Monday, March 5, 2012

Sarawak--- Part 1

Fuh... Hampir 3@4 hari gak aku mabuk naik kapal terbang punya pasal.... sampai naik lif pun aku rasa macam nak muntah.. Ntah apa kes pilot tu bawak kapal macam tu sekali...(cuba bagi aku stereng kapal tu plak...) hahaha... Aku baru je balik holiday kat Sarawak.. 6 hari kat sana.. Isnin sampai Sabtu.. untuk aku ni kali ke-3 aku naik kapal terbang but untuk budak comel, ni la 1st time dia naik kapal terbang ni.. excited betol dia time tengok kapal depan mata...

tengok penuh khusyu'.. sampai tak sedar gambar dia kena snap...
Dan untuk pertama kalinya aku jejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang... Hampir setahun menanti, dan akhirnya sampai juga.. Booking tiket dari tahun lepas...dapat harga 10 sen ko... rezeki...sape yang tak nak..Depart dari Senai jam 1220 dan sampai sana lebih kuirang jam 1350... 1 jam setengah punya penerbangan. Dan kami di "shuttle" oleh pihak hotel...actually kat sana stay 2 buah hotel, 3 hari kat 360 urban hotel, dan 3 hari lagi kat 360 express hotel... 360 urban tu hotel eksklusif la, bilik besar, ada gym, ada pool, almari baju, iron + board.. memang selesa sangat, cuma mahal sikit dan jauh dari bandar Kuching..

bedroom and the model

almari baju, meja solek, peti ais

bathroom n toilet
 Manakala 360 express pulak, memang sempoi, bilik semata-mata + bilik air. Almari baju pun xde.. cuma advantage hotel ni dekat dgn bandar, sungai, main bazar, top spot, kampung boyan... so sebab tu la kami pindah ke 360 ekspress nih...(sori la, aku tak snap gambar kat 360 express tu, coz dah penat mengangkut barang shopping) hahahaha..

Petang tu, perut dah mula keroncong, so aku pekena nasi ayam kat restoran SCR...kat bawah hotel tu..

Lepas makan, pergi servey apa yang ada dalam hotel...ada gym, pool, cafe n laundry... everything tip top la...so petang tu just rileks kat bilik je sampai maghrib... 

Tengah dok tengok tv, tetiba azan maghrib berkumandang, aku ketawa sorang diri... bukan pasal aku ketawakan azan tu (mau kena sambar petir aku karang).. aku ketawa sebab tv tu azan KL tapi cuaca kat luar bilik dah macam pukul 8 lebih... dah gelap. Baru aku teringat, waktu Maghrib kat Sarawak cepat setengah jam dari Johor...hahaha..

Jam 1940 kami keluar makan, kali ni sasaran kami di TOP SPOT... aku macam teruja bila dengar cerita-cerita orang kat Top Spot ni pasal makanan seafood... Namun keterujaan aku terbantut dengan bayaran teksi yang mahal (pada aku la...) Perjalanan takde la jauh mana pun, kalau tak silap tak sampai 7km pun tapi charge meter yang tertera adalah RM18.00.. pergh..!!! rupa nyer, start kita naik, meter tu dah start dari RM10.00.... adoyai... tapi makan punya pasal, lantak lah... sampai je, pemandu teksi tu turunkan kami kat bawah bangunan 3 tingkat... Nampak lengang.. aku ingat Top Spot macam tepi sungai, makan atas jeti ke... rupa nyer atas bangunan...Kecepek sekali kat dahi aku...!!! so masuk lif, naik tingkat atas, bukak pintu lif je, terus dengar bunyi suara riuh... rupa nyer ni la Top Spot yang dimaksudkan...

ramai cina n mat saleh

landmark "TOP SPOT"

ramai orang...tapi semut lagi banyak dari orang... hahaha..


Tempat ni sangat meriah, cuma pada pandangan peribadi aku, bagi umat Islam yang nak makan di sini, kena perhatikan betul2 tanda logo halal dan tukang masak yang menyediakan menu tu... Bukan apa,  halal haram sangat main peranan kerana ia bersangkut paut dan bercampur dalam darah daging kita. Jadi kena selidik sikitlah.

So,lepas siap makan, kami terus balik hotel sebab esok akan berjalan sehari suntuk. Simpan stamina beb..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment