Friday, July 27, 2012

Singapore-Part 5

Lama betul aku nak sampai part 5 ni untuk trip ke Singapore ni. Mengalahkan Christopher Nolan nak buat cerita Batman The Dark Knight Rises kan..kan..

Di akhir perenggan Part 4... 
"Esok pagi jam 0730 mesti dah tunggu kat lobby untuk check out..kalau tak kena tinggal..." So aku pasang la ALARM HANDPHONE...nak dijadikan cerita.............................."

Handphone aku tertinggal kat hotel apabila aku dah sampai Malaysia. Aku perasan time aku drive balik rumah. Sebab aku rasa pelik, lepas masuk je Malaysia handphone aku tak berbunyi hatta masej sekalipun. Biasa nyer kalau masuk Malaysia akan terus incoming msg sebab selama aku kat Singapore aku tak off h/phone sebab line Malaysia takde kat sana....

Penyelesaian nyer, aku call tour agency yg arrange aku punya holiday, minta dia call hotel untuk cari fon aku kat hotel. So esok nyer, dia call aku.. h/phone aku dah ada kat front desk hotel.. Fuh.. alhamdulillah..lega...Maybe ni rezeki aku, nak dijadikan cerita....sebenarnya sebelum aku check-out hotel pagi tu, aku terjumpa h/fon dalam lif. Time tu aku sorang. H/fon tu takde la canggih mana.. tp kira lebih mahal dari fon aku. Kalau setakat nak rembat, kacang2 je... tapi aku tahu aku tak boleh ambil. Aku ni LELAKI MACHO DAN KACAK SERTA BERIMAN...so aku pulangkan pada front desk hotel untuk cari owner fon tu... ni balasan tuhan. Aku jumpa fon orang then aku tak ambil, pastu fon aku hilang, orang yang jumpa tu pun tak ambil... Keajaiban..!!! Kuasa tuhan...Allah balas balik...Jadi, settle dah masalah tu...

Berbalik pada trip Singapore tu, lepas je check-out hotel pagi tu, terus sambung trip, so aku ke sini.....
"CHOCOLATE GALLERY". Kanan bawah: Aktor terkenal Singapura Aaron Aziz bersama model jajan
Chocolate Gallery adalah satu kedai yang menjual coklat2 dan gula2 made in Singapore.. Kalau kat Malaysia ni macam kedai2 yang ada kat Langawi la...macam2 jenis dan pattern. Masuk je kedai ni, terus dibagi minuman percuma air coklat sejuk. Memang "kaw..!!!" air yang dia bagi tu.. Aku meround dalam kedai tu, takde yang menarik pada aku.. Tapi aku SANGAT TERTARIK PADA CHOCOLATE DRINK dia. So aku cari minuman tu untuk ole-ole balik Malaysia. Memang sedap. Kalau tak silap aku $10.00 je harga dia.. 

Dalam 30 minit kat chocolate gallery tu, bergerak pulak ke Malay Heritage Centre (Taman Warisan Melayu). Kat sini terdapat 2 tarikan utama iaitu sebuah Istana Melayu dan sebuah Masjid iaitu Masjid Sultan. 

Istana ni dibina oleh penjajah Inggeris untuk sultan pada masa tu, tapi kini dah dijadikan pameran je la.. Singapore pun dah takde sultan kan... Yang kedua nyer Masjid Sultan. Masjid Sultan ni, yang menariknya adalah dibahagian kubah. Kubah itu diletakkan diatas susunan botol-botol kaca yang disusun rapi hingga mampu diletakkan kubah yang besar. Mengikut kata tourist guide aku, zaman dulu susah, macam mana susah pun, kalau nak bina jugak masjid ni, biar apa cara sekalipun mesti disiapkan.
Antara view kat Masjid Sultan

Tengok gambar tu elok-elok..Botol kaca beb...
Kawasan sekitar masjid ni banyak kedai2 cenderamata dan kedai makan untuk tourist shopping dan rileks. Bangunan kat sini juga terpelihara cantik dengan warna yang pelbagai macam kat Melaka tu...



To be continued....


1 comment:

  1. hadoiiii....sambung lagih...cam drama kat tibitigesuku la

    ReplyDelete