Wednesday, January 4, 2012

Back To School

Hari ni sesi persekolah 2012 bermula.. Mana mak ayah yang ada anak baru masuk darjah 1 tentu sibuk menguruskan mereka... macam2 ragam kita boleh tengok murid tahun 1 ni mula masuk sekolah... Ada yang nangis, ada yang tak boleh berenggang dgn parents, ada yang slumber, ada yang excited, ada juga mak atau ayah yang tak boleh berenggang dengan anak pulak. Si anak mantain je...mak ayah pulak yang menitis air mata... Pada aku, perkara ini perkara biasa. Dulu masa aku jadi pendidik, aku dah pernah alami pengalaman ini. Mengajar anak murid tahun 1 sebenarnya adalah lebih susah dan lebih mencabar. Pada pengamatan dan pengalaman aku, kita terima budak tu from zero to hero la...kalau kita berjaya didik dia, kira hero la...

Mana guru yang dapat murid yang cerdik, 1 advantage, tapi biasa nyer kurang dari 10% murid yang cerdik yang  kita dapat, selebihnya kategori pertengahan dan ke bawah.. Kunci kejayaan, SABAR dan TEKNIK MENGAJAR... itu penting, SABAR dalam melayan karenah mereka, nakal, bising, aktif, hyper aktif, pendiam, diam-diam ubi dan lain-lain lagi... Manakala TEKNIK MENGAJAR pula, dari pelbagai jenis ABM (Alat Bantu Mengajar), sumber, metodologi pendidikan, pendekatan, pengukuhan mahupun nilai murni yang diterapkan kepada anak murid tu sendiri.. TIADA SATU KAEDAH YANG TETAP YANG BOLEH DIGUNAKAN TETAPI BANYAK KAEDAH YANG BOLEH KITA GUNAKAN  dalam "Makmal Manusia" ini. Trial n Error... tak boleh guna kaedah A, kita guna kaedah B, tak boleh guna kaedah B, kita guna kaedah C... Dan begitulah seterusnya... Jangan putus asa...

Untuk insan yang bergelar guru, selamat mengajar untuk tahun 2012... Untuk yang menghantar anak ke sekolah, percayalah guru-guru di sekolah.. kerana mereka memang mahir dalam pekerjaan mereka...Jika ada kekurangan mahupun kesilapan, bawa berbincang dengan berhemah dengan guru tu... Jangan lukai perasaan guru, kerana doa seorang guru itu Tuhan terima... Untuk adik-adik yang bersekolah, belajarlah bersungguh-sungguh, sayangi ilmu yang diterima, sayangi guru anda.. Semoga anda menjadi insan yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara... Amin...

No comments:

Post a Comment