Friday, July 15, 2011

Jom Cari....

Pernah dengar malam nisfu Sya'aban...?? pernah? x pernah?
Meh...aku share skit tazkirah berkaitan dengan Malam nisfu Sya'aban nih...

Berkata Imam As-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu:
1) Malam Jumaat
2) Malam Hari Raya Aidilfitri
3) Malam Hari Raya Aidiladha
4) Malam pertama di bulan Rejab
5) Malam nisfu Sya'aban.....

Malam minggu nanti ( 16/7/2011 ) adalah malam nisfu Sya'aban... So sape yang biasa clubbing malam minggu tu, cuba stop jap, kita enjoy cara Islamik skit...Jom kita cuba cari apa kebaikan pada malam tuh...

Antara kebaikan malam nisfu Sya'aban:
1) Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT.
2) Allah memandang kepada semua makhluk-Nya pada malam nisfu Sya'aban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (hadis riwayat Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Hibban)
3) Diperintahkan Allah turun malaikat-malaikat ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa..

Justeru, antara amalan yang boleh dilakukan pada malam nisfu Sya'aban:
1) Membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib
2) Memperbanyakkan minta ampun dari Allah
3) Berdoa mohon keberkatan hidup di dunia dan akhirat, dan dipermudah dan diluaskan rezeki.
Sebenarnya tiada ibadah yang khusus pada malam nisfu Sya'aban nih...yang penting kita buat je ibadah macam biasa.. Baca quran boleh, zikir boleh...yang penting kita menghidupkan malam nisfu Sya'aban ni..

Pada aku, nisfu Sya'aban hampir mempunyai kelebihan mcm malam Lailatul Qadar..Meh kita rebut kebaikan yang ada padanya, moga pahala kita makin bertambah...kita kecikkan skit dosa kita... jom cuba!!!!!

No comments:

Post a Comment