Thursday, July 5, 2012

Singapore - Part 2


Part 2

Untuk aku, pengalaman paling best adalah masuk Transformer Ride & Rollercoaster... Yang transformer tu, macam mukaddimah untuk sesiapa yang nak naik rollercoster. Transformer Ride tu kita kena pakai spec 3D then naik vehicle then action. Paling real, time kita dicampak dari bangunan tinggi then bumblebee selamatkan kita... Fuh, berselirat rasa urat perut aku bila dicampak dari bangunan tinggi tu.. padahal bukanlah tercampak betul...tp ntah teknologi apa yang terasa kita macam betul-betul jatuh dari bangunan tinggi...simulasi Transformer ni tak lama dalam 5-7 minit, kalau x silap aku la…
Aku sebagai Accapan dalam filem Rollercoaster
Habis je transformer ride, terus ke rollercoaster, betul-betul sebelah Transformer Theme Park. Dah lama dah “usha” rollercoaster ni… Geram je tengok orang main. Ada 2 rail iaitu warna merah dan biru. Untuk rail yang biru xde stand kaki makna nyer kaki akan  bergantung, untuk rail merah pulak, ada pemijak kaki, so tak terasa sangat la kot… plan sebenarnya nak main yang ada stand, beratur punya beratur dah tersalah lane sebenarnya, termain yang kaki tergantung.. Ha.. amek ko… nak tak nak terpaksalah main. Beratur panjang hampir 30 minit, takkan nak patah balik macam tu je, alang-alang main je terus.

Masa depan mata, tengok orang main rasa kejap aje, Siap cakap dalam hati, “Ek eleh…kejap nyer” tapi sebenarnya azab dunia aku semakin hampir sebenarnya. Hahaha… Sampai je giliran, aku terus duduk, tapi sit tu aku rasa memang tak selesa, susah untuk aku nafas. Lepas safety crew check semua ok, maka kedengaran la suara computer tu “Launch…Bye-bye..” Maka bergerak la rollercoaster tu, pada masa yang sama jugak, muka “Aaron Aziz” aku pun keluar time lalu depan safety crew tu.. Muka macho beb, muka xde takut lei…..

Lepas je keluar dari tempat launching tu, coaster tu terus bergerak laju, terus muka Aaron Aziz yang macho tadi,  hilang…. ntah apa muka yang keluar, ntah-ntah muka dah macam Accapan kot… Terus laju gila, aku pejam mata, aku jerit-jerit macam perempuan nak kena rogol..

Disebabkan aku duduk paling tepi, so aku nampak la permandangan tepi, tapi pandangan aku bergegar-gegar je, kejap aku pejam mata, kejap lagi aku buka mata, tengok-tengok aku nampak langit, kejap-kejap aku nampak rail, kejap-kejap aku nampak kaki aku terkitai keluar. Aku rasa badan aku dah ke depan tapi jantung aku masih kat belakang…Adrenalin aku jadi nggak keruan dong… Paling ngeri adalah time dia pusing 360`… Aku rasa badan aku macam nak terkeluar dari sit tu, cuma safety belt yg buatkan aku masih melekat kat kerusi tu….Aku rasa lama betul nak habis… suara aku dah tak keluar…serak!!! coaster tu betul-betul bantai aku macam ayam dalam oven  Kenny Rogers, berputar-putar, berpusing-pusing…

Sampai semula tempat launching tadi, aku buka sendiri safety belt, aku turun, aku rasa rasa jantung aku baru masuk dalam badan aku.. Jantung aku tadi tertinggal kat belakang… Tapi Alhamdulillah… aku tak mabuk atau muntah… Kesimpulannya, walaupun ngeri, urat perut ni rasa ngilu, jantung aku tertinggal, aku puas, dapat naik rollercoaster yg giler.. Kalau orang tanya, nak naik lagi tak? Aku akan jawab “YA”.. 
nampak tu!! rollercoaster tgh jalan....
 Bersambung...

No comments:

Post a Comment