Friday, September 14, 2012

REUNION 2012

Lama bebenor aku tak update entri blog sendiri. Entah rasa malas semacam je...walau hakikat nyer aku ni dilahirkan rajin macam semut. 

Alhamdulillah..Aidilfitri ke-7 hari tu, dapatlah untuk kali kedua nyer, aku dah kawan2 sekolah berjumpa semula selepas hampir 15 tahun yang lalu meninggalkan alam persekolahan. Dua tahun yang sudah iaitu 2010 kami bertemu dan kali ni 2012, kami semua berkumpul dan berjumpa lagi. Kenapa selepas 2 tahun baru reunion semula??? sebab...time tu la giliran kebanyakkan kami semua balik berhari raya di kampung sini (Pontian).  

Walaupun sesetengahnya masih duduk sekampung dengan aku, tapi sangat susah untuk berjumpa. Yelah..masing-masing dah sibuk kerja dan segala bagai urusan keluarga. Tak lain tak bukan tujuannyer adalah berjumpa semula kawan2 lama masa sekolah dulu, bertukar2 cerita, bertanya khabar dan perkembangan terkini lagi hiburan sensasi. hahaha...

Tahun 2010 yang sudah, reunion diadakan di Kukup Golf & Resort, Pontian yang dikendalikan aku sendiri (chewah...), tahun ni aku terpaksa "pass button" pada orang lain pulak. Honestly...memang susah nak manage reunion ni... Pada pengalaman aku, venue bukanlah menjadi masalah utama..Tapi yang SUSAH nyer adalah MENGUMPULKAN kawan2 lama. Aku terpaksa contact 1 by 1 kwn2 yang nak join. Susah nak confirm kalau kat FB walaupun sebenarnya "iklan" reunion ni di war- warkan kat FB.

Perjumpaan tu sekejap, tak sampai 3 jam pun...tp nak manage tu start dari sebelum puasa lagi. Personally, aku tak nak complain banyak untuk reunion 2012 sebab aku tak urus. Sebab aku tahu bukan senang buat kerja tu.

Namun ada penambah-baikkan untuk reunion kali ni iaitu dengan ada nyer hadiah dan hamper untuk kategori2 yang "dipertandingkan" seperti "family ceria", "ibu vogue", "anak cute" dan beberapa kategori lagi.  Tahniah pada yang berjaya termasuk la aku yang menang sebagai "Artis Kacak Paling Popular" (next time adakan kategori ni eh...) hahahaha... Jangan marah ha..ini blog aku.. hahaha...

Penghargaan pada vanue kali ni iaitu Restoran Kemangi, pada organiser dan kawan2 yang terlibat tahun ni. Pada yang masih belum dapat join, berdoalah agar dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk join sama di masa-masa akan datang. Pada organiser, amatlah besar pahala anda kerana menjalinkan semula silaturrahim kami semua. Moga Allah sahaja yang membalas jasa kalian. Adios..!!!!
Reunion 2010

Reunion 2012




No comments:

Post a Comment