Friday, July 6, 2012

Singapore - Part 3


Singapore – Part 3

Last meround kat Universal Studio adalah di Far-Far Away Theme Park (Cerita Shreak). Untuk kanak-kanak memang sesuai la masuk sini. Lebih “cool” dan rileks. Takde la terjerit-jerit, terpekik, terlolong macam amukan pocong. Area Shreak ni  ada banyak lokasi untuk bergambar dan view yang cantik. Cuma lebih terbuka dan takde berbumbung. So aku masuk “rumah” Shreak ni tengok cerita Shreak wayang 4D.
Pemandangan indah Far-Far Away Theme Park (Shreak)
Beza 4D Shreak dengan Transformers, Shreak ni tengok ramai-ramai macam panggung yang kita biasa masuk, kalau Transformers untuk ride sekali masuk “kenderaan” tu hanya boleh muat 9 orang. Effect tetap sama. Kalau ada air, muka pun akan kena air, kalau ada semut jalan, kaki kita pun akan rasa macam semut merayap kat kaki, kalau bunyi angin, kat telinga kita pun akan rasa angin, kalau tengok scene tu tengah naik kuda, kerusi yang kita duduk akan bergoyang-goyang macam kita naik kuda jugak. Best…Telinga aku pun rasa aman je sebab takde orang terpekik-pekik macam orang naik Transformers. (Padahal sendiri yang jerit kuat) hahaha….Seronok la masuk kat Shreak ni…
Princess Fiona (lah sangat)
Habis je Shreak, round pulak area Egypt, Madagascar, Jurassic Park, Waterworld… Tapi tu aku hanya lalu je, tak sempat masuk dalam park pun. Masa tak cukup sebab kena berkumpul semula sebelum jam 6.30 petang. Sedangkan time keluar dari panggung Shreak tu dah pukul 6.00 petang.Dalam berkejar-kejar masa tu, sempat jugak singgah snap gambar sebagai kenangan.
gambar dgn org space

gambar dgn org Egypt zaman dulu yang bulu ketiak nyer panjang

Klon Brandon Fraser
Kesimpulannya, masih ada theme park yang aku missed. Dari cerita kawan-kawan yang pernah masuk USS ni, sebelum keluar akan ada live show macam penggambaran filem, siap dengan letupan, percik-percik air… Aku tak pasti theme park mana yang ada show tu.. Maybe kat area Waterworld kot. Tapi aku tak dapat tengok..takpe la… Kalau ada rezeki, boleh datang lagi…

Pada aku, untuk USS ni adalah satu taman tema hiburan yang international standard. Semuanya berteknologi tinggi. Seronok… Sesiapa yang nak berhibur di Kota Singa ni, boleh la datang ke sini. Tak rugi, Cuma pastikan masuk selepas pintu dibuka, sebab takut kena macam aku, tak cukup masa…Dan jangan lupa, bawak ongkos nya lebih…bukan lebih sikit, tapi LEBIH… Sebab apa yang ada kat dalam USS tu semuanya mahal untuk kategori orang macam aku ni. Maybe kalau bisnes aku jual duku langsat dah cecah juta-juta, boleh la beraya sakan kat sini.. 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment