni, aku pun jadi bermotivasi lagi bersemangat untuk dapatkan bentuk badan yang diidamkan... Xdapat ketul2 pun xpe...yang penting sihat dan nampak fit pun da ok...(balik karang aku mesti training..iyah..iyah..iyah...) caya x? caya x?

Tuesday, July 19, 2011

Layan Chicken Chop...

Hampir tiap hari makan asam pedas, kari, rendang, masak black sauce (kicap la..!!) kekadang rasa muak plak. Wife pun kalau tanya, nak masak apa ek? aku nak jawab pun serba salah. Kalau x jawab, kecik hati plak, kalau jawab, menu yang ntahapaapantah...blur je menu kat kepala nih...

Akhirnya, malam tadi kami memecahkan kebuntuan tekak dgn pekena western food. Sekali sekala ubah selera. Tempat plak x jadi masalah. Kali ni kami terjah JOE BURGER kat bandar Pontian, berhadapan dengan Sek. Men. Sri Perhentian..Tiap kali lalu kedai ni, pasti ramai je orang kat kedai tu..
Tgk la stall burger dia, dah 3 org amoi tunggu order dia siap...
Sampai je,aku tanya, "Apa ada ek? 1st time sampai sini....". Budak yg amek order tu, kwn mama ryna...dia pun bagitau menu western food yang ada. Dia bagitau chicken chop, lamb chop, fish n' chip, roti john, burger ayam, daging la....So aku order Chicken Chop dgn fresh oren suam, mama ryna order Lamb Chop dgn tembikai laici...(xnak kalah tu...Rosak ente punya diet) hehehe....aufa plak order "hot milk.." huhuhu.....

Sementara tunggu order sampai, mama surf tenet dulu...Aku layankan budak bulat comey tuh...tapi dia x berapa layan. Dah ngantuk kot....
Dah ngantuk la tuh....
Servis ok, chicken chop yg aku order 8, 10 minit da sampai..apa lagi...gambar la dulu ana punya chicken chop...
Nice presentation
So makan la dulu, sementara lamb chop mama ryna sampai...sementelah lagi, budak comey tu dalam dukungan mama dia....selang 5 minit aku start makan, lamb chop mama ryna pun sampai...

Tu dia lamb chop...
Overall, puashati gak la makan kat sini. Apa yang kami makan, rasa boleh tahan, servis pun ok.. So sesiapa yang nak try, bleh la..maybe next time aku nak try burger dia..Sampai orang beratur beli burger dia nih...Tahniah la aku ucapkan buat owner kedai ni.. Moga segala yg aku kecapi kat kedai tuh, akan terus berkekalan. JANGAN DAH MAJU NANTI, semua hancur, rasa hancur, servis pun hancur...Hope boleh mantain la....

Saturday, July 16, 2011

Pasti Boleh..



Sekarang dah masuk bulan Sya'aban, arini pulak da 15 Sya'aban...Tinggal lagi 2 minggu Ramadhan menjelang. Pejam celik masa terus berlalu. Ada satu misi aku x tercapai dari start 1st Ramadhan tahun lepas. Banyak sangat aku punya bertangguh, aku punya nanti, aku punya hal...padahal bukan la sibuk sangat pun..Tapi mungkin iman ni belum cukup kuatla..

Maknanya,, berbaki lagi 14 hari aku mesti mesti settlekan misi ni.. Dah nak setahun da "keje" ni x settle. Harap sebelum pose benda ni boleh settle..

Ya Allah...berikan ku kekuatan untuk ku MENGKHATAMKAN AL-QURAN sebelum tiba Ramadhan nanti.. Amin....
kalam Tuhan

Friday, July 15, 2011

Jom Cari....

Pernah dengar malam nisfu Sya'aban...?? pernah? x pernah?
Meh...aku share skit tazkirah berkaitan dengan Malam nisfu Sya'aban nih...

Berkata Imam As-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu:
1) Malam Jumaat
2) Malam Hari Raya Aidilfitri
3) Malam Hari Raya Aidiladha
4) Malam pertama di bulan Rejab
5) Malam nisfu Sya'aban.....

Malam minggu nanti ( 16/7/2011 ) adalah malam nisfu Sya'aban... So sape yang biasa clubbing malam minggu tu, cuba stop jap, kita enjoy cara Islamik skit...Jom kita cuba cari apa kebaikan pada malam tuh...

Antara kebaikan malam nisfu Sya'aban:
1) Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT.
2) Allah memandang kepada semua makhluk-Nya pada malam nisfu Sya'aban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (hadis riwayat Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Hibban)
3) Diperintahkan Allah turun malaikat-malaikat ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa..

Justeru, antara amalan yang boleh dilakukan pada malam nisfu Sya'aban:
1) Membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib
2) Memperbanyakkan minta ampun dari Allah
3) Berdoa mohon keberkatan hidup di dunia dan akhirat, dan dipermudah dan diluaskan rezeki.
Sebenarnya tiada ibadah yang khusus pada malam nisfu Sya'aban nih...yang penting kita buat je ibadah macam biasa.. Baca quran boleh, zikir boleh...yang penting kita menghidupkan malam nisfu Sya'aban ni..

Pada aku, nisfu Sya'aban hampir mempunyai kelebihan mcm malam Lailatul Qadar..Meh kita rebut kebaikan yang ada padanya, moga pahala kita makin bertambah...kita kecikkan skit dosa kita... jom cuba!!!!!

Wednesday, July 13, 2011

To be continued..

Meh sambung cerita kat Endau@Penyabung@Teluk Sari nih....

Da masuk malam kedua atau mlm last nih...malam yg best biasa nyer...especially bab makan ler. Hehehe... yang ditunggu-tunggu BBQ la...BBQ seafood.. i introduce kan... ni ha!!!!
Hoho...nyum..nyum.. 
Nampak tuh!!? udang besar ibu jari gajah....amek 2 ketul pun da puashati...
Cencaru ada..stong ada..udang ada..pari pun ada...
Ni la tempat makan kami...selesa la...kalau reramai sangat, maybe agak sempit la...
from 1 side

from other side
Ngeh..ngeh..tgh update blog la tuh... ish..gian..gian..  







Nice...

Endau Beach Resort... Adoyai...nun penghujung jalan Penyabong...dekat area Teluk Sari kat Mersing...Tapi berbaloi outstation kali nih....8 tahun dulu aku pernah sampai sini, untuk handle satu kursus kepimpinan anjuran sekolah teknik JB, and now i'm coming back. Sangat berbeza...dulu hanya hutan, semak samun, tetiba masuk2 je tempat tuh dah jadi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)... wah..memori...... Walaupun time tu aku kena servey track utk junggle trackking sepanjang hampir 6km, namun satu pengalaman yang xkan aku lupakan. Ni antara gambar yang sempat aku snap (sambil drive...) heheheh...
Permulaan jalan..kira jalan masuk la...



antara pemandangan nyer...



Aku pernah jalan kaki atas jambatan nih...(tengahari buta plak tuh)

Tempat ni...dulu semak samun...
            
Ha... nah ko!!! da jadi PLKN punya tempat...
Walaupun tempat ni agak tersorok, agak ke dalam sikit,  tapi pada aku, ianya adalah BERBALOI....Pemandangan yang cantik dan tenang...Satu hari nanti, bleh bawak family dan kawan2...

Sampai2 je...kawan dah kat jeti...yg kaki pancing tu, pantang jumpa laut, ni la tempat port diorang...
Jeti dengan view yg cyantik.....
  
Tengok la tuh...Siap bawak pancing...(dalam kepala memang da plan la tu..)
Banyak lagi view yg best, ni antara yg sempat aku snap...(dah lewat nak check-in) sebab sampai Endau Beach Resort tu jam 6.30 petang dah....hehehehe....

Ahhh....

Hmmmm...


Dari jarak jauh

Panorama petang..
Dan akhirnya....aku sampai gak tempat nih.....
Endau Beach Resort


To be continue.................

Tuesday, July 5, 2011

Kerana Kau....

Kerana kau... Aku sanggup korbankan segala...
Kerana kau... Aku sanggup ketepikan semua....
Kerana kau... Aku lupa seketika...
Kerana kau... Aku jadi alpa...
Kerana kau... Aku terima akibatnya...
Karana kau... Deria rasa semakin tergganggu...
Kerana kau... Aku tak selesa...
Kerana kau... Hawa tubuh ku berubah..
Kerana kau... Bisa melukakan aku...
Kerana kau................
Mali..mali..dulian..dulian...




Memang King laa.....

Saturday, July 2, 2011

Untuk pertama kalinyer...

Hampir di usia 3 series ni..Alhamdulillah tuhan masih memberi aku peluang untuk hidup lagi.. Antara anugerah yang paling bernilai buat aku adalah ini.....

Rizq Nur Aufa = Rezeki Cahaya Yang Setia



BUKAN UNTUK DIJUAL

 Dan seronok nyer adalah this moment...

Bismillah...jemput makan..
Budak comey ni UNTUK PERTAMA KALINYER mula makan makanan pejal dihadapan mata aku hari ini. Walaupun dah 2 minggu dia makan sebenarnya, tapi xdapat tengok sebab hampir sehari dia bersama pengasuhnya. TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT UNTUK ABANG MAN DAN KAK INTAN YANG SUDI MENJAGA BUDAK COMEY NIH..Hanya tuhan yang mampu membalas jasa kalian. Excited betol time dia makan..

Ayah doakan semoga kamu membesar dengan sihat gembira dan riang...SAYA SAYANG AWAK!
Herk..!! Alhamdulillah, kenyang...Tomot x saya...??

Friday, July 1, 2011

Isra' Mikraj

Tahun ni Isra' Mikraj disambut pada 28hb Jun yang lalu iaitu jatuh pada hari Selasa.. Jadi bersempena dengan peristiwa yang agung tu, surau berdekatan dengan tempat tinggal ada buat majlis sikit. Bapak kata, majlis start pas Isyak... Petang tu, lepas makan malam, aku bersiap awal, cakap dengan mama ryna, mlm ni kita gi surau, dengar ceramah Isra' Mikraj...so pas solat Maghrib, terus balik umah dan terus bersiap (dengan macho dan hensemnyer) walaupun dengan hanya kain pelekat. huhuhu~~. 

Dengan penuh semangat (lagi wangi), aku terus jumpa mama ryna, Tengok2 tgh posing (mcm Kate Winslet dalam cerita Titanic)...la pulak...mama ryna kata "Aufa tidur...". Nampak gaya pegi sorang la jawab nyer nih..xpela, sorang pun sorang la....


Start kereta terus pergi, sampai sana je, orang2 tangah makan. Bau punyer  la semerbak. Bau ayam masak lemak menusuk hidung...Tekak dah menelan air liuq, tapi peyut dah kenyang plak..xpela...cium bau je...Jemaah lain pelawa makan gak, tapi aku just geleng kepala. Kalau blm makan ptg tadi, sure da bedal makan sorang satu dulang tuh...Rileks n minum air teh-o je...ceramah start jam 9.30 malam. Ustazah Hanipah dari Unit Da'wah...

Penyampaian biasa, namun diberi penekanan tentang solat, pembersihan hati, dan sikit2 cerita pasal yang berlaku pada malam Nabi Muhammad s.a.w di jalankan tu...10.30 malam ceramah habis. Dan terus balik... Time on d way balik, terfikir pulak, hebat betul binatang burak yang Nabi Muhammad naik tu..dan Nabi Muhammad tu lagi hebat, mampu melepasi langit ke-7..Sheikh Muzaphar angkasawan negara tu pun nak pergi angkasa, dia punya training 2 tahun...nabi xde training pun. Itulah mukjizat Nabi Junjungan Kita Muhammad s.a.w....
http://www.youtube.com/watch?v=OQnqvbDYxoI

Merenung



Kekadang pas solat, aku fikir dalam2, aku renung dalam2 diri ni..Nape Tuhan jadikan manusia, especially nape Tuhan jadikan aku... (Gambar atas tu bukan aku ye..ana x duduk di padang pasir bersama-sama unta...hehehe)


Dari dalam perut mak, pastu keluar ke dunia, pastu meninggalkan dunia, pastu dihisab pastu terima balasan. Pendek sebenarnya perjalanan hidup ni..Dulu aku rasa kecik je..but now da nak masuk 3series (mcm BMW plak)..kalau direnung2 banyak betul dosa aku...Subhanallah..Ya Allah ampuni dosaku ya Allah...


Apapun, aku bersyukur Tuhan berikan aku hidup lagi kat dunia ni, bagi mengisi perjalanan hidup yang penuh ranjau dan cabaran...Moga setiap amalan yang aku buat, tidak dilontar semula ke bumi..Takutnya kalau Tuhan reject amalan aku. Kalau dengar tazkirah dari boss, dia kata bayangkan kalau kita kena air panas  atau periuk nasi panas, tu pun kita da rasa sakit, apatah lagi kalau kena air tembaga panas yang menggelegak kena kat kita....adoyai....Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Takut nyer..ttrrr..ttrrr.. Ya Allah ya Tuhan ku, peliharalah aku dari azab api neraka-Mu..