Tuesday, November 22, 2011

Keputeraan Sultan Johor

Hari ni (22.11.2011) Johor public holiday sempena keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar..Jadi seluruh Johor cuti la...sebagai rakyat Johor, aku bangga tinggal di negeri yang serba melimpah ruah rezekinya..Alhamdulillah...

Sultan juga dekat dengan rakyat... Setiap tahun Sultan Johor akan round 1 Johor untuk tengok perkembangan, kemajuan, kebajikan rakyatnya menerusi program Kembara Mahkota Johor. Untuk aku, secara peribadi, adalah salah seorang rakyat Johor yang bertuah kerana setiap tahun akan berpeluang memasuki istana untuk bertadarus di istana tuanku. Program tadarus ini, akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan bergilir-gilir. Dan setiap tahun gak ada "ole-ole" dari istana yang aku dapat. Best...hahaha...
Dan rasanya, Johor adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang ada tenteranya sendiri, iaitu Timbalan Setia Negeri Johor @ JMF = Johor Military Force...

Dan Tuanku juga adalah penaung kepada skuad elit Komando Tentera Malaysia. Power la... Apapun aku antara beratus ribu rakyat Johor yang ingin mengucapkan "SELAMAT HARI KEPUTERAAN PADA TUANKU SULTAN JOHOR..DAULAT TUANKU"

No comments:

Post a Comment