Wednesday, August 3, 2011

Orang Islam Moscow...

Semalam, sampai je umah, rileks jap...round2 dengan budak comel sampai jam 6.15 petang, balik umah then tengok tv jap sementara tunggu waktu berbuka... Jam 6.30 petang Jejak Rasul pun bersiaran.. Cerita pasal penduduk Islam Moscow... Apa yang menjadikan aku kagum adalah..... ditayangkan penduduk muslim yang sedang bersolat di atas ais yang sejuk membeku walaupun suhu masa tu dibawah takat beku. Kagumnya aku...Punya gigih orang-orang Islam kat sana menjalankan ibadah walaupun dalam keadaan macam tu... Dan tetiba rasa sayu je hati ni tengok diorang beribadah macam tuh... Cuba tengok, renung diri kita...adakah kita mampu mencapai iman seperti mereka... 

Dan petang ini, sambungan Jejak Rasul adalah cerita mengenai seorang bekas pejuang semasa Perang Dunia Ke-2 yang masih hidup dan beragama Islam...dalam sedutan tu, naik "rebeh" baju dia sebab bergantung pingat perang dia..badan dah x segagah dulu, jalan pun dah senget...tapi bayangkan la waktu dia muda dulu...Terus laju dalam fikiran aku..bertuahnya orang ni...dah pernah rasa susah perang, pernah rasa aman...kalau Tuhan nak ambil nyawa, ambil la...sebab hidup dia dah terisi dengan berbagai-bagai cerita...Dah bermacam "kesan" yang dia tinggalkan kat dunia ni... Kalau kita...ada tak sesuatu yang kita tinggalkan yang boleh menjadi kebanggan dan memberi kesan yang baik pada orang lain...???

No comments:

Post a Comment