Monday, August 15, 2011

First Try For Kabsah Lamb


Ramadhan ke-13, dengan penuh keayuan berani dan gagahnya, aku cuba untuk masak nasi arab yang sungguh aku dambakan itu. Dengan rasa “kabsah lamb” yang masih menguis2 dalam tekak aku 2 minggu yang sudah, aku try nak buat sendiri..aku cuba tiru rasa kabsah yang aku makan kat saba mut’am haritu… dengan berpandukan gerak rasa lidah, rasa hati, tengok kat internet dia punya ingredient dan cara masak nyer…maka aku cuba buat.

Semua bahan yang aku cari, hampir 90% aku dapat jumpa. Namun ada beberapa item yang aku x dapat jumpa…antaranya lelemak kambing (pegi pasar pun dah pukul 3 petang, orang dah habis borong dah…) dan beberapa bahan rempah..namun xpe, aku cuba guna skill yang aku ada utk cover up apa yang aku x dapat cari….
bahan utama, xde ni, xde la nasi arab...

bawang

herba untuk menumis















Cabaran ketuk-ketuk Ramadhan bermula jam 5.00 petang, sampai rumah, terus je, prep barang…basuh kambing, potong barang apa semua, prep kan rempah2, amek gambar dan mulakan masak… 
tomato kecik...guna tomato besar pun boleh...

Timun...atau lebih dikenali sebagai cucumber..kenal x?

lemon...

lada + cili

inilah hasil nyer...
Masak punya masak, bau telah menjadi..namun dari segi bentuk dan rasa (tang rasa tu, aku dapat rasa masa berbuka ye…bukan rasa time petang tu) agak ada kelainan sikit… 
So, inilah hasilnyer....
First Kabsah Lamb dari ana lahhh....
Secara kesimpulannya, untuk 1st try aku untuk kabsah lamb ni x menjadi walaupun secara “ain nyer” nampak okey...Antara kemungkinan silap yang aku buat adalah,..
1)Merebus daging kambing tidak empuk, xde lelemak kambing dan masa rebusan x lama..
2)Antara rebusan kambing dengan bahan tumis tidak sebati dan tidak mesra (mesra alam sekitar je...he2) kerana sebab no 1 di atas.
3) Terlebih semasa beras di masukkan, that’s why nasi ada sikit melekat, kelihatan juga nasi tidak peroi…
4)Macam terlebih rempah, kerana dapat rasakan nasi melekat bersama rempah…(yang aku makan aritu nampak cantik je…)

So next time, make sure aku x buat lagi kesilapan yang dah dibuat…tapi dalam kepala ni, aku nak try steamkan nasi tu….doakan aku berjaya…

No comments:

Post a Comment