Friday, March 23, 2012

Bela Babi Tapi Masuk Syurga???

Bela Babi Tapi Masuk Syurga??? pelik gak entri aku kali ni.. meh luang masa untuk baca nyer.

Nabi Musa a.s adalah seorang Nabi yang boleh berkata-kata dengan Allah swt... Pada suatu hari, Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina (kat situ tempat yang biasanya Nabi Musa berbicara dengan Allah), kemudian berbicara dengan Allah lalu bertanya. "Wahai Tuhan ku, siapakah jiran aku apabila berada di Syurga nanti?", Allah menjawab,  "Ada seorang lelaki yang bernama si polan bin si polan (tak diketahui namanya) yang tinggal di kampung sekian (nama kampung tidak diketahui). Kemudian Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan pergi mencari orang yang dimaksudkan..
antara pemandangan di Bukit Tursina.. Gambar ni aku ambil dari blog Kisana Azhary travel & Tour
Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka dok tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.

Tidak lama kemudian, lelaki itu masuk ke dalam rumahnya sambil membawa masuk seekor babi jantan, dimandikan babi jantan tu, disabun, dilap bulu nyer, disisir bulu nyer dan kemudian dicium nyer babi jantan tu. Kemudian lelaki itu keluar semula dari rumah. Tidak lama kemudian, lelaki tu masuk semula ke rumah dengan membawa seekor babi betina pulak. Dia juga buat perlakuan yang sama seperti yang dia lakukan pada babi jantan tadi, dimandi, disabun, dilap, disisir bulu nyer dan kemudian dia cium pula babi betina itu..

Nabi Musa yang berasa pelik lalu bertanya kepada lelaki itu. "Apakah agama kamu? Kenapa saudara memperlakukan babi jantan dan babi betina seperti itu? Lelaki itu menjawab, "Tuan, saya ini menganut agama yang mentauhidkan Allah swt...sebenarnya babi jantan ini adalah bapa saya, dan babi betina ini adalah ibu saya. Mereka berdua menjadi begini kerana mereka berdua telah melakukan kesalahan yang tidak dapat diampunkan oleh Allah, maka Allah telah mengubah mereka berdua hingga menjadi begini. Disebabkan mereka adalah ibubapa saya, telah melahirkan saya, telah memberi saya makan, telah membesarkan saya, maka saya perlu membalas jasa mereka berdua dan memohon doa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan oleh Allah, dan saya takkan berputus asa untuk mendoakan keampunan kepada Allah terhadap dosa yang dilakukan oleh mereka berdoa."

Selepas mendengar penjelasan lelaki itu, Nabi Musa kembali ke Bukit Tursina dan berbicara kepad Allah, "Wahai Tuhanku, aku telah bertemu dengan si polan itu." Dan Allah berkata "Aku telah memberi keampunan kepada ibubapanya."

Moral : Berbuat baiklah pada kedua orang tua kita. Kalau lelaki itu mampu menjaga ibubapa nyer yang telah bertukar menjadi "oink..oink.." apatah lagi ibubapa kita yang sememangnya manusia.. Ambillah iktibar dari cerita ini ye...

No comments:

Post a Comment