Wednesday, August 3, 2011

Fraser Hill (part 3)

Sampai je Fraser Hill, mata ni terus tertumpu pada landmark dia iaitu menara jam yang tertulis Fraser Hill (depan post office). Sebelum ni cuma dapat tgk org2 bergambar kat situ, kali nih, hambo plak gambar kat situ...ish..ish..(sambil kembang kuncup idung)...

Hah tu dia...lepas gian amek gambar dgn menara jam
Pastu, round2 area situ...ada balai polis lama, klinik, tourism information...Pada aku, org yang nak enjoy2 kat sini x berapa la, tapi kalau org nak tenangkan fikiran, sini la tempatnya...
Budak kecik tu pun bergambar sakan

Depan post office
Ada beberapa tempat dan aktiviti yang boleh dibuat kat sini antara, kayuh sampan, jungle trekking (banyak trail yang disediakan), lenkali boleh trail sendiri..mandi air terjun..dan bersantai....tapi aktiviti tu sume x dapat aku nak buat coz xde "kaki"... 1 lagi,  "equipment" pun x bawak...

Si comel dengan aksi buai
Kami stay kat Rumah Peranginan Persekutuan yang amat besar...pulak2 cuma kami bertiga saja yang menginap..mcm raja pulak! huhu~~ Tempat yang sangat selesa dengan 6 buah bilik, hall dan dining room yang luas..tandas juga luas..kitchen juga luas, complete set siap dengan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, pisau...kira lengkap semua la...tempat BBQ pun ada der....


Rumah Peranginan Persekutuan Fraser Hill
Hall yang luas dan selesa der....
Tempat santap "DIRAJA"
untuk ke tingkat atas

dry kitchen, wet kitchen kat luar jendela tuh...
Time stay kat umah ni, xde dengar bunyi bising apa pun...yg kedengaran hanyalah cicipan burung2 yang berterbangan bebas dan manja..ahaks....Tenang je rasa kepala ni.....walaupun semua barang dapur complete, tapi sayang nyer kami x masak, sebab xtau set barang masak dah tersedia. Kalau x, terang2 aku berasapkan dapur tu dengan grill yang baru dibeli kat ikea...hahahaha.... xpe, lenkali boleh try.....

No comments:

Post a Comment