Thursday, January 26, 2012

Al Maqom Al Mahmud

Hari ni aku dapat ilmu dari Al-Quran pimpinan Ar-Rahman dan aku nak share dengan u all's... mengenai Al-Maqom Al Mahmud...pernah dengar Al Maqom Al Mahmud tu??? perkataan ni biasa kita baca selepas je azan habis berkumandang...maknanya time kita baca doa selepas azan la.. 


Antara makna bacaan doa selepas azan, "...kurniakanlah Nabi Muhammad s.a.w (maqom) kedudukan yang tinggi  dan  terpuji yang telah Engkau janjikan..."... 

Selama ni aku baca doa ni tapi x pernah jumpa makna maqom yang dimaksudkan dalam doa tu.. dan hari ni aku jumpa jawapan tu. Alhamdulillah... Maqom tu adalah "Al Maqom Al Mahmud"... Apa tu??? ia adalah satu pangkat yang setinggi-tinggi dan semulia-mulianya yang dikurnikan untuk Baginda Muhammad s.a.w yang mana apabila di Padang Mahsyar kelak, sekalian makhluk memohon syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w untuk segera dibicarakan di hadapan Allah swt... Jadi, keistimewaan itulah Al Maqom Al Mahmud itu diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w...

Subhanallah... Moga kita semua mendapat syafaat dari Baginda Muhammad s.a.w kelak di Mahsyar...

No comments:

Post a Comment