Thursday, January 14, 2016

SEBU JE RASA..

Dah masuk 2 hari perut ni rasa x selesa. nak kata makan bnyak, mkn nasi setengah senduk je. Kembung semacam je perut aku ni. Tak tau apa punca. pg tadi dah minum air milo dengan campuran sarbat..

Petang td gagahkan diri gi gym kot2 boleh settle kembung angin perut aku ni.. Walaupun peluh mencurah tp masalah x settle lg..

Time maghrib td, sekali lg minum air sarbat. Tapi yg betul2 halia lah...nampak skrg (jam 22:54 ni) ada nmpk sendawa n kent*t2 lahh....tp perut still kembung. (aku ni kena santet ke..!!?? Gulp..!!).. selisih harap2 dijauhkan..

Wednesday, January 13, 2016

TAHUN 2016 & AZAM AKU

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2016. Entri pertama ditahun baru. Dah masuk hari ke-13 untuk tahun 2016. Agak terlewat sebenarnya kan..

Untuk tahun 2016 ni, sasaran kerja aku, aku dah setting tapi untuk azam aku secara personal belum habis set lg. One of the azam aku yg personal adalah nak kempiskan skit perut aku yang cute ni...hahaha.. nyampah betul dgn lemak2 yan masih melekat kat perut ni.

Dan malam tadi, aku nak tambah satu lagi azam aku lepas dgr tazkirah ustaz kat masjid. Aku azam dalam sehari aku mesti dan paksa diri aku untuk selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 100x sehari... dosa aku dah la banyak tp nk buat kebaikan pn susah. Mulut ada tp kurang berselawat.

So dengan ini, aku dah ada 2 azam yang pasti aku na target untuk 2016 ni. Moga kekal istiqomah...... Inshaallah..