Friday, July 1, 2011

Isra' Mikraj

Tahun ni Isra' Mikraj disambut pada 28hb Jun yang lalu iaitu jatuh pada hari Selasa.. Jadi bersempena dengan peristiwa yang agung tu, surau berdekatan dengan tempat tinggal ada buat majlis sikit. Bapak kata, majlis start pas Isyak... Petang tu, lepas makan malam, aku bersiap awal, cakap dengan mama ryna, mlm ni kita gi surau, dengar ceramah Isra' Mikraj...so pas solat Maghrib, terus balik umah dan terus bersiap (dengan macho dan hensemnyer) walaupun dengan hanya kain pelekat. huhuhu~~. 

Dengan penuh semangat (lagi wangi), aku terus jumpa mama ryna, Tengok2 tgh posing (mcm Kate Winslet dalam cerita Titanic)...la pulak...mama ryna kata "Aufa tidur...". Nampak gaya pegi sorang la jawab nyer nih..xpela, sorang pun sorang la....


Start kereta terus pergi, sampai sana je, orang2 tangah makan. Bau punyer  la semerbak. Bau ayam masak lemak menusuk hidung...Tekak dah menelan air liuq, tapi peyut dah kenyang plak..xpela...cium bau je...Jemaah lain pelawa makan gak, tapi aku just geleng kepala. Kalau blm makan ptg tadi, sure da bedal makan sorang satu dulang tuh...Rileks n minum air teh-o je...ceramah start jam 9.30 malam. Ustazah Hanipah dari Unit Da'wah...

Penyampaian biasa, namun diberi penekanan tentang solat, pembersihan hati, dan sikit2 cerita pasal yang berlaku pada malam Nabi Muhammad s.a.w di jalankan tu...10.30 malam ceramah habis. Dan terus balik... Time on d way balik, terfikir pulak, hebat betul binatang burak yang Nabi Muhammad naik tu..dan Nabi Muhammad tu lagi hebat, mampu melepasi langit ke-7..Sheikh Muzaphar angkasawan negara tu pun nak pergi angkasa, dia punya training 2 tahun...nabi xde training pun. Itulah mukjizat Nabi Junjungan Kita Muhammad s.a.w....
http://www.youtube.com/watch?v=OQnqvbDYxoI

No comments:

Post a Comment