Friday, October 21, 2011

Mukjizat Nabi Muhammad...

Balik keje semalam, sambil drive, sambil layan blues sambil berangan ingat kat rozita che wan sambil pasang radio... dengar IKIM.fm... segmen saudara baru...dalam temubual dengan saudara baru ni, apa yang menarik perhatian aku adalah, bagaimana dia menerima agama Islam...sebelum ni dia kristian... dalam dia mencari-cari tuhan, dia terjumpa Islam... lepas dia jumpa Islam, dia mengkaji tentang Islam terutamanya, orang yang membawa agama Islam la...Nabi Muhammad saw... Dia kaji sirah Baginda, sampai hati dia "tepu"...tepu kat sini bermaksud, segala persoalan yang bermain kat kepala dia, terjawab dengan apa yang dia baca dalam sirah Baginda. Setiap persoalan nabi mampu jawab dalam buku tu..sampai hati dia kata stop!!! Islam mampu menjawab semua persoalan. Mulut menafikan, tapi hati bergolak mengatakan sebaliknya...

Namun, tarikan utama dia masuk Islam adalah AKHLAK RASULULLAH. Saudara baru tu kata, nabi hanya menunjukkan akhlak yang sangat unggul, baik dan terpuji...nabi x bawa ideologi, nabi hanya bawa akhlak terpuji.. dan dari situ dia mengkaji, nabi seorang yang tidak bersekolah, tapi bagaimana Nabi mampu tampilkan yang terbaik dalam hidupnya...dan pastinya ada "GUIDE" yang memandunya kearah hidup yang sangat sempurna.

So dalam pada masa yang sama, aku terfikir, memang betul la...masa aku sekolah agama darjah 2, 3 dulu...kalau belajar tauhid ni perlu belajar dulu tentang hukum akal...pastu baru belajar tentang Allah Taala..kita kena berfikir dan mengkaji, baru kita kenal Tuhan tu... Bersyukur sangat aku dilahirkan dalah ISLAM...satu contoh yang mudah masa sekolah dulu, Apa bukti wujudnya Allah Taala...?? Jawabnya..Ada alam ini.... terima kasih cikgu yang mengajar saya dulu....

U all's, i suggest dengar la rancangan ni kat IKIM.fm setiap hari khamis jam 5.15 sampai jam 6.00 petang... betapa agungnya rahmat Tuhan bila dia anugerahkan NUR pada hambanya...x dapat digambarkan dengan kata-kata...Wassalam...

No comments:

Post a Comment