Tuesday, March 20, 2012

JB & Nasi Arab

Assalamualaikum...

Hai everybody...kali ni nak cerita pasal nasi arab...hahaha... kat JB kini sudah boleh makan nasi arab. Best..!! My favaourite u know...Tukang masak asli dari Egypt lagi.. Baru la puas hati kalau makan macam ni. Kat JB ni, teramatlah susah kalau nak pekena makanan arab ni. Kalau ada pun, yang masak, orang melayu dan pasti nyer rasa nyer juga akan berubah. Dah tak original taste dari timur tengah. Tak macam kat KL, banyak "mut'am" arab ni.  Bukan aku tak minat makanan melayu, aku minat...cuma kekadang tembolok tekak ni nak juga tukar selera. So aku akan beralih pada "middle east" punya menu lah..

Perubahan ketara yang aku alami selepas makan nasi arab ni adalah, aku dah kurang minat kat nasi beriyani. Tak kira la beriyani apa, beryani gam ke, beryani Batu Pahat ke, beryani kambing ke...sebab pada aku, ada menu lain yang boleh menambat selera aku. Kalau dulu, dengar ada nasi beryani, aku dah jadi macam "hulk".. akan cari nasi beryani tu... (tapi tu semua dulu..(macam lagu fabolous cat))...

Restoran yang aku nak cerita ni terletak di Kampung Melayu Majidee. Kedai nyer agak terlindung dari jalan besar, tapi, kalau masuk area Kampung Melayu ni, insyaallah boleh jumpa. Senang cerita kalau tak tahu, boleh tanya orang, sebab berdekatan dengan pasar basah Kampung Melayu. Juga boleh search kat map internet type "wadi el arab". Tengahari kedai ni dah mula buka (sebab dah penah try time lunch hour). Cuma waktu lunch, belum ada kebab, sandwich.. cuma ada nasi & sup je... Gambar bawah ni antara menu yang ada kat restoran tuh..



Buat masa ni, aku dah try mandy lamb, maqlubah lamb, Hummous & kebab lamb dia...dan kebanyakkan menu yang aku try, puas hati... pasti tidak mengecewakan kalau nak dibandingkan dengan restoran arab yang ada kat JB ni. Bukan aku syok sendiri ye... ataupun ada share kat kedai ni. Aku xde kaitan sikitpun...just as a customer...Pada peminat makanan arab, bolehlah try menu yg ada kat restoren nih..
mandy lamb

maqlubah lamb

eh..! tinggal tulang la..

pergh... 

No comments:

Post a Comment