Thursday, March 29, 2012

Lelaki Perlu...

Kat majalah-majalah selalu ditonjolkan dengan lelaki-lelaki yang kacak, sasa, macho dan bergaya. Pasti kat kepala juga akan cenderung nak macam tu kan... pasti cair orang-orang kalau tengok lelaki yang macam tuh. hahaha..
aku dulu-dulu
kawan aku dulu time sekolah tadika
Tapi akan ada sesuatu yang "blok" untuk jadi macam tu.. contohnya saiz badan yang terlalu besar ataupun terlalu kecil, tak mampu beli barang berjenama macam tu.. Namun apa yang pasti, kita kena bersyukur dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada kita... Kadang-kadang muka kacak, hensem, tapi perangai macam setan pun tak guna juga. 

Aku masih teringat dalam satu buku yang aku baca dulu tulisan Dato' Dr Mohd Fadilah Kamsah "Anda ingin menjadi seorang gentleman?" dengan mengambil ayat buku iaitu " Individu yang gentleman tidak sempurna, tetapi mereka berusaha menjadi lebih baik dan terbaik".. Cukup dengan pakaian yang kemas walaupun tidak berjenama, mengikut etika berpakaian, sentiasa senyum, menjaga kebersihan dan kesihatan, sopan dan saling menghormati pasti menjadikan seorang lelaki itu nampak "macho" di mata wanita...hehehe.. 

Amacam...boleh buat tak? aku nak cuba buat la...hehehe...

No comments:

Post a Comment