Tuesday, July 30, 2013

Permintaan Yang Terlalu Tinggi

Berlalu sudah malam 21 Ramadan malam tadi... kalau ada yang tak sempat nak bangun tengah malam tadi, at least ada la buat amalan lepas maghrib atau buat solat Isyak berjemaah dan solat terawih. Moga segala amalan yang dibuat diterima Allah. 

Balik keje semalam, dengar radio IKIM.fm, dengar satu tazkirah. Bercerita tentang DOA DAN AMALAN. ADAKAH AMALAN DAN DOA KITA SEIMBANG? Maksudnya, adakah amalan kita yang banyak itu, seimbang dengan doa yang kita minta pada Allah. Pastinyer salah satu doa yang kita minta adalah meminta SYURGA Allah. Permintaan kita itu sebenarnya adalah terlalu tinggi. 

Kalau fikir betul-betul, Saidina Umar, sanggup  korbankan darah dan nyawa untuk Islam, Abdul Rahman Bin 'Auf memberikan seluruh hartanya pada fi sabilillah.. Saidina Abu Bakar banyak berjuang bersama Rasulullah dan pertahankan Rasulullah,  Imam Syafie boleh khatam Quran 60 kali dalam bulan Ramadan dan beribu hadith yang dihafal nyer, Panglima Islam Khalid al-Walid berperang demi Islam, memang patut la diorang masuk syurga. Tapi kita ni? Jauh dengan Allah, banyak buat dosa, malas beribadah tapi tiba-tiba minta syurga. Macam kelakar permintaan tu. Amalan sikit tapi nak masuk syurga.

Sebab tu lah, kita dianjurkan oleh Rasulullah untuk mencari malam Lailatul Qodar tu. Setahun cuma sekali aje kita korbankan sikit tidur kita waktu malam tu untuk mendekatkan diri kita pada Allah. Korban tidur, tu je... tak perlu keluar peluh, tak perlu keluar duit, luka-luka badan.. Cuma bangun tidur tengah malam dan beramal kerana Allah. 

So, dengan berbaki lagi 8 malam ni, cubalah kita gagahkan diri, tanamkan azam, mohon pada Allah berikan kekuatan untuk kita bangun pada waktu malam dan beramal pada nyer. Moga segala amalan yang kita buat, diterima Allah, dipertemukan dengan Lailatul Qodar dan mendapat pahala seperti beribadah selama 83 tahun. Amin.. Jom..!! sama-sama kita berusaha dapatkan nyer....  

No comments:

Post a Comment