Tuesday, May 21, 2019

MUNJUNG 2019

Pagi ni siapkan checklist bahan masak untuk munjung ahad ni. U know MUNJUNG? Aku lahiriah bangsa jawa, so munjung ni adalah tradisi orang jawa dalam bulan puasa iaitu pemberian juadah kepada sedara mara dan jiran tetangga untuk berbuka puasa. Untuk rekod2 sebelum ni, list penerima munjung aku hampir 60 orang. 

Dari kecil aku hidup dalam hidup mcm ni. Dari bodoh menyiang ayam, sampai pandai menyiang ayam ni hasil dari munjung la... Dulu arwah mak akan bagi task kat aku untuk menyiang ayam ni. Naik bengkek pinggang aku menyiang ayam ni. Bayangkan la, kalau nak munjung tu hampir 60 buah rumah, maknanya 10 ekor lebih ayam aku kena ngadap..biasa nyer dalam 15-17 ekor aku akan ngadap...

Menu munjung tahun ni 
1 ) Nasi putih
2) Ayam Paprik
3) Sambal Paru

Time masak nanti aku update ok... chawwwwwww....

No comments:

Post a Comment