Monday, April 13, 2015

MIMPI ITU MASIH MENGHANTUI KU..

Setiap dari kita punya perjuangan. Apa yang diperjuangkan, ke mana arah perjuangan, itu masing-masing punya jawapan. Entah kenapa, teman seperjuangan aku kerap hadir dalam mimpi aku dalam seminggu dua ni. Tak tahu kenapa. Dengan hadirnya dia dalam mimpi ku, membuatkan rasa rindu pada nya pun menjelma. Apakah maksudnya..!!?? Dia dalam kesusahankah? Dia perlukan bantuan dari akukah? Dia pernah susah bersama ku, dia pernah menangis bersama ku, KAMI punya perjuangan yang sama namun perjalanan kami terpaksa dipisahkan kerana keterbatasan masa. Moga Allah permudahkan perjalanan hidupnya kini dan sentiasa dirahmati. 

Monday, April 6, 2015

GUNUNG ARONG, MERSING - Part 3 (Last Episode)

Mendaki di waktu tengah hari amat menguji kekuatan mental & fizikal. Sebenarnya budak 'guide' tu dah bagi option pada kita orang samada nak jalan naik kereta dulu atau hanya berjalan kaki. Untuk sampai kaki gunung tu perlu jalan kaki lebih kurang 1km. Tapi kami pilih untuk jalan kaki je sebab konon nyer nampak thrill, tapi sebenarnya agak memenatkan berjalan waktu tengah hari dengan terik matahari. Orang lain mungkin tiada masalah, tapi aku dgn 'batgirl' terpaksa dukung 2 orang anak kami. Macam biasa, pak nyer akan dukung yang besar (Aufa), Mak nyer plak akan dukung yang kecik (Abdah) ditambah plak dengan bag ration kami. 

Gunung Arong ini sifatnya mendaki dan terus mendaki. Jarang jumpa kawasan yang mendatar. So nak tak nak, step by step la.. Kata kunci, control your breathing, mind & SABAR. Sepanjang pendakian, banyak kali berhenti sebab, cik Abdah ni mengaruk sebab tak nak pisah dengan mama dia. Yang mama dia pulak dah ciitt..ciiitt.. pancit... Dan alhamdulillah... Aufa time naik ni tidur je. So takdelah aku risau sangat. Lastly Abdah terpaksa gak berpisah dengan mama dia.. (TQ Kak Ipah cz tolong dukung Abdah) walaupun terpaksa melolong-lolong nangis.. (tapi akhirnyer berpindah tangan kat aku coz takleh nak control abdah.) So Aufa terpaksa bangun dan berjalan dengan kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, aku tak 'pancit' sepanjang pendakian, cuma tapak kaki sedikit rasa tidak selesa sebab kasut yang aku pakai, tapak nyer dah tipis. Banyak kali pijak akar pokok. Tu yang tak best... 

Dan selepas hampir 1 jam 30 minit, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Arong...(kalau fit cuma 45 minit untuk sampai puncak kata budak guide tu) Alhamdulillah.. Horaayyyy !!!!!... dah sampai...!!! 

Batman's family..(sayap time malam je..hehehe)

Our team

Honestly.. aku tak expect yang Gunung Arong ni punya view. Rupanya Gunung Arong ni punya view yang SANGAT CANTIK... Ia sangat berbaloi untuk didaki..

Dah lama rasa nyer tak menyaksikan keindahan alam dari atas gunung.. Hilang rasa penat lelah mendaki bila lihat keindahan ciptaan Tuhan. Itulah detik yang aku paling suka bila mendaki ni. Banyak pengajaran yang boleh diambil.  

Jom layan gambar..









Kami stay kat atas puncak lebih kurang 40 minit. Perjalanan turun kami sebenarnya berlainan dengan jalan naik. Kami akan melalui teluk  dan pantai. Cuma nyer kami tak snap gambar sebab anak-anak dah mula penat. So terpaksa dukung diorang sampai sampai ke base camp. Sampai base camp lebih kurang 1900 hours. 

GUNUNG ARONG, MERSING - Part 2

Bergerak keluar rumah jam 0630 hours sebab perlu berkumpul di Klinik Kesihatan Kulaijaya sebelum jam 0700 hours, dan kami sampai jam 0710 hours. Lewat 10 minit. Tapi baru satu keluarga yang menanti. So menunggulah yang lain-lain. Sementara tu Mr.Faizal (MA Hosp Kulaijaya) bagi-bagi bfast nasi lemak. Masih hangat, berat tapi 'kosong'. Macam manusia, pakai baju tapi tak pakai seluar. hahahaha... Makna nyer nasi lemak tu cuma nasi, sambal, telur rebus separuh biji, tanpa kacang tanah, ikan bilis dan timun.. Tapi harga macam dapat semua pakej nasi lemak. Haru betul... hahahaha... Tapi aku tak makan sebab tak lapar lagi, lagipun nak drive, takut mengantuk plak. Lastly kami ETD ke Mersing at 0820 hours. 

Sampai di Telok Gorek (kampung yang ada di kaki Gunung Arong) lebih kurang 1130 hours. Set up khemah's. Rileks jap dan terus bersolat Jumaat. Time ni la kejadian misteri menerpa diri aku, sebab time dengar khutbah tu, tetiba khatib yang baca khutbah tu 'hilang' dari pandangan. Cuma dihujung khutbah tu dia 'muncul' semula. Tapi aku pasti, kenapa khatib tu boleh 'hilang'... sebabnyer... aku 'tertidur'.. hehehehe.. 

Lepas solat, acara 'yamseng' .. hehehe.. alas perut dulu..


Makan..makan..
Cuaca terik jangan cakap ler.. memang terik der..Subhanallah... Sebelum hiking kami baca doa dulu..(moga dipermudahkan segala). Seorang guide jaga kita orang. Pakai selipar je budak guide tu.. Dah biasa la tu.. tu yang pakai selipar je... 

Waduh..ganteng mas..!!! bisa jadi pacar nih..

Acara wajib

Itik pulang petang...(walupun baru nak gerak)
Pendaki termuda kali ini adalah cik komando kita... 'RIZQ NUR ABDAH' yang berusia 1 tahun 2 bulan (ketika itu). Menurut pengusaha chalet tempat kita orang stay tu, ABDAH adalah kanak-kanak pertama dan terkecil yang pernah mendaki Gunung Arong tu. Cayalah Abdah...!!!!  New Record for you...!!!!

Aufa, Abdah & Mama...dengan air 100plus..
Dan inilah dia...Gunung Arong dari kejauhan...



GUNUNG ARONG, MERSING - Part 1

Assalamualaikum...

Mersing tempat dituju untuk kali ini. Dan destinasinya adalah Gunung Arong. Dah lama sebenarnya tak hiking ni. Dulu tiap-tiap tahun aku naik Gunung Ledang kat Muar tu. Untuk ke Gunung Arong ni, sebulan sebelum pergi, aku dah training sikit2, stamina & strenght perlu jitu kalau nak hiking. Lebih-lebih lagi kalau dah lama tak mendaki ni. Walaupun dikhabarkan Gunong Arong ni tak la tinggi mana, namun persediaan perlu ada. Mental & fizikal mesti mantop!!

Terima kasih pada En. Adi (Pegawai Kesihatan di Johor Bahru) kerana bagi peluang aku join korang. Semua geng-geng kali ni tak pernah bersua muka, tak pernah kenal namun sangat frenly dgn aku. Geng-geng ni antaranya doktor-doktor & MA (Medical Assist.) dan they all kebanyakkan nyer dari Kulai dan beberapa geng dari luar. Kami semua naik Gunung Arong ni pada 19 September 2014 (dah lama pegi tapi baru masuk entri) hehehe... 

Dan untuk pertama kali nyer.. batgirl dan 2 anak 'batman' ikut join sama. New experience untuk they all. Hahahaha.. habis la ko batgirl. Saje nak ragging ko...!!!!

Tempat kami berkhemah... 5 star hotel!!! hahaha...


Batman's family in the cave!


Thursday, April 2, 2015

DARI BR1M DIA DATANG, KEPADA GST DIA PERGI

Hahahaha.. 

Ekonomi negara bukan di bawah bidang kuasa aku... namun sebagai rakyat biasa yang lahir tumpahnya darahku di bumi Malaysia yang aku cintai ini juga turut menyumbang kepada ekonomi negara. Jangan tanya berapa ringgit yang keluar poket aku untuk bayar cukai dalam negara, tapi yang penting aku juga membayar cukai yang ada dalam negara ini. 

Secara peribadinya, aku tak sokong GST 6% yang diarahkan oleh kerajaan. Terus terang cakap ni. Biarlah orang nak hentam aku ke.. nak ejek aku ke.. nak kata bodoh ke.. tapi aku tetap tidak setuju. Dan paling menyakitkan hati adalah ada pak menteri yang sanggup keluar statement yang kata cukai GST ini tidak membebankan rakyat. BETUL KE..!!?? Tolonglah rakyat yang tidak berkemampuan. Kalau ada yang kata, "kan dah ada bantuan BR1M..!!! tu kerajaan dah tolong lah...",  Itu tidak aku nafikan, namun bantuan BR1M itu tidak tepat pada 'sasaran'.  Ada saksi kata, masa pengambilan BR1M yang pertama dulu, yang datang ambik BR1M tu siap datang naik Toyota Alphard, Vios dan lain2 kereta mewah. Jadi bagaimanakah ketelusan bantuan tu...


VS










Suara 'kecil' aku ni tiada mendatangkan apa makna. Namun ini adalah rintihan rakyat marhaen yang datangnya bukan dari golongan bangsawan atau anak-anak pak menteri. 'Survival' hidup mesti diteruskan. Setuju atau tidak setuju, aku kena telan walaupun pahit. Moga 'pahit' itu menjadi 'turning point' untuk aku berubah ke arah yang lebih positif untuk lebih rajin berusaha bagi memantapkan ekonomi keluarga agar isteri dan anak-anak aku tidak mati dek tak makan. 

Terima kasih Allah kerana aku tinggal di Malaysia yang aman...

Wednesday, April 1, 2015

MENANGIS DALAM HUJAN

Antara doa yang dimakbulkan Tuhan adalah ketika turunnya hujan...

Hujan...satu kurniaan rahmat dari Tuhan kepada hamba-Nya... Menghidupkan yang mati, menyuburkan yang tandus, membasahi yang yang kontang...

Namun ada juga yang mengambil kesempatan di kala hujan turun dengan melepaskan perasaan sedih, kecewa dan luruh hati... Berjalan dan MENANGIS DALAM HUJAN... aku suka ayat itu. Berjalan seorang diri, tubuh dibasahi air hujan sambil air mata mengalir dicelah kelopak. Orang lain memerhati, jasadnya basah tetapi hatinya lebih pasrah, juga agar orang lain tidak tahu tika itu juga airmata sedih mengalir. Jadi tiada salahnya sesekali begitu kan...

Aku tiada pengalaman itu dan tiada kenangan itu, tapi aku dapat rasa, bila hati disakiti, dilukai dan dikhianati dan saat itu kita berjalan dalam hujan, pasti mampu mengurangkan rasa berat hati yang sarat dengan berat dugaan menjadi lega dan rasa lapang di dada..