Sunday, March 29, 2015

BARU DAPAT 'NAFAS' DER...

 Assalamualaikum Dunia...

"Orang kaya pun tercekik der.." dialog Kassim Baba cerita P. Ramlee

Hahahaha.. rindunya nak berblog. Lupa password punya pasal, tergendala semua cerita. Sekarang dah nak masuk bulan April. Maknanya lebih 9 bulan tak menulis blog ni. Banyak juga cerita yang hendak di kongsi. Tak kira lah samada dengan pembaca mahupun sebagai catatan my personal. 

Sebenarnya, baru lepas 'tercekik' ni.. hahahaha...BARU DAPAT NAFAS DER..Biasalah, kalau dah dapat gaji awal, beli sana beli sini, hujung bulan nak keruk sana, keruk sini. Punca nyer Chinese New Year hari tu. Walaupun takde berbelanja besar, tapi rasa-rasa nyer, kos sara hidup yang semakin meningkat sedikit sebanyak terasa juga tempias harga-harga barang yang kian meningkat dalam perbelanjaan harian.  Tapi ni lah dia realiti yang perlu dihadapi dalam hidup. Kalau kata kita susah, ada orang lain yang lebih susah dari kita. Kunci nyer bersyukur...

Dan sebagai perkongsian, dalam sejarah hidup aku, adalah buat pertama kalinya pengalaman dapat tengok pemakaian ke-Mahkota-an Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dah banyak kali sebenarnya aku dapat tengok tuanku depan-depan ni... Tapi pemakaian kemahkotaan ini jarang dapat dilihat. Hatta orang-orang zaman dahulu pun tak dapat menyaksikan upacara ni. Mungkin cuma dapat tengok dari surat khabar je, tapi kini, kat TV live kita dapat tengok. Untung ler orang-orang sekarang ni kan...  

Menjunjung Kasih Tuanku...
Credit to Google Pic


Thursday, March 19, 2015

MACAM NAK NANGIS

Assalamualaikum semua...
Pening kepala dan naik stress di buatnyer... Gara-gara lupa password blog sendiri.. Monyetkan..!! Alhamdulillah.. dah settle.. lepas ni boleh la berblog lagi... banyak story i nak share...