Friday, April 6, 2012

Binatang / Syaitan / Malaikat.. Mana Satu?

Assalamualaikum.. 

Selamat pagi Jumaat untuk ibu-ibu, bapak-bapak... hahaha.. hari ni penghulu segala hari. Dan bila nak kiamat nanti, juga hari Jumaat. Untuk oghey jantey, mu jangey lupo solak Juma'ak nanti. Jangey pontey-pontey.. hahaha (kecek kelate pulok)..
rasa selesa kalau dalam masjid macam ni kan...
Dan alhamdulillah, hari ni masih belum kiamat lagi. Dan salah satu tanda kiamat hampir tiba adalah turunnya Dajjal. Tapi disebabkan Dajjal tu belum keluar lagi..maka belum la kiamat lagi... Walaupun Dajjal belum keluar, tapi yang macam Dajjal banyak dah keluar kan..!!! Buang bayi la.. (aku lebih suka gelar bunuh bayi).. bunuh la..bakar la...makin teruk manusia ni kan...kekadang tengok muka macam baik je..tapi tak sangka, rupanya macam Dajjal. hehehe...

So hari ni punya tazkirah adalah berkaitan dengan sifat manusia...Terdapat 3 sifat manusia iaitu:
1) Bersifat Binatang
2) Bersifat Syaitan
3) Bersifat Malaikat

Sifat Binatang... makan, tidur, main, "projek", makan, tidur, main, "projek"...kalau tu je la keje nyer, maka kita termasuk dalam kategori sifat binatang la...Jangan la jadi macam tu...

Sifat Syaitan pulak..... mengumpat, memaki, bohong, tipu, merosak, menghasut dan macam-macam lagi yang tak baik...Ha..!! tu sifat syaitan. Ha..kalau yang selalu "kaki kipas" tu, bolehlah masuk kategori ni ye.. ngumpat pun sama... Perumpamaan orang mengumpat ni, macam makan daging saudara sendiri tau...

Sifat Malaikat pulak adalah... patuh, taat, beriman, takutkan Allah dan azab-Nya, beribadat... makna nyer sifat-sifat yang baik la...Semua orang suka.. Kalau mati nanti, malaikat tanya pun sikit je...sebab tak banyak dosa.. untung, malaikat tak tanya pun sebab malaikat dah nampak amalan baik dia lagi banyak dari kejahatan.

Secara fitrah nyer, Tuhan jadikan kita manusia yang baik. Suka pada kebaikan. Tapi banyak anasir yang menghasut ke arah kejahatan yang menjadikan manusia lupa akan kebaikan. Hilang kewarasan akal maka akan jadilah macam-macam kat dunia ini. Alahai....



Tuesday, April 3, 2012

Hari Buku Kanak-Kanak Sedunia 2012

Semalam 2 April 2012 adalah Hari Buku Kanak-Kanak Sedunia... Aku tau time on d way ke ofis semalam kat radio. Ohhh.... (dalam hati baru tau).. Tak lain tak bukan adalah untuk menggalakkan kanak-kanak untuk minat dan suka membaca. Kempen ni takkan berjaya kalau kita tak join sama. Walaupun nampak macam global bunyi Kanak-Kanak Sedunia tu, tapi sebenarnya bukan kita tak boleh join, kita boleh join gak.. 

So semalam, sampai je ofis, aku bagitau ofismate, tentang hari buku kanak-kanak sedunia. Tengok muka they all's macam pelik je. Ada yang tak tau pun ada hari tu. Takpe la.. so aku terus nyanyi promosi kat situ jugak, minta they all's beli sebuah buku then bagi kat budak-budak sebagai tanda sokongan untuk program tu. Walaupun dalam hati aku dah agak dah, they all's tak nak beli punya.. Tapi untuk aku, aku nak buat. Sebab, pada aku, menyemai suka dan minat membaca ni, memang perlu dari kanak-kanak. 

So, on d way balik rumah semalam, singgah berhenti kejap kat Pekan Nanas cari buku untuk Aufa. Moga apa yang aku buat ni, sikit sebanyak mampu menarik minat Aufa pada buku. Walaupun Aufa tu kecik lagi, at least kalau dia tengok, dia akan simpan gambar dan ejaan dalam buku tu ke dalam sub-consious mind dia. Dan boleh recall semula apabila diperlukan kelak. Hmm.. harap nyer macam tu lah...


Ok lah...untuk u all's, jangan malas-malas membaca ok. Knowledge Is Power!!!

Monday, April 2, 2012

Training Course 2012

Bidang latihan pembangunan manusia,.. itulah minat dan kecintaan aku.. Rindu that moment.. Sama-sama build up diri dan peserta. Kalau peserta yang datang tu hebat, kita kena lagi hebat. Kita cabar diri sendiri untuk capai satu momentum yang boleh nampak pada diri sendiri dan norang lain. Best..!!!

Alhamdulillah, rezeki untuk "turun padang" dapat juga aku rasai untuk tahun 2012 ni. (hope boleh dapat lagi).. Dari info awal yang aku terima, peserta yang akan hadir 80 orang, tapi malam sebelum hari kursus, peserta yang confirm datang cuma 24 orang je.. Pada aku tak kisah, biar yang datang cuma itu bilangannya, tapi  moga yang hadir tu nanti memang benar ikhlas niat datang untuk belajar sesuatu.

Peserta kali ni adalah pelajar dari Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Dengan nama program Kem Inspirasi Diri, semoga dengan sedikit perkongsian dalam kursus itu nanti mampu memberi kepada diri aku dan peserta juga. Dari jauh aku datang ke Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dickson untuk menjayakan latihan tu. Bersama training team yang baru, pengalaman yang baru pasti aku lalui. Aku juga belajar dari semua orang. Pada aku, apabila seseorang itu mengatakan dia itu pandai, maka segala ilmu yang dia ada, akan hilang dalam diri. Takut nyer.. (janganlah aku termasuk orang yang macam tu)...

Peserta latihan
Alhamdulillah, latihan dapat disampaikan tanpa sebarang masalah. Penghargaan terima kasih pada my best fren Apau (Mohd Fauzhi Saip) yang bagi aku peluang untuk handle program ni bersama team EKA Advanture.. Walaupun program tu hanya sehari, at least hilang rindu aku pada "training" .. Terima kasih juga buat Brother Azmie selaku Training Manager.. Moga permulaan ini menjadi satu hubungan yang simbiosis dalam bidang latihan pembangunan manusia ini. Jumpa lagi u all's...