Friday, October 28, 2011

Dengar Lagi..

Macam biasa, balik keje sambil drive sambil dengar radio...Segmen kegemaran di radio IKIM.fm.. saudara baru...Kali ini, yang hadir temubual adalah salah seorang da'ie (pendakwah) yang bertugas di PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia). Nama dia aku lupa pulak..brother lim ke apa ntah... seorang lelaki cina... Tapi aku tabik la kat dia, nama je mualaf, tapi kalau bercakap pasal Islam, memang fasih... aku tertarik pada statement dia antaranya..

(1) Lahir dalam agama apa itu tidak penting, tapi yang paling penting adalah kita mati dalam agama apa...Apakah agama kita apabila kita meninggal kelak? itu yang paling penting...(saya setuju...)

(2) Caller bg soalan pada dia, "Allah itu Maha Adil, tapi kenapa Allah tidak ciptakan semua manusia lahir dalam Islam, kalau macam tu x adil la..." Dia ketawa sebelum menjawab...ramai mualaf yg bg soalan mcm tu pada dia. Jawapan yg dia bg panjang, aku dapat amek skit...Lahir dalam agama Islam satu kelebihan, dan lahir tidak dalam agama Islam tiada kekurangan pun...Allah Taala memberikan akal fikiran utk manusia berfikir, mana yang baik, mana yang buruk...Islam itu baik, Islam itu benar...jadi kena la ambil jalan yang baik, jalan yang benar...Dari situ datangnya tugas orang Islam untuk menyampaikan dakwah Islam dan kena pastikan dakwah itu sampai pada mereka..Dan pengajaran terakhir yang aku dapat...

(3) Ikutlah Islam itu kerana ilmu bukan ikutan...Kalau masuk Islam, setakat ikut apa yang orang Islam buat...xkan rasa keseronokkan, kenikmatan dalam amalan @ ibadah yang dilakukan..

Tu la beberapa ilmu yang aku dapat sepanjang dengar rancangan tu minggu ni...at least, bisa memantapkan diri juga...

No comments:

Post a Comment