Friday, February 24, 2012

Mengambil Kata Motivasi

Tengahari tadi, berlangsung majlis penutup untuk kursus microsoft access aku.. Dan dalam masa majlis penutup tu, sempat juga penceramah tu memberikan sikit kata-kata motivasi untuk kami para peserta.. Aku rasa aku pernah dengar kata-kata motivasi ni... Cuma kadang-kala kita ni terlupa...

Ayatnya berbunyi.. "Orang yang bodoh adalah apabila peluang itu datang, dia tidak mengambil peluang itu... Orang yang pandai, adalah apabila peluang itu datang, dia rebut pelung itu... Dan orang yang cemerlang adalah, orang yang mencipta peluang kepada orang lain dan memberi manfaat kepadanya."

Bila aku fikirkan semula sejarah aku yang dulu, rasanya ada peluang yang aku tak ambil... Rugi rasanya...Peluang sentiasa wujud pada kita, cuma ianya terpulang pada kita samada nak rebut atau tidak, atau kita sambil lewa gunakan peluang yang diberikan...

So, aku berazam, akan rebut segala peluang yang hadir pada aku, dan gunakan pelung yang ada tu, untuk menjadikan aku insan yang berguna untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain..Insyaallah... Amin...

Wednesday, February 22, 2012

Stay On Muar

Start hari ni sampai Jumaat nanti, aku berkampung kat Muar, ada kursus kat sini... Last ke Muar kalau tak silap aku bulan 11 tahun lepas.. Kali ni pegi sebab tugasan. Dalam perjalanan tadi, aku terasa macam jauh pulak. Huhuhu...

Sampai tadi jam 1600, dan terus masuk dewan dengar taklimat.. Tapi tak sampai 10 minit dalam dewan, taklimat dah habis. Hahaha... Tapi tanya kawan sebelah, dia kata takde apa yang penting, just bgtau flow program & schedule. Tu je... So akan start malam karang jam 2030..

Bilik penginapan, ok... Bersih dan tak berbau... Tak macam sesetengah hotel yang pernah aku pergi, bersih memang bersih...tapi bab bau tu yang aku tak tahan.. Kekadang bau rokok, bau macam benda basah... Tapi kali ni ok... Roommate pun ok, tak hisap rokok.. So udara dalam bilik ni ok.. I like...

Jap lagi nak dinner, tengahari tadi tak makan, just berhenti beli air tebu kat area Pt. Jawa, Muar tadi...perut pun dah berbunyi2 nih...

Ok la... I nak makan ni... Jom follow... Kita tengok, menu apa untuk dinner hari ni..

Tuesday, February 21, 2012

Nasi Itik...

Makan..makan.. dan terus makan..huhuu... Kali ni aku test nasi itik pulak...  Nasi itik ni aku test dah lama da...kalau tak silap tahun lepas...cuma x sempat nak buat entri pasal nasi itik ni... 

Yang menjadikan aku nak test adalah sebab aku ternampak promosi nasi itik pada banner berdekatan dengan Hospital Pakar Puteri.. Ni adalah laluan aku untuk ke tempat kerja, so hari-hari lalu, dan terus timbul keinginan nak cuba nasi itik ni...

Kalau nak banding harga antara nasi itik dengan nasi ayam, nasi itik ada sikit mahal la... kalau biasanya nasi ayam RM3.50 atau RM4.00...tapi nasi itik mahal sekali ganda...RM10.00 beb...tapi sebab nak rasa punya hal...cuba je la...

Kedai nasi itik yang aku makan ni bersebelahan dengan hotel Tropical Inn...

Nasi Itik Kabin RM10.00
Nasi, Itik, sayur dan semangkuk sup
Test la..
Dari segi presentation nampak ok, tapi rasa agak kureng.. (ni tekak aku punya rasa la) dan mungkin boleh lebih baik lagi...tapi pada sesiapa yang tak pernah makan nasi itik ni, try la...sekali-sekala tukar selera...

Monday, February 20, 2012

Agama Kita Bagaimana?

Alahai dik....
Cuba perhatikan gambar kat atas tu... Gambar ni aku dapat dah lama, tapi asyik lupa je nak upload. Tadi tgh belek-belek dalam fon, baru terperasan gambar ni... Kesian... Sedih... Marah... Rasa Tanggungjawab...tu la gelodak perasaaan yang ada dalam hati aku, bila mana aku dapat gambar ni dari seorang guru agama. Nasib baik guru ni dapat "tangkap" pelajar ni...Pelajar sekolah agama menggunakan lambang dan perkataan jenama arak untuk dijadikan pakaian harian dia...Allahu Akbar...

Kesian : Kerana pelajar ni mungkin tidak tahu akan hukum mengenakan pakaian yang menggunakan jenama arak

Sedih : Kerana ibubapa tak menegur cara pakaian anaknya..

Marah : Kerana dakwah dari pihak "sana" berjaya mengubah individu muslim untuk sokong barangan yang orang Islam haram meminum nyer...

Rasa Tanggungjawab : Kerana ini juga adalah peranan aku dan semua orang Islam untuk membetulkan semula pelapis Islam ke jalan yang lebih berlandaskan syariat Islam..

Jadi, adalah satu kemestian kita sebagai umat Islam, peka terhadap persekitaran kita agar dakwah yang disampaikan dari pihak "sana" kita mampu bendung. Tingkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab kita.. Ayuh berdakwah dengan "hikmah"... Moga Allah beri kita kekuatan melebarkan agama-Nya.....

Getok Keladi

"Mat Getok"...tu la gelaran aku masa aku kecik dulu...tapi sesetengah org je yang gelarkan aku macam tu..U all's tau getok tu? Hidup aku diperkenalkan dengan getok yang dibuat dari KELADI..tapi sekarang getok lebih popular dibuat dari ubi.. whatever la, tp yg penting aku lebih suka dengan GETOK KELADI.
Aku masih terngiang-ngiang rasa getok hasil tangan arwah mak...kalau dulu cakap je dengan mak, pasti mak yg buatkan...tapi, lepas mak dah takde..terpaksalah buat sendiri...(sedih ni..)
So.. aku recall semula cara-cara membuat getok ala mak aku... entri kali ni aku tunjukkan korang cara membuat getok keladi  versi chef Daus....

Sediakan bahan utama iaitu keladi Sarawak (2kg), kelapa parut  (kalau sebiji tu, parut sebelah je) & gula (secukup rasa).. dengan sukatan 2kg tu, boleh dimakan lebih 10 orang....
keladi sarawak
Kupas kulit keladi tu, basuh hingga bersih, potong keladi tu lebih kurang 4/5 cm panjang dan rebus sampai empuk..

kupas kulit nyer

kelapa 1/2 biji

air rebusan 1/2 je

Jangan lupa basuh then potong kecil

rebus hingga empuk

Apabila rasa keladi tu dah empuk, matikan api dan toskan airnya...pada aku tak payah nak tos sampai kering sangat sebab time nak tumbuk karang dah susah.....Kalau aku, aku akan masukkan semula keladi yang dah tos tu dalam periuk rebusan tadi...senang, tak payah nak basuh banyak benda...


Tumbuk dan lenyekkan hingga sebati...

Time tengah panas-panas tu, terus tumbuk dan lenyekkan bersama kelapa parut dan juga gula...gula ikut citarasa masing2 la... kalau nak manis, masuk lebih...

Kalau tumbuk tu dah rata, cari loyang untuk proses seterusnya..iaitu untuk ditekan supaya padat.. (proses ni sama macam proses buat nasi himpit)... dah siap tekan, biarkan hingga sejuk dan dihidang... senangkan nak  buat..



Getok ni boleh dimakan bila-bila dan di mana saja...tak kira tempat dan situasi. Maknanya boleh dimakan sambil duduk, berdiri, telentang mahupun time meniarap (ataupun time buat entri nih..) hahaha...

Sesiapa yang nak order getok ni, janganlah malu-malu... kalau malu, jangalah order-order...hahahah....

Sunday, February 19, 2012

Kad Jemputan Sekarang

Tengah dok rileks petang-petang nih... nampak 2 keping kad jemputan perkahwinan yang aku kira menarik perhatian aku. Menarik dan kreatif.. hahahaha... ada yang buat macam background facebook, dan ada juga yang bentuk macam sampul surat...ini ha tengok....

Design sampul surat
Design background "muka buku"

Ha... amacam? ada ok tak? Zaman sekarang, rupa bentuk kad jemputan ni dah macam-macam pattern.. Dan aku teringat kata-kata bapak aku... "kad jemputan cantik tapi tulisannya kecik pun tak guna jugak, kena yang macam aku yang dah tua ni, tak nampak tulisan, membazir je.." Apa yang penting, tulisan tu nampak jelas dan boleh dibaca...

Friday, February 17, 2012

Alhamdulillah Ketika Dizalimi???

Salam ya all's... Gud morning everyboby... Hmm.. Macam biasa hari Jumaat lepas mengaji akan ada tazkirah... Tapi hari ni, yang sampaikan tazkirah ustazah perempuan.. Sebab nya bos kata, tazkirah ni macam "makan nasi" gak... Kalau selalu makan nasi kerabu, sekali sekala nak jugak makan nasi minyak.. Tukar-tukar selera... Kalau tak boring.. Hahaha... Bos aku ni kelakar orangnya.. Sporting pun ye.. Tapi bos aku ni memang baik orang nyer...

Hari ni cerita pasal kalimah "Alhamdulillah"... Selama ni, orang-orang ajar kita kalau dapat rezeki kita ucap alhamdulilla, tapi kali ni lain pulak, kalau kita dizalimi, kita ucap alhamdulillah.. Pelik tak? Kalau secara dasarnya memang macam pelik, tapi kalau kita hayati, ada betul nyer...

Mudah je kelau nak faham benda ni.. Apabila kita dizalimi, terus kita ucap alhamdulillah... Dan kita sambung sikit perkataan ni.... "nasib baik aku ni dizalimi, bukan aku yang menzalimi orang..." ok, ada faham? Maknanya, kita bersyukur kita tak aniaya, tak zalimi orang dan sesungguhnya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Tuhan... Sabar tu memang kena la... Tapi percaya la.. Ada hikmah dengan setiap apa yang Allah datangkan pada kita...

Friday, February 10, 2012

4 Wanita Mulia di Muka Bumi

Assalamualaikum..salam hari Jumaat semua... Macam biasa, akan ada tazkirah lepas mengaji.. Hari ni punya tazkirah berkaitan dengan wanita.. Ini disebabkan surah yang kami baca hari ni adalah surah Mariam...

Surah ni elok dibaca dan diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung... Jika diamalkan, insyaallah... Anak yang lahir kelak mempunyai sifat yang baik dan terpuji sepertimana Mariam.. Mariam adalah ibu kepada Nabi Isa a.s... Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa sedangkan Mariam adalah wanita yang suci yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.. Namun Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya dan menjadikan Mariam seorang ibu yang mengandung tanpa disetubuhi oleh lelaki.

Dan tazkirah yang aku dapat hari ini adalah 4 wanita yang mempunyai kemuliaan yang tinggi di dunia ini.. Ini dinilai dari ketaqwaan dan imannya pada Allah dan Rasulullah..

1- Saidatina khadijah iaitu Isteri Nabi yang pertama
2- Saidatina Fatimah iaitu anak Rasulullah
3- Mariam sepertimana yang disebut di dalam al-quran dalam surah Mariam anak kepada Imran...
4- Asiah, isteri kepada Firaun yang zalim... Asiah bertaqwa kepada Allah sedangkan suaminya
Firaun raja yang begitu zalim... Namun disebabkan nilai ketaqwaannya kepada Allah dia
beriman

Jadi, 4 wanita tu semestinya dalam akan berada di dalam syurga. Kekal didalam selama-lamanya... Sungguh agung nilai ketaatan dan ketaqwaannya pada Maha Pencipta....

Sunday, February 5, 2012

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Allahumma solli ala muhammad...wa 'ala ali saidina wamaulana muhammad... Biasa nyer, untuk hari minggu macam hari ni, adalah hari untuk bermalasan...tapi hari ni..aku begitu excited sekali... Jam 0500 aku dah bangun, mandi dan bersiap.. Pakai baju melayu baru warna merah "dunhill" lagi..(Kelass ko maria)... Hahaha.. Hari ni hari yang ditunggu.. Maulidul Rasul saw.. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah... Tu la tema maulidul rasul tahun ni...kena ingat tu.. Kang ada sesiapa yang tanya boleh la jawab...

Hari ni, budak comel bangun tido pun tak mengarok... Kejut dia elok2, sambil berselawat... Cakap dengan dia " hari ni kita sambut maulidul rasul kat johor tau".., siap2 kan dia...buat air skit masuk dalam tarmos untuk minum kat sana.. Mana tau kalau lambat makan atau susah nak dapat minum...

Kami gerak jam 0700, sepanjang jalan clear.. Maklumlah hari minggu.. Orang x kerja.. Sampai Masjid Sultan Abu Bakar jam +-0820.. Orang belum ramai sangat. Maybe diorang tengah berarak dari Bukit Timbalan menuju ke masjid. Mama ryna n' budak comel duduk kat khemah yang disediakan diperkarangan masjid. Aku pulak terus masuk masjid.. Dalam masjid dah ramai orang.. Lebih kurang 30 minit, pasukan berarak sampai masjid, time tu aku dah standby nak snap gambar Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku ISmail Ibrahim... Akhirnya dapat gak aku snap..dan dapat gak aku salam dengan TMJ.

Bermarhaban beramai-ramai dan dengar ceramah maulid. Dalam 1/2 jam pastu, dapat msg dari mama ryna, budak comel dah mengarok nak ayah dia.. So aku keluar... Time tu , aku tengok kat luar masjid dah ramai orang... lebih kurang jam 1000 aku tengok rupa nyer ada sebahagian hadirin yang dah makan dulu... Kureng asyem korang ... Hahaha.... Aku tengok mama ryna n' budak comel still ada kat khemah.. Tanya dia "Dah makan belum?".. Mama ryna kata "dah..!!!" lagi kurang asyem.... Rupa nyer dia lagi dah makan dulu...

Aku pulak, rasa nak makan gak, tapi memandangkan orang dah terlalu ramai, malas pulak nak bersesak-sesak semata-mata untuk makan, baik aku bagi laluan pada orang yang lebih "berhak". So kami pun bergerak balik memandangkan budak comel macam dah lepak.. Dalam perjalanan balik, mama ryna cerita satu kisah yang pada aku sangat menyentuh hati..

Mama ryna berbual dengan sorang makcik yang ada anak lelaki OKU yang berusia 18 tahun tapi hanya terbaring dalam stroller.. Makan pun bersuap sampai terdongak2 kepala budak lelaki tu... Makcik tu kata, tiap tahun dia datang sini (masjid) sambut maulidul rasul, budak tu yang ajak ( budak OKU tu) nak datang sini, nak tengok orang ramai berarak, bermarhaban... Terus tersentap dalam hati aku... Allahu Akbar... Budak yang macam tu pun faham erti sambutan maulidul rasul.. Dia x mampu cakap, tak mampu nak jalan sendiri, tak mampu nak makan sendiri tapi MAMPU MENGHAYATI SAMBUTAN MAULIDUL RASUL walaupun jasad tidak sempurna seperti kita... Rasa macam nak menitik airmata pun ada dengar cerita dari mama ryna tu... Jadi, alangkah malu nyer kita insan yang sempurna andai tidak punya rasa kasih dan sayang pada Rasulullah berbanding insan yang seperti tu ada jiwa kecintaan pada Rasulullah walaupun jasad serba kekurangan.. Nampak nyer...kisah budak OKU tu lebih memberi kesan pada aku berbanding ceramah ustaz kat masjid tu.. Kekadang kita juga belajar dari kehidupan orang lain yang serba kekurangan... Allahumma solli a'la muhammad wa'ala ali saidina wamaulana muhammad.. Salam Maulidul Rasul 1433..

Friday, February 3, 2012

Maulidul Rasul saw 1433

Assalamualaikum... Alhamdulillah Allah Taala masih bagi aku nyawa untuk hidup kat dunia ni... Hmmm... Lama rasa nyer tak buat entri baru... Banyak yang nak di share kan... Tapi entah tak tahu kenapa macam tak de mood plak ( malas juga ada) hahahaha.... Untuk pertama kali nyer aku meng up date entri ni guna "buah hati" baru... Sebenarnya selama ni tak terfikir pun guna gajet baru ni... Tapi rezeki Allah Taala nak bagi, jadi bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya...

Tinggal 2 hari lagi untuk kita menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.. Tahun ni aku rasa macam meriah pulak untuk aku sambut maulidul rasul... Tak tahu kenapa.. Excited je rasa... Ahad ni 5 Februari 2012 aku akan pergi Masjid Sultan Abu Bakar sebab nak menyambut kat sana... Sambutan peringkat daerah Johor Bahru... Aku nak bawak family, dan maybe kakak aku nak ikut gak... Dia kata dia teringin nak makan dalam dulang... Macam jadi satu tradisi kat Johor ni, kalau sambut maulidul rasul, akan makan nasi beriani dalam dulang. Biasa nyer satu dulang akan makan berempat... Wah..best nyer moment tuh.. Kalau masa kecik-kecik dulu makan macam ni la yang jadi seronok sangat. Beratur panjang nak ambik nasi dalam dulang ni. Makan ramai-ramai dengan kawan. Kalau biasa nyer orang tua akan dengar ceramah, kami yang budak akan main kejar-kejar kat balai raya... Hahaha... Tapi dah besar panjang ni, takdelah nak main kejar-kejar lagi... "pancit" dah.. Hahaha...

Apapun, pada aku sambutan maulidul rasul ini adalah perlu diadakan... Walaupun kita tak dapat bersua dengan Nabi Muhammad, adalah lebih baik kalau kita mampu menyambut ulangtahun kelahiran Baginda... Bukanlah kita ingat Nabi Muhammad ni time maulidul rasul je, tapi ini adalah salah satu cara kita mengagungkan Baginda Muhammad saw.. Ada sesetengah golongan mengatakan sambut maulidul rasul ni adalah bidaah, tapi kita tengok pengisian sambutan ni. Selama aku hidup ni, ada perkara yang tidak baik ke semasa menyambut maulidul rasul ni? Ada joget lambak ke? Karaoke ntahapaapantah ke? Malahan kita berselawat lagi ada la... Kita memuji Rasulullah lagi... Hai entah lah, x faham la orang yang macam ni....

So aku cadangkan, sekiranya ada sambutan maulidul rasul berdekatan dengan rumah korang, join la sama... Meriahkan majlis tu... Tolong rewang ke... Tolong masak ke... Kopek bawang ke... Pasang khemah ke... Atau paling koman pun, datang makan then dengar ceramah.. Dapat kenyang dan dapat pahala sekali.. Hahahahaha.. (fikir makan je ek!) Jangan terus tak join.. Rugi.. So rebutlah peluang yang ada untuk mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan semoga apa yang dilakukan terutamanya dalam menyambut maulidul rasul ni mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt jua hendaknya.. amin....