Wednesday, May 29, 2019

MUNJUNG 2019 RAMADAN 1440

Salam Ramadhan..
Dah masuk puasa hari ke 24 hari ni.. Alhamdulillah... masih sempat lagi tambah amalan.

Macam aku cerita kat entri sebelum ni pasal munjung. Ahad 26 Mei 2019 aku masak munjung. 
Menu : Nasi Putih / Nasi Paprik / Paru Sambal

Alhamdulillah.. berjaya siapkan seperti yang dirancang. Cuma paru agak liat sikit. Mungkin kurang lama masa rebus. Walaupun aku dah rebus 1 jam lebih dah...
ayam paprik beb
paru sambal derrr

nasi putih

our set

Monday, May 27, 2019

LENGAN KEDUTEN

Hmmm.. Dari hari Jumaat aritu sampailah semalam (Ahad) lengan kiri aku asyik kedutan je.. Tu istilah orang jawa sebenar nyer. Keduten (berdenyut). Bukan mahu percaya 100%, namun dulu arwah mak aku juga punya rese yang sama. Namun arwah mak, akan kedutan kat area bahu. Perkara ni bukan sekali dua aku alami.. dah banyak kali. Keduten ni makna nyer ada saudara mara terdekat nak meninggal dunia. Bukan pentafsir, tapi tu petanda buat aku. Jumaat tu bila bangun nak sahur, malam tu aku mimpi aku gigi aku patah. Mimpi seperti ni juga aku alami banyak kali dah.. Bila tersedar tidur tu, aku fikir, sape lah yang meninggal ni....

Jam 4.15 petang semalam, dapat berita pakcik aku meninggal dunia di Ramadhan ke 11.. 

Innalillahiwa innaa ilaihi rojiuun.. Al-Fatihah buat Hj Masdar Bin Mastuki..
Pic selepas 1 jam arwah meninggal. 

Tuesday, May 21, 2019

FEVERET BUKA

One of the menu berbuka puasa yang aku suka. Takde lain pun takpe... huhuhu..

Yeyy.. buka bubur lambuk
Hari ni Allah bagi lagi rezeki berbuka puasa. Sumbangan dari satu sekolah agama. 

MUNJUNG 2019

Pagi ni siapkan checklist bahan masak untuk munjung ahad ni. U know MUNJUNG? Aku lahiriah bangsa jawa, so munjung ni adalah tradisi orang jawa dalam bulan puasa iaitu pemberian juadah kepada sedara mara dan jiran tetangga untuk berbuka puasa. Untuk rekod2 sebelum ni, list penerima munjung aku hampir 60 orang. 

Dari kecil aku hidup dalam hidup mcm ni. Dari bodoh menyiang ayam, sampai pandai menyiang ayam ni hasil dari munjung la... Dulu arwah mak akan bagi task kat aku untuk menyiang ayam ni. Naik bengkek pinggang aku menyiang ayam ni. Bayangkan la, kalau nak munjung tu hampir 60 buah rumah, maknanya 10 ekor lebih ayam aku kena ngadap..biasa nyer dalam 15-17 ekor aku akan ngadap...

Menu munjung tahun ni 
1 ) Nasi putih
2) Ayam Paprik
3) Sambal Paru

Time masak nanti aku update ok... chawwwwwww....

Monday, May 20, 2019

TAHLIL PERDANA 2019

Buat julung kali nyer, masjid kampung aku buat majlis TAHLIL PERDANA. Komiti kami x ramai, agak sukar untuk berkumpul kerana komitmen kerja. Walaupun duduk kampung, tapi kebanyakkan anak muda nyer bekerja di luar. Yang tua2 pun dah x ramai. 

Rasanyer dah lebih 20 tahun aku duk kampung tu, ni lah 1st time kami buat Tahlil Perdana. Bayaran penyertaan RM50 untuk 5 nama allahyarham/mah.. Majlis bermula dari awal maghrib. Bila datang masjid, seronok tengok orang2 kampung berduyun datang masjid. Pada aku tu dah ramai dah.. Seronok nyer.. meriah..



Alhamdulillah majlis berjalan lancar, meriah.. imam bertugas pun ok.. siap tahlil lebih kurang jam 9.45 malam.. makna nyer sedang2 enak waktu makan nyer tu.. hahahahaha..

Lauk macam2.. main dish asam pedang ikan mayong..(pedas merembes tapi padu..!!!) sambal goreng, ikan masin, serundings, ismet ulam raja, ikan masin, jagung rebus, pergh..!!! 








Thursday, May 16, 2019

REZEKI YANG TAK DISANGKA

Alhamdulillah.. segala pujian bagi Allah...

Hari ni SUK Johor keluar kenyataan media... Bantuan kewangan untuk Hari Raya.. Yeyyy..!!!!

Boleh beli songkok baru. Songkok lama aku dah bau bacin peluh...


TEAM BUILDING 2019 - Part 4

Salam Ramadhan ke-11

Ok....trainer utk team building aku ni dari Rayyan Training dari JB.. Yes...!!! the rite trainer.. think beyond to beyond. Dia fill the slot with energetic activities.. so x mengantuk la..

Ok, apa yang aku nak share is about rezeki. Trainer ni biasa buat program "magnet rezeki". Yang menarik perhatian aku is... every human ada energy tersendiri. Semua ada energy.. dan dunia energy tu dipanggil "Dunia Quantum".. Dunia quantum ni x nampak dengan mata kasar. Sebagai contoh : Bila kita ada perancangan nak beli kereta proton waja, nanti secara tak langsung, akan banyak kereta waja akan lalu berhampiran dengan kita. Ini kerana, diri kita telah sebarkan energy waja dan energy waja akan sentiasa berada disekeliling kita. Fahamkan...

So.. begitu juga dengan rezeki. Bila kita merancang untuk dapatkan sesuatu rezeki, kita akan berusaha untuk rezeki itu. Namun, kadang2 ada penghalang rezeki tu nak dekat pada kita. So kita kena tengok apa penghalang rezeki itu. Actually rezeki itu dah around kita, cuma kita bina shield pada diri kita. Inshallah, kalau kita dah tahu apa shield tu, rezeki akan mudah masuk pada diri kita. The very good input for me...
My team members with trainers
Teringat pada satu kata2 motivasi... "Gaji itu dari perusahaan, manakala rezeki itu dari Tuhan.".. Kalau kita faham konsep rezeki ini, Inshallah.. bila kita bekerja kita takkan stress.. kenapa rezeki juga x masuk, kita juga akan tahu sebab nyer...

Wednesday, May 15, 2019

TEAM BUILDING 2019 - Part 3

Malam pertama boss present dia punya modul. Berkaitan dengan ahli sunnah wal jamaah. Fahaman ideologi syiah dan wahabi. Banyak yang perlu kita teliti berkaitan 2 ideologi ini especially fahaman wahabi. Lihatlah di Iraq & Syria... Wahabi sangat2 mirip dengan ahli sunnah wal jamaah. Kononnya mereka sangat berpegang dengan para salafus soleh (pada aku tu takde masalah) namun yang menjadikan masalah tu timbul bila diorang mengkafirkan ulama' seperti al-imam al-asyaírah dan al-imam al-maturidi, semua perkara yang berkaitan dengan perkara sunnah yang tiada pada zaman nabi dianggap sebagai bidáh yang sesat. Allahu akbar... terdapat juga para pendakwah yang ada di kaca tv tu pun kena tgk btol2 ada pegangan diorg.. ramai dah yang keluar tv diorng ni.  


Best sebenarnya modul ni, tp disebabkan dewan x berapa selesa sebab xde air-cond jadikan mata jadi ngantuk.. huuhuhu.. abis dah sehari punya program. Tido awal beb sebab nak qiamullail.. hehehehe

TEAM BUILDING 2019 - Part 2

Good morning.. salam ramadhan ke-10... Alhamdulillah... masih hidup hari ni...

Ok, kita sambung entri semalam pasal team building tu. Weols bertolak ke Mersing +- 1100 hours.. Aku jadi co-pilot. Ikut planning awal, aku kena jadi driver pada satu kereta yang lain, tp ntah mcm berat plak rasa hati ni nak bawa kereta orang. (Padahal senang ngantuk.. hahahaha). 
Abaikan muka zul ariffin tanpa senyuman tu..


Actually.. hampir 7 atau 8 tahun aku x pergi training team building or training yang full day or 3 hari nyer training. Alhamdulillah, boleh refresh semangat  kerja n rebuild teamworking..

Sampai sana hampir jam +-1600 hours. Check-in n stay bilik jap then welcome drink. Keropok lekor mersing beb.. Sedap.. Dah sejuk tapi still lembut lagi..mean banyak ikan dari tepung. banyak kali tambah plak tu.. hahahaha ...
for the 1st time... dayung-dayung sampan
1st day learning petang tu... belajar mendayung sampan. diulangi.. 1st time bro.. gelak la..gelak. Dulik apa aku. Ni aku pandai-pandai sendiri je.. dayung on your own risk.. x termasuk dalam training schedule pun. seronok bro.. macam nak jerit je kat tengah2 tasik tu... (tapi malu)..

Yeyyyyyyy...!!!!

ok... nanti sambung lagi ehh..


Tuesday, May 14, 2019

TEAM BUILDING 2019 - Part 1

Sebelum puasa hari tu, ofis buat team buliding course.. Lama betul tak pergi training program. Walaupun pada awalnya, hampir cancel training tu, tapi kalau Allah nak bantu, mmg akan bantu. Akhirnyer apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Training on 25 - 27 April 2019 @ Penyabong Warisan, Mersing, Johor menjadi tempat menuntut ilmu 3 hari 2 malam. Tempat nice... pada aku dah selesa dah tu.. Bilik ada air cond kira selesa la tu kan.. Kat umah pun bukan ada air cond. Orang kampung kan..

Sebahagian my team..

Ok... nanti sambung lagi.. Banyak benda nak share nih....

APA AKU BUAT NI SYAITONNN...!!???

Aarrgghhhhhh....!!!!!

Aku terdelete post2 yang lama...!!!!!!!! 2016-2019 hilang memory aku..!!!!!