Wednesday, November 30, 2011

Anak Mama Ayah

Semalam 29.11.2011 ulangtahun kelahiran Anak Mama Ayah.. Lahir pada 29.11.2009 bersamaan hari raya ketiga Aidl Adha.. Keje macam biasa, x banyak tapi kena settle banyak problem, tu yang kepala agak serabut skit..Petang pulak, sentiasa hujan je...

On the way balik keje semalam, dalam hujan rintik... tetiba teringat kata mama Ryna semalam... "Ingat tak tarikh 29hb November? Hari apa? " Dalam mengharung hujan semalam, sauh ingatan aku berlabuh pada detik 29.11.2009, peristiwa 2 tahun yang lepas...seorang anak kecil yang hanya sempat hidup di alam rahim ibu... Tidak sempat melihat dunia. Bahagia kami "bertiga" hanya 9 bulan sahaja. Anak kecil itu terlebih dahulu bertemu dengan pencipta-Nya sebelum kami...

Sampai aje simpang kecil yang menghala ke tanah perkuburan, aku belok untuk melawat "rumah" anak kecil itu dengan nenek... Lama rasanya x melawat "rumah" mereka berdua... kawasan rumah mereka berdua nampak tenang...tanah rata dengan sikit berlopak dengan air sejak 2,3 minggu hujan waktu petang.. terus menuju "rumah" milik RIZQ MUHAMMAD NAUFAL yang bersebelahan dengan "rumah" nenek..."Assalamualaikum...Ayah datang Naufal", sunyi x berjawab...tapi ayah tahu Naufal mesti dengar... Al-Fatihah ayah sedekahkan untuk Naufal dan juga nenek tersayang.. Untuk mak, yang tersayang...ingatan ni pasti tidak akan luntur...Terima kasih yang tak terhingga untuk mak atas segala yang diberikan hingga aku mampu hirup udara, kenal Pencipta, kenal erti hidup di dunia..

Dalam perjalanan balik, terlintas dalam fikiran ni...Hidup ni pendek sebenarnya...entah bila giliran aku untuk hidup dalam kubur yang sempit tu, yang gelap, yang keseorangan, dan ahhhh...tak terucap....

Tuesday, November 22, 2011

Keputeraan Sultan Johor

Hari ni (22.11.2011) Johor public holiday sempena keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar..Jadi seluruh Johor cuti la...sebagai rakyat Johor, aku bangga tinggal di negeri yang serba melimpah ruah rezekinya..Alhamdulillah...

Sultan juga dekat dengan rakyat... Setiap tahun Sultan Johor akan round 1 Johor untuk tengok perkembangan, kemajuan, kebajikan rakyatnya menerusi program Kembara Mahkota Johor. Untuk aku, secara peribadi, adalah salah seorang rakyat Johor yang bertuah kerana setiap tahun akan berpeluang memasuki istana untuk bertadarus di istana tuanku. Program tadarus ini, akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan bergilir-gilir. Dan setiap tahun gak ada "ole-ole" dari istana yang aku dapat. Best...hahaha...
Dan rasanya, Johor adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang ada tenteranya sendiri, iaitu Timbalan Setia Negeri Johor @ JMF = Johor Military Force...

Dan Tuanku juga adalah penaung kepada skuad elit Komando Tentera Malaysia. Power la... Apapun aku antara beratus ribu rakyat Johor yang ingin mengucapkan "SELAMAT HARI KEPUTERAAN PADA TUANKU SULTAN JOHOR..DAULAT TUANKU"

"Harimau" Kenyang Makan "Garuda"

Lagi sejarah tercipta hari ini (21.11.2011) apabila skuad bolasepak Malaysia berjaya menewaskan tuan rumah Indonesia... Penat jantung aku tgk perlawanan tu...dup..dap..dup..dap..mendebarkan betul. Menang dengan 5 sepakan penalti berbalas 4...Tahniah pasukan Harimau Muda negara...Terima kasih seluruh rakyat Malaysia doa yang dikirimkan...

Sunday, November 20, 2011

Tukang Masak Kenduri Kahwin....

Cuti sekolah dah mula..maka akan berlambakkan lah orang buat kenduri kendara majlis kahwin...Sana sini penuh undangan. Hari ni je, mak bapak ada 5 jemputan kahwin...fuh....jenuh jugak melayan jemputan kahwin nih...tapi x kisah lah...yang penting kita penuhi undangan itu je...

Tapi ada yang x menariknya juga...apa dia??? nak jadi cerita, malam tadi aku pergi ke majlis kahwin orang cina...tapi disebabkan dia ni dah duduk di perkampungan orang melayu, so dia buat majlis ni ala-ala orang melayu la... Cuma beza xde sanding dan berarak...tapi yang menarik nyer tuan rumah ada buat nasi beriani, potong lembu seekor, kambing, main kompang..Menu makan, nasi beriani, daging lembu, kambing, nasi empet, sambal jawa/goreng, mee hoon goreng, ayam goreng.... aku just makan mee hoon goreng+ ayam goreng.. ada sorang makhluk Allah dah duduk makan satu meja dengan aku....tgk dia mkn nasi beriani n lauk pauk beriani..dalam pada dia makan, dia cakap fuh sedap nasi ni...aku diam je la...sebab tekak aku "memey" xde nak makan nasi beriani tu...sampai la kami balik... sampai umah je, aku tgk ada bungkusan nasi beriani, tanya kat bapak rupanya tu nasi beriani yg kat majlis aku pergi tadi...so aku jamahlah sikit nasi tu...biasa je....xdelah sedap sangat pun...tapi aku diam je la...xnak komen apa2 pun...

Sampai la pagi tadi, jumpa abang aku kat umah dia...dia tanya aku, "Makan tak nasi beriani malam tadi?" aku jawab, "Tak...makan mee hoon dgn ayam goreng je" pastu abang aku balas balik..."Tak puashati betul, buat malu je...majlis kahwin orang cina, yang masak orang melayu tapi masak ntah apa-apa ntah...nasi x berapa masak, masih ada yang keras...lauk pulak hancur, kalau daging lembu, kambing tu, dah macam kuah je, padahal tu la daging dia, kalau ayam pulak, nampak tulang je yg tersembul...hilang selera aku". Bila aku remind balik, betul gak apa yang abang aku cakap. Masa aku ambik lauk memang tu la bentuk rupa nyer lauk tu..aku ingat daging2 semua dah habis... mcm tinggal kuah...Pastu aku balas balik kat abang aku..."Habis tu, si _____ makan depan aku malam tadi, dia kata sedap nasi yang dia makan" so abang aku kata "Tu kawan dia (kawan tukang masak)....Kalau orang lain, masak sedap macam mana pun dia akan kata x sedap, kalau kawan dia, x sedap pun dia kata sedap"...Aku cuma ketawa je....

Aku tak nak la cakap aku ni pandai sangat masak, at least kita boleh nilai, masak ni juga adalah ibadah, tuan rumah yang menjamu tetamu juga nak jaga hati dia...Jangan la kita buat cincai ataupun ala kadar...Kalau kita x mampu nak buat, jangan sanggup janji masak yang sedap2...Kita sendiri mampu nilai diri kita...ni majlis orang kalau kena kat majlis kita macam mana? apa kita nak kata? duit beribu dah keluar?????

Thursday, November 17, 2011

Aku & Motor...

Teringat shiela amzah zaman sekolah dulu, dengan geng2 motor...Start bawak motor (curi-curi) dulu masa form 1...time tu just pusing2 depan umah, kat balai raya je...then nampak mak bapak ok je, aku mula solek skit2 motor tu..time tu bawak honda fame je...tapi motor tu best.. but now motor tu dah xde lepas anak sedara aku bawak motor tu sampai eksiden...hancur...xde lagi kesan peninggalan sejarah untuk diletak kat muzium..huhu~~ 
Kali ni, aku nak "solek"  lagi sebiji motor yang aku ada untuk dijadikan koleksi...Bukan apa, motor solek lawa2 ni orang tgk pun boleh meleleh...walaupun cc x macam superbike tp nampak motor cantik pasti bangga seh...hahahah...
Semalam aku pergi 1 bengkel motor kat bandar JB, honda 60cc, dah siap solek cantik macam nora danish, harga dia sampai 12k...walhal harga honda 60cc tu skarang tak sampai RM400 pun..tp dah di solek boleh jejak sampai 12k....cuma bab start solek-menyolek motor ni macam ada "hantu"..tkalau ouch up sini skit, nnt tangan mula gatal nak touch up sana plak...meleret-leret plak nnt...hai...xpelah..buat skit2...janji puashati...ni antara gambar dikala motor ni masih standard....
Yamaha Lagenda 115Z..hu..hooo.....

Rear lamp n signal also

The symbol of YAMAHA

Double head lamp

design

signal button, hi-low lamp button n choke also

"dashboard" hahaha....

Front disc brake n original rim
Transformasi untuk Lagenda ni aku buat skit2....karang dah ok, nak masuk bertanding "ratu cantik" boleh...??? hahaha...

Wednesday, November 16, 2011

Harap Menjadi

Entah nape sejak kes ayam aku kena makan dengan "hanjing betul!!!" semangat aku nak bela ayam makin menebal...walaupun aku masih baru dalam bidang ni...tapi ntah nape semangat tu makin kuat. Mungkin disebabkan:-
1) Aku bela dari kecik, dan nampak perkembangan ayam tu dari kecik dan seterusnyer membesar bagai johan di depan mata...
2) Sayang dengan lauk2 yang x habis dari dibuang macam tu je, baik bagi ayam makan...
So, semalam aku beli 5 anak ayam, 2 ekor jenis ayam bunga, 3 ekor jenis ayam gajah...harap boleh menjadi kali ini.. Untuk "hanjing betul!!!" ini amaran untuk kalian.. "JANGAN MAKAN AYAM AKU, KALAU AKU DAPAT KO, AKU SIAT-SIAT KULIT KO BAGI MAKAN BIAWOK!!!!" Ini amaran keras. no play-play ok...
3 yang belang tu ayam gajah, yang 2 plain tu ayam bunga
 Dalam tengah tukar tempat ayam tu, budak comel pun sama tgk..suka betul dia...
Budak comel suka tengok chick nih...cip..cip..cip..

Monday, November 14, 2011

Kesedaran Tentang Keselamatan

Ingat lagi tentang kemalangan semasa perlumbaan Grand Prix kat Sepang  hingga menyebabkan kematian pelumba Marco Simoncelli...? Antara punya kematian pelumba tu adalah disebabkan topi keledar yang dipakai telah tercabut... itu aspek keselamatan sangat diambil berat... inikan pula, kalau orang awam yang menggunakan jalanraya tanpa menggunakan topi keledar.. lebih parah lagi kalau yang x guna tu kanak-kanak.. bayangkanla...ish...gambar kat bawah ni, antara gambar yang aku sempat snap tadi...bahaya betul...
Bahaya nyer....ni kat jalan besar tau...
Yang bawa motor tu pakai helmet, tapi adik kecik tu x pakai....Jadi, sebagai yang dewasa atau ibubapa, kena ambil berat tentang perkara macam kat atas nih... x boleh ambil ringan...Tuhan  bagi nyawa pada kita hanya 1 je...xde spare2...boleh beli2 kat kedai....

Susu Lembu Untuk Anak Manusia?

Susu Lembu Untuk Anak Manusia....apa pendapat u all's? pada aku satu perkara yang  tak kena pada tempat nyer.... kalau susu lembu mestilah untuk anak lembu, susu manusia untuk anak manusia..itu antara pelajaran yang aku dapat masa pergi kelas laktasi hari sabtu lepas...Thanks pada Puan Farah Farhan, kaunselor laktasi dari Sarakids atas ilmu yang dicurahkan...selama ni cuma tahu je, tapi dah belajar berkaitan dengan susu ibu, pastinya satu perkara yang sangat penting yang harus diberi penekanan buat  ibu-ibu yang akan ataupun yang telah melahirkan anak. Bersamalah melahirkan anak yang minum susu ibu...saya menyokong sheila amzah breasfeeding..!!!! chiayok..!!!
Banyak kelebihannya....

Friday, November 11, 2011

11-11-11

Hari ni ramai orang teruja dengan tarikh 11.11.11...ada "ong" ke tarikh nih..?? hehehe...ada org yang amek tarikh ni untuk majlis pernikahan dan untuk macam2 lagi la...tp pada aku, tarikh ni biasa je...cuma nampak cantik..tu je la...kalau yang kaki nombor tu macam mana plak ek? hehehe... cuma harap nyer, segala apa yang akan berlaku pada tarikh 11.11.11 ni, semua nya adalah yang baik2 sahaja la... pukul 11.11 pagi ni nak buat apa ek? pukul 11.11 malam karang nak buat apa ek? hahahaha...

Thursday, November 10, 2011

Fidyah

Tadi aku ke Majlis Agama Islam Johor ada urusan sikit...dalam tgh tunggu2 giliran untuk berurusan, aku ternampak rozita che wan aku satu pamplet berkaitan dengan Fidyah...tau x fidyah tu apa? fidyah tu adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadhan pada tahun yang sama hingga jumpa balik Ramadhan tahun depannya..senang cer, dia x ganti puasa dia dalam setahun tu la....jadi kadar perkiraan fidyah adalah seperti berikut :-
1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak beras = 1 mud
bersamaan dengan 
Nilai zakat Fitrah semasa bahagi dengan 4
RM___ / 4 = RM __ (nilai 1 cupak beras)

Jadi, itulah cara pengiraan fidyah orang yang meninggalkan puasa...boleh la jadikan panduan ye...

Friday, November 4, 2011

Layan Lawak Nih...

Adoyai...hilang stress aku...tengok video kat bawah ni...orang yang edit ni pun satu hal...pandai plak memek mulut sama dengan dialog..ni citer Rambo...tapi dah tukar jalan ceriter pasal roti bom la, pasal beri salam la, pasal tengok jam la...hahahaha..mengong aku..hehehe..jom layan...

Best la dia edit...hehehehe...

Thursday, November 3, 2011

Kalau Dah Minat Bunyi

Orhhh...hari ni banyak keje...so berasap skit kepala nih...dalam rilek2 kejap ni jom layan video kat bawah ni...orang kalau dah minat dengan bunyi2an...apa yang ada kat sekeliling pun mampu jadi alat bunyi2...
Dalam pada tu, ada gak orang menyumbang untuk dia..masyuk gak...hahaha...

Mood Aidil Adha....

Tinggal 3 hari lagi kita nak akad nikah sambut Aidil Adha..raya korban...horay..!!! tapi ntah nape jiwa malas amat menebal minggu ni...X sabar rasa nak cuti raya...Ish...teruk betul...padahal minggu ni gak, kerja mula bertambah...maklumlah..budak2 dah nak exam...adoyai.....kepala ni asyik ingat cuti jek..!!! huh~~hampeh btol aku nih...

Wednesday, November 2, 2011

try... cuba... test...

Time lunch semalam, try la satu cafetiam istimewa (aku ikut ejaan kat kedai tu)... kopitiam la...saje je nak me"ngopi" kat kopitiam...aku try kat shopping kompleks KSL. Dekat dengan Holiday Plaza tu...Tapi kat kedai tu aku x minum kopi pun, sebab aku ni bukanlah peminat setia kopi...kecuali kopi yang kat tempat2 rewang...chewahh... 

Aku order roti bakar, 2 biji telur ayam kg setengah masak, pumpkin cake n air tembikai...saja melepak situ, walaupun ana ni bukanlah kaki lepak..hahaha...


Cuma yg x best nyer kedai tu, pelayan dia x macam pelayan...macam customer yg datang minum...sebabnyer...x pakai apron..walaupun ada pakai t-shirt yg seragam, tapi pada aku lebih manis & nampak bersih adalah dengan menggunakan apron...1 lagi, ada yg x best....kerana apa? sebab yg aku nmpk, pelayan tu cuma 2 org melayu je, 1 lelaki 1 perempuan, yg lain cina...yg kat kitchen (melalui pandangan aku dari celah2 pintu kitchen nampak mcm 1, 2 melayu) mcm je la....ish..risau plak aku...tobat, xnak gi kedai tu lagi...walaupun ada 2,3 table yg duduk org melayu (siap tudung lagi) tp halal atau x, wallahualam....ish....

Tuesday, November 1, 2011

November Tiba Kini

Alhamdulillah..hari ni 1 November...Tuhan bagi aku peluang untuk hidup lagi hingga saat ini..selamat tinggal Oktober.. Tiada la Tragedi Oktober (macam lagu awie tu)...hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan kini bulan berganti bulan... Minggu pertama November ni, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...Hope bulan November ni ada rezeki2 tambahan untuk aku..Insyallah...

Hari ni pegi keje naik motor...pagi kabus tebal...hari ni muka sampai basah2 coz kena pagi... wah..!! best nyer...macam guna SK-II..hahaha..terapi gitu...