Tuesday, July 31, 2012

Singapore - Part 6 (The Last Episode)

The next aktiviti kat Singapore is meround area bandar Singapura. Nama tempat ni adalah Esplaned Park, aku tengok banyak view yang cantik untuk bergambar iaitu kat sini haa....
The Big-Big Casino On The Top...
Kawasan ni banyak tourist amek gambar especially kat landmark Singapore iaitu di patung lion. Tapi malangnya, aku tak dapat amek gambar dgn lion tu sebab tgh renovation. Bertutup dengan kanvas. SO hanya dapat amek gambar dengan small lion.
lion & aku, aku n lion

nice

big lion in renovation

Olang Islam haram pigi itu tempat judi ha...

tourist amek gambar dan amek angin
Habis je meround, kat Esplaned Park ni, terus ke Chinatown...Kat Chinatown banyak servenior yang boleh dibeli dan murah2.. tapi aku tak meround pun kat Chinatown ni sebab waktu sampai sini time tengahari. Panas terik betul..Tak selesa nak berjalan. Last2 aku just duduk lepak kat satu kedai cina n minum air tin je.. 
 Lepas habis kat chinatown, terus soru sapedek kat sini...time tu dah lapar giler dah...
Satu perkara yang aku rasa pelik kat singapore ni adalah restoran yang wujud kat sini iaitu waktu urusniaga dia. Masa aku mula sampai depan restoran ni, time dah jam 1330. Aku ingat restoran ni tutup, sebab pintu nya bertutup rapat. Sekali aku masuk, punya ramai makhluk yang nama nyer manusia tengah duk makan. Penuh..!!! Sampai terpaksa beratur untuk ambik makanan dan tunggu meja makan. Kebanyakkan tourist. Dan sepanjang aku kat sini, aku tak jumpa lauk ikan seketul.. maksud aku, sepanjang aku kat sini, aku cuma makan ikan fillet je... Tak pulak jumpa ikan seekor untuk aku ngap. Mungkin untuk menjaga kebersihan. 
 
Dan satu lagi sebab kenapa kedai ni sentiasa bertutup juga adalah untuk jaga kebersihan kedai. Takde asap kenderaan spt bas, teksi dan kenderaan yang akan masuk restoran, so customer takdelah rasa tak selesa dengan bau asap kan... dalam kedai juga bersih. Suasana dalam restoran juga air-cond.

Lepas kenyang makan, solat Zuhor di Masjid Haji Muhammad Salleh yang juga terletak sebuah maqam yang cukup terkenal iaitu Makam Habib Noh. Kalau dikalangan pak sheikh2 arab pasti nya Habib Noh adalah sangat terkenal kerana kalau mengikut salasilah, Habib Noh adalah dari keturunan Rasulullah.
makam habib noh
salasilah Habib Noh
Sempat bersolat Zuhor di sini dan sempat juga berjumpa dengan (mungkin) anak atau cucu Habib Noh. Ramai orang datang ziarah makam ni. Ada yang datang membaca Yasin ada juga yang minta didoakan oleh waris Habib Noh ni. Aku pun sempat minta doa dari dia. Sebelum dia doakan kita, dia tanya nama kita dan apa hajat kita. Minta murah rezeki ke...minta jumpa jodoh ke..(untuk bujang je).. minta jumpa jodoh LAGI ke.. (yg dah cukup syarat) hehehe...
Siap je solat Zuhor n ziarah makan, terus ke last destination iaitu...
Underwater World
Untuk pertama kali nyer aku jadi "anak ikan"... Kalau biasa nyer aku tengok ikan kat akuarium, kali ni ikan pulak yang tengok aku yang hensem ni...Subhanallah...mendamaikan pemandangan ikan bawah air ni. Cuma yang tak mendamaikan ialah pengunjung yang datang tengok...kecoh betul...bising, jakun betul Walaupun aku ni pun boleh dikategorikan jakun tp aku ni pandai cover...yang lain2 tu siap jerit2 tengok ikan besar dalam akuarium ni...
Jakun beb...
Untuk Underwater World ni wajib masuk. Aku dengar, kat Malaysia pun ada waterworld jugak, kalau tak silap kat KLCC dan Langkawi...tapi yang kat Malaysia aku belum masuk lagi. So next time nak gak try masuk yang Malaysia punya.

Keluar dari Underwater lebih kuran jam 5.00 petang. Sebenarnya aku tak puas kat underwaterworld ni. Terkejar-kejar dengan masa. Kalau ada rezeki kena return kat sini la...

Secara keseluruhannya, pada aku Singapore adalah kota metroPULUS yang sangat pesat membangun. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke Singapore ni kalau tak silap aku time umur aku 6 tahun. Kota yang segala nya duit, dan taraf hidup yang tinggi. Namun disebalik nya, masih terdapat nilai murni yang boleh diambil pengajaran, antara seperti tahap kebersihan dan disiplin merokok ditempat awam. Susah untuk aku perhatikan smoker senang2 hisap rokok di kawasan awam. Untuk aku yang anti-merokok, aku rasa selesa...Dan kalau ada rezeki, ingin sekali lagi aku datang ke Singapura ini, antaranya aku nak test makan SUP TULANG MERAH yang dikatakan cukup power..!!! Terima kasih segala nyer....

No comments:

Post a Comment