Sunday, September 6, 2015

BUDAK KOMANDO KENA TAHAN WAD

Dia ni memang budak yang sangat berani, ligat, kuat, aktif walaupun dia tu pompuan.

Tapi... ni lah kali pertama nampak dia betol-betol collapse, lemah dan tak berdaya. Asal nyer demam tak kebah-kebah. Rasa nyer hampir 4 hari tak baik-baik. Lastly bawak la budak ni gi klinik desa untuk check apa sebab. Lepas check, KD minta kami refer to Klinik Kesihatan plak. Kalau dah bawak ke KK, memang jenuh la kami menunggu. Punya la ramai manusia yang datang check. 


Lastly, KK minta kami refer ke Hospital Daerah plak. Ini budak telah kena ANEMIA. Kekurangan zat dan kekurangan sel darah merah. Mana tak lemah budak ni, dekat 4 hari tak makan apa pun. Tu yang takde zat. So menginap lah awak kat hospital ye RIZQ NUR ABDAH. Untuk pertama kali nyer Abdah admitted hospital
On Listing
Bad no B13
2nd Day.. masih demam dan sangat lemah.. nak babai pun x larat

punya lemah makan biskut tiger sambil baring
Sungguh lemah.. demam pun on-off
Sedut 'nab'.. daripada meronta sampai dah boleh duk diam2..  bagusss!!
Tapi Alhamdulillah.. Masuk hari ke-4, lepas masuk air, makan ubat tambah darah, Abdah makin berselera nak makan. Demam juga dah kebah. Hari ke-4 pagi tu, aku hantar bfast untuk mama ryna n abdah. Untuk abdah aku belikan bubur ayam, untuk mama Ryna pulak nasi ambeng..Tapi Abdah dah 'rembat' nasi ambeng mama. Walaupun pedas, dia tetap nak nasi ambeng tu. Alhamdulillah.. perubahan yang sangat +ve..


makan nasi ambeng sambil tengok cartoon kat fon... (tekak jawa btol budak ni)

Dan masuk hari ke-5 Alhamdulillah dah boleh discharge. Dah main2 kat hospital, dah keluar suara besar dia. Dah boleh jerit "Ayuh Johor...!!!" (Lagu BOS- Boys Of Street). Moga terus sihat ye sayang..
Pagi hari sebelum discharge.. dah boleh main sdiri
Terima kasih untuk semua yang sudi hadir melawat Abdah, Moga doa kalian terus mengiringi kesihatan dan kesejahteraan RIZQ NUR ABDAH.

SALAM KEMERDEKAAN

Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan..!!

Merdeka..!!Merdeka..!!Merdeka..!!

Namun adakah benar-benar kita telah merdeka...

Hanya kita yang punya jawapan itu..

Wednesday, July 15, 2015

BENDA YANG BAIK AKAN DIKENANG

Salam Ramdhan..

Hari ni hari ke-28 Ramadhan. Kalau ikut perkiraan tahun ni kita berpuasa selama 29 hari. Makna nyer tinggal esok sahaja untuk kita berpuasa. Ramadhan akan meninggalkan kita untuk sementara waktu. Adakah kita akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang. Wallahua'lam.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, perlulah kita berdoa, agar amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan kali ini diterima Allah dan diberikan ganjaran oleh-Nya.

Petang semalam, lepas prepare juadah berbuka puasa, ambil masa sekejap menziarahi pusara mak dan anak 'lanang' aku. Yang menjadikan aku terpanggil ke sana sebab, pagi tadi ada kematian kat kampung, tapi tak berkesempatan untuk sama mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan. 

Arwah yang aku ziarah pagi tadi, terlibat dengan kemalangan jalanraya semalam. Mula-mula aku tak dapat bayangkan wajah arwah tu.. tapi lepas borak-borak dan tanya-tanya orang, rupanya arwah ni aku kenal sangat. Dan aku perasan, arwah rajin datang ke masjid semenjak dua menjak ni, kira sebulan sebelum puasa dan dalam bulan puasa ni dah beberapa kali aku jumpa dia. Sebelum ni aku cuma senyum dan bertegur sape mcm tu je dengan arwah, tapi tak pulak bertanya nama. Orang nyer hensem, ala mamak, baik dan suka senyum bila jumpa aku. 

Tapi apa yang aku perasan pada arwah adalah pada hari Jumaat yang lepas (3hb April 2015). Apabila Imam 1, minta aku ganti dia untuk naik mimbar baca khutbah, masa aku baca khutbah tu, aku dapat perhatikan arwah ni pandang dan tenung lama pada aku. Kalau orang lain, tengok sekejap-sekejap aje. Tapi dia pandang aku lama sekali.. Mungkin itu kenangan yang dia nak tinggalkan kat aku...

Untuk arwah mak dan anak lanang aku... Macam biasa budak 2 orang yang kepoh ni, suka datang main kat kubur. Aufa dah lancar baca fatihah. So kalau baca fatihah, dia akan join sekali.Untuk abdah plak, suka korak-korek tanah atas kubur tu. (Hishh... budak ni)
2 beradik tu tgh main goyang2kan batu nisan

Anak lanang aku 
"Mak... rindu mak.. isk..isk..isk.."
main pokok atas kubur abang naufal
Suka la tu dapat main
Tengah bersihkan kubur nenek

Tuesday, July 7, 2015

AZAN TERAKHIR BILAL


Salam Ramadhan ke-20.. Pagi hari tadi aku dapat satu kisah yang aku rasa sangat pilu dan menyentuh hati. Subhanallah...Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Wa'ala ali saidina wamaulana Muhammad...

Semenjak Rasulullah SAW wafat, Bilal menyatakan bahawa dirinya tidak akan mengumandangkan azan lagi. Ketika Khalifah Abu Bakar memintanya untuk menjadi muazin kembali, dengan hati pilu nan sendu Bilal berkata, “Biarkan aku hanya menjadi muazin Rasulullah sahaja. Rasulullah telah tiada, maka aku bukan muazin siapa-siapa lagi.”

Abu Bakar tidak dapat mendesak Bilal untuk kembali mengumandangkan azan. Kesedihan sebab ditinggal wafat Rasulullah terus mengendap di hati Bilal. Kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Madinah, Dia ikut pasukan Fath Islami menuju Syam dan kemudian tinggal di Homs, Syria.

Lama Bilal tidak mengunjungi Madinah, hingga sampai pada satu malam, Rasulullah hadir dalam mimpinya dan menegurnya, “ Ya Bilal, Wa maa hadzal jafa?” (Wahai Bilal, mengapa engkau tidak mengunjungiku? Mengapa sampai seperti ini?)

Bilal bangun terperanjat, segera dia mempersiapkan perjalanannya menuju ke Madinah, untuk menziarahi makam Rasulullah SAW. Sekian tahun sudah Bilal meninggalkan Madinah.

Setibanya di Madinah, Bilal bersedu sedan melepasi rasa rindunya pada Rasulullah, pada sang kekasih. Saat itu dua pemuda telah menginjak dewasa mendekatinya. Keduanya adalah cucu Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Hussin. Dengan mata sembab oleh tangisan, Bilal yang kian beranjak tua memeluk kedua cucu Raslullah tersebut.

Salah satu dari keduanya berkata kepada Bilal, “Pakcik, mahukah engkau sekali lagi mengumandangkan azan untuk kami? Kami ingin mengenang datuk kami.”

Ketika itu, Umar bin Khattab yang telah menjadi khalifah juga sedang melihat pemandangan mengharukan itu, dan beliau juga memohon kepada Bilal untuk mengumandangkan azan, meskipun hanya sekali sahaja.

Bilal pun memenuhi permintaan itu. Saat waktu tiba masuk solat, Bilal naik pada tempat dahulu biasa dia azan pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mulailah dia mengumandangkan azan. 

Saat lafaz “Allahu Akbar” dikumandangkan olehnya, mendadak seluruh Madinah senyap, segala aktiviti terhenti! Semua terkejut, suara yang telah bertahun-tahun hilang, suara yang mengingatkan susuk nan agung, suara yang begitu dirindukan itu telah kembali.

Ketika Bilal melaungkan “Asy hadu Alla Ilaha Illallah…” seluruh isi kota Madinah berlarian ke arah suara itu sambil berteriak, bahkan para gadis dalam pingitan mereka pun keluar.

Dan saat melaungkan “Asy hadu Anna Muhammadar Rasulullah” Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Rasulullah, Umar bin Khattab yang paling keras tangisannya. Bahkan Bilal sendiri pun tidak sanggup meneruskan azannya, lidahnya tersekat, airmatanya berderai laju. Hari itu Madinah mengenang masa saat masih ada Rasulullah diantara mereka.


Hari itu adalah azan pertama dan juga yang terakhir bagi Bilal setelah Rasulullah wafat. Azan yang tidak dapat dihabiskan.  

Tuesday, June 23, 2015

PROGRAM TADIKA AGAMA JOHOR DAERAH BATU PAHAT

Mukadimah….



Aku berjalan seorang diri dalam arena ini. Mengerah kudrat demi perjuangan yang tiada penghujung. Mengapa hendak berhenti jika kita sudah bermula. Tiada paksaan melaksanakannya, namun jika rasa tanggungjawab telah digalas, maka laksanakan dengan penuh ikhlas. Ganjaran bukan mutlak segala, namun kepuasan menjadi agenda. Melihat khalifah mencari ilmu, menitis ilmu kepada umat. Kerana Nabi sudah bersabda, sampaikan ilmu walau seayat.

Peluang diberi kepada aku untuk berkongsi ilmu. Majlis Guru Tadika Agama Daerah (MATAD) Batu Pahat, memberi kepercayaan kepada aku untuk menjalankan program latihan PROGRAM UKHUWAH & KECEMERLANGAN untuk guru-guru Tadika Agama Johor daerah Batu Pahat. Lokasi latihan adalah di Telok Gorek Chalet & Camp Site, Mersing, Johor dari 1 hingga 3 Jun 2015 yang lalu.
Chewah...!! 
Haa... Cakap! jangan tak cakap..!
Buek cantik-cantik yo...
iyah..iyah,..iyah...
Suka nyer..
Kena denda la tu..
Sekali lagi aku menguruskan latihan ini secara ‘solo’. Sebelum ini, pernah juga menjalankan secara solo, namun adalah lebih cemerlang jika ianya dijayakan dengan 2 atau 3 orang dalam training team ni. Jumlah peserta tak ramai, 42 orang je. Bukan tak panggil kawan-kawan training team untuk join sama dalam training ni, tapi ada yang tengah sibuk bekerja (sebab program nak sambut Ramadhan) ada tu pulak yang duk busy daki Gunung Kinabalu tu.. So terpaksalah aku sorang-sorang. Namun Alhamdulillah… program latihan berjalan dengan baik tanpa ada masalah.


Ohhhh...

Penghargaan terima kasih kepada Majlis Guru Tadika Agama Daerah (MATAD) Batu Pahat dan AJK Tertingginya Pn Noraziah (Pengerusi), Cik Nurul Farah (Timb Pengerusi), Cik Zuraidah (S/U), Cik Norfadilah (Bendahari) dan En. Rafee (AJK) yang banyak memberi feedback yang baik sepanjang projek ini mula dirancang hingga selesai program. Tidak lupa juga kepada Tn Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat, Tn. Hj. Musa Omar yang turut hadir memberi sokongan moral kepada peserta dan juga sudi merasmikan majlis penutup dalam program itu. 


Terima Kasih


Monday, June 22, 2015

HARI BAPA 2015

Ramadhan Kareem ke 5...

Semalam sibuk dalam fb orang wish selamat HARI BAPA pada bapa masing-masing. Hmmm.. itu cara masing-masing nak celebrate hari bapa la kan.. untuk aku aku menggelarkan bapa aku tu BAPAK..!! Darah jawa, itulah yang mengalir dalam tubuh kami sekeluarga. Tapi kalau ikut susur galur belah bapak aku ni, mereka ada dari keturunan Siam..! (Thailand). Bapak aku punya alkisah lah.. Mereka datang dari siam ke tanah melayu dan berkahwin dengan my grand-grandfather dari tanah jawa. So tercetuslah mix-blood.. hahahaha.. kiranya aku ni ada pan-asia la ye.. lah sangat!! haha..

Ok, honestly aku dgn bapak aku ni kurang rapat. Tak tahulah pasal apa.. takde gaduh2 pn.. maybe aku dulu lebih rapat dengan arwah mak kot.. tu yg jadi mcm tu. Tp sebenarnya, masa aku kecik, aku rapat dengan bapak sebenarnya. Aku lebih ingat time bapak aku henjut aku dalam buaian. Buai aku masa aku kecik tak guna spring pun, just goyang depan belakang je. Tapi kalau time bapak aku buai aku, dia akan cekak buai aku bawah besi buai tu, then dia akan hayunkan aku. Rasa best sangat.

Namun persamaan aku dengan bapak, banyak sebenarnya!! Bapak adalah tukang gunting rambut, dan aku pandai menggunting rambut, bapak aku player badminton masa muda dulu, begitu juga aku... bapak seorang pembuat rojak tauhu yang hebat!! dan aku juga boleh!! bapak seorang yang kelakar, aku pun! ( rasa-rasa nyer lah)... Bapak seorang yang meminati lagu ghazal, aku pun! siap wakil sekolah lagi..vocal lelaki tau.. Bapak seorang yang tak banyak cakap..dan aku pun macam tu..!! Dan bapak seorang yang penyabar... dan aku pun tergolong dalam golongan tu.. (hehehe..)

Dan aku bersyukur sangat-sangat, walaupun bapak aku didik aku bukan cara didikan yang garang, tapi kami satu family respect kat dia. Sampai sekarang dalam usia 80 tahun, bapak masih lagi sihat, masih jelas penglihatannya, masih berselera makan, boleh berkebun sikit-sikit.. takde sakit kronik yang menghantuinye...Alhamdulillah...

Terima kasih Allah menghantarkan penjaga-Mu kepada ku sehebat 
.
.
.
.
.
.
HAJI BULKIN BIN HJ JAILANI

Nampak... Selera dia dah datang..!!!! Jempol!!

DAN AKU.. TAK TAHU LAGI MACAM MANA NASIB AKU BILA TUA KELAK...
.
.
.
.
.
Kasi otai amek lauk dulu, aku selfie.. kalau tak kena daulat.!!!



Sunday, June 21, 2015

MANA LEBIH BANYAK, AMALAN? vs BERBUKA?

Assalamualaikum...

Ibu-ibu, bapak-bapak, sodara-sodara.. 



Alhamdulillah.. Allah berikan aku peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan kali ini. Ramadhan bagi tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi. Syukur sangat-sangat. Ini bermakna Allah masih berikan aku peluang untuk aku menambah amal ibadah, lebih mendekatkan diri kepada-Nya, dan juga diberi kesempatan untuk bertaubat akan segala dosa-dosa yang lalu. Alhamdulillah..

Hari ini hari ke-4 Ramadhan. Sudah 3 hari bercuti start hari Khamis (18 Jun 2015). Johorean cuti umum Khamis 18 tu sebab Johor mengambil 1st Ramadhan sebagai cuti umum. Disambung pula dengan cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. So hari ni dah naik bekerja semula... Ok lah.. Kalau tak, pukul 10.00 pagi baru bangun beb.. Gila lah.. lama tak buat pe'el ngarut bangun-bangun lambat ni. 

Semoga Ramadhan kali ini, adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Tahun ni aku takde aim apa, cuma akan ikut flow kekuatan aku dalam beribadah. Tahun ni juga, tanggungjawab aku dibulan ramadhan semakin bertambah. Dah tak boleh nak ponteng-ponteng tarawih. Bukanlah sebelum ni aku saja-saja nak ponteng, tapi macam tahun-tahun yang sudah, aku lebih banyak buat 8 rakaat berbanding dengan 21 rakaat. Aku terpanggil untuk laksanakan tarawih ini dengan lebih baik dan sempurna. Ye  lah.. dengan umur dah masuk 3 series ni, takkan amal ibadah macam zaman budak-budak dulu. Malulah kan... so cuba upgrade la 'performance' tu agar nampak lebih matured gitu. 



Terbaca dalam fb aritu, seorang sahabat nabi menangis-nangis semasa hendak berbuka puasa.. antara kata-katanya yang menjadi kesedaran pada aku...

"Sungguh banyak sekali juadah berbuka ini, tapi ibadah aku tidak banyak, sedangkan Rasulullah berbukanya sangat sedkit, tetapi amalannya sungguh banyak"

Allahu Akbar..!!! Sungguh menusuk beb!! tepat pada sasaran.. Aku sangat terasa... Korang terasa tak!!??

Monday, April 13, 2015

MIMPI ITU MASIH MENGHANTUI KU..

Setiap dari kita punya perjuangan. Apa yang diperjuangkan, ke mana arah perjuangan, itu masing-masing punya jawapan. Entah kenapa, teman seperjuangan aku kerap hadir dalam mimpi aku dalam seminggu dua ni. Tak tahu kenapa. Dengan hadirnya dia dalam mimpi ku, membuatkan rasa rindu pada nya pun menjelma. Apakah maksudnya..!!?? Dia dalam kesusahankah? Dia perlukan bantuan dari akukah? Dia pernah susah bersama ku, dia pernah menangis bersama ku, KAMI punya perjuangan yang sama namun perjalanan kami terpaksa dipisahkan kerana keterbatasan masa. Moga Allah permudahkan perjalanan hidupnya kini dan sentiasa dirahmati. 

Monday, April 6, 2015

GUNUNG ARONG, MERSING - Part 3 (Last Episode)

Mendaki di waktu tengah hari amat menguji kekuatan mental & fizikal. Sebenarnya budak 'guide' tu dah bagi option pada kita orang samada nak jalan naik kereta dulu atau hanya berjalan kaki. Untuk sampai kaki gunung tu perlu jalan kaki lebih kurang 1km. Tapi kami pilih untuk jalan kaki je sebab konon nyer nampak thrill, tapi sebenarnya agak memenatkan berjalan waktu tengah hari dengan terik matahari. Orang lain mungkin tiada masalah, tapi aku dgn 'batgirl' terpaksa dukung 2 orang anak kami. Macam biasa, pak nyer akan dukung yang besar (Aufa), Mak nyer plak akan dukung yang kecik (Abdah) ditambah plak dengan bag ration kami. 

Gunung Arong ini sifatnya mendaki dan terus mendaki. Jarang jumpa kawasan yang mendatar. So nak tak nak, step by step la.. Kata kunci, control your breathing, mind & SABAR. Sepanjang pendakian, banyak kali berhenti sebab, cik Abdah ni mengaruk sebab tak nak pisah dengan mama dia. Yang mama dia pulak dah ciitt..ciiitt.. pancit... Dan alhamdulillah... Aufa time naik ni tidur je. So takdelah aku risau sangat. Lastly Abdah terpaksa gak berpisah dengan mama dia.. (TQ Kak Ipah cz tolong dukung Abdah) walaupun terpaksa melolong-lolong nangis.. (tapi akhirnyer berpindah tangan kat aku coz takleh nak control abdah.) So Aufa terpaksa bangun dan berjalan dengan kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, aku tak 'pancit' sepanjang pendakian, cuma tapak kaki sedikit rasa tidak selesa sebab kasut yang aku pakai, tapak nyer dah tipis. Banyak kali pijak akar pokok. Tu yang tak best... 

Dan selepas hampir 1 jam 30 minit, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Arong...(kalau fit cuma 45 minit untuk sampai puncak kata budak guide tu) Alhamdulillah.. Horaayyyy !!!!!... dah sampai...!!! 

Batman's family..(sayap time malam je..hehehe)

Our team

Honestly.. aku tak expect yang Gunung Arong ni punya view. Rupanya Gunung Arong ni punya view yang SANGAT CANTIK... Ia sangat berbaloi untuk didaki..

Dah lama rasa nyer tak menyaksikan keindahan alam dari atas gunung.. Hilang rasa penat lelah mendaki bila lihat keindahan ciptaan Tuhan. Itulah detik yang aku paling suka bila mendaki ni. Banyak pengajaran yang boleh diambil.  

Jom layan gambar..









Kami stay kat atas puncak lebih kurang 40 minit. Perjalanan turun kami sebenarnya berlainan dengan jalan naik. Kami akan melalui teluk  dan pantai. Cuma nyer kami tak snap gambar sebab anak-anak dah mula penat. So terpaksa dukung diorang sampai sampai ke base camp. Sampai base camp lebih kurang 1900 hours. 

GUNUNG ARONG, MERSING - Part 2

Bergerak keluar rumah jam 0630 hours sebab perlu berkumpul di Klinik Kesihatan Kulaijaya sebelum jam 0700 hours, dan kami sampai jam 0710 hours. Lewat 10 minit. Tapi baru satu keluarga yang menanti. So menunggulah yang lain-lain. Sementara tu Mr.Faizal (MA Hosp Kulaijaya) bagi-bagi bfast nasi lemak. Masih hangat, berat tapi 'kosong'. Macam manusia, pakai baju tapi tak pakai seluar. hahahaha... Makna nyer nasi lemak tu cuma nasi, sambal, telur rebus separuh biji, tanpa kacang tanah, ikan bilis dan timun.. Tapi harga macam dapat semua pakej nasi lemak. Haru betul... hahahaha... Tapi aku tak makan sebab tak lapar lagi, lagipun nak drive, takut mengantuk plak. Lastly kami ETD ke Mersing at 0820 hours. 

Sampai di Telok Gorek (kampung yang ada di kaki Gunung Arong) lebih kurang 1130 hours. Set up khemah's. Rileks jap dan terus bersolat Jumaat. Time ni la kejadian misteri menerpa diri aku, sebab time dengar khutbah tu, tetiba khatib yang baca khutbah tu 'hilang' dari pandangan. Cuma dihujung khutbah tu dia 'muncul' semula. Tapi aku pasti, kenapa khatib tu boleh 'hilang'... sebabnyer... aku 'tertidur'.. hehehehe.. 

Lepas solat, acara 'yamseng' .. hehehe.. alas perut dulu..


Makan..makan..
Cuaca terik jangan cakap ler.. memang terik der..Subhanallah... Sebelum hiking kami baca doa dulu..(moga dipermudahkan segala). Seorang guide jaga kita orang. Pakai selipar je budak guide tu.. Dah biasa la tu.. tu yang pakai selipar je... 

Waduh..ganteng mas..!!! bisa jadi pacar nih..

Acara wajib

Itik pulang petang...(walupun baru nak gerak)
Pendaki termuda kali ini adalah cik komando kita... 'RIZQ NUR ABDAH' yang berusia 1 tahun 2 bulan (ketika itu). Menurut pengusaha chalet tempat kita orang stay tu, ABDAH adalah kanak-kanak pertama dan terkecil yang pernah mendaki Gunung Arong tu. Cayalah Abdah...!!!!  New Record for you...!!!!

Aufa, Abdah & Mama...dengan air 100plus..
Dan inilah dia...Gunung Arong dari kejauhan...



GUNUNG ARONG, MERSING - Part 1

Assalamualaikum...

Mersing tempat dituju untuk kali ini. Dan destinasinya adalah Gunung Arong. Dah lama sebenarnya tak hiking ni. Dulu tiap-tiap tahun aku naik Gunung Ledang kat Muar tu. Untuk ke Gunung Arong ni, sebulan sebelum pergi, aku dah training sikit2, stamina & strenght perlu jitu kalau nak hiking. Lebih-lebih lagi kalau dah lama tak mendaki ni. Walaupun dikhabarkan Gunong Arong ni tak la tinggi mana, namun persediaan perlu ada. Mental & fizikal mesti mantop!!

Terima kasih pada En. Adi (Pegawai Kesihatan di Johor Bahru) kerana bagi peluang aku join korang. Semua geng-geng kali ni tak pernah bersua muka, tak pernah kenal namun sangat frenly dgn aku. Geng-geng ni antaranya doktor-doktor & MA (Medical Assist.) dan they all kebanyakkan nyer dari Kulai dan beberapa geng dari luar. Kami semua naik Gunung Arong ni pada 19 September 2014 (dah lama pegi tapi baru masuk entri) hehehe... 

Dan untuk pertama kali nyer.. batgirl dan 2 anak 'batman' ikut join sama. New experience untuk they all. Hahahaha.. habis la ko batgirl. Saje nak ragging ko...!!!!

Tempat kami berkhemah... 5 star hotel!!! hahaha...


Batman's family in the cave!


Thursday, April 2, 2015

DARI BR1M DIA DATANG, KEPADA GST DIA PERGI

Hahahaha.. 

Ekonomi negara bukan di bawah bidang kuasa aku... namun sebagai rakyat biasa yang lahir tumpahnya darahku di bumi Malaysia yang aku cintai ini juga turut menyumbang kepada ekonomi negara. Jangan tanya berapa ringgit yang keluar poket aku untuk bayar cukai dalam negara, tapi yang penting aku juga membayar cukai yang ada dalam negara ini. 

Secara peribadinya, aku tak sokong GST 6% yang diarahkan oleh kerajaan. Terus terang cakap ni. Biarlah orang nak hentam aku ke.. nak ejek aku ke.. nak kata bodoh ke.. tapi aku tetap tidak setuju. Dan paling menyakitkan hati adalah ada pak menteri yang sanggup keluar statement yang kata cukai GST ini tidak membebankan rakyat. BETUL KE..!!?? Tolonglah rakyat yang tidak berkemampuan. Kalau ada yang kata, "kan dah ada bantuan BR1M..!!! tu kerajaan dah tolong lah...",  Itu tidak aku nafikan, namun bantuan BR1M itu tidak tepat pada 'sasaran'.  Ada saksi kata, masa pengambilan BR1M yang pertama dulu, yang datang ambik BR1M tu siap datang naik Toyota Alphard, Vios dan lain2 kereta mewah. Jadi bagaimanakah ketelusan bantuan tu...


VS










Suara 'kecil' aku ni tiada mendatangkan apa makna. Namun ini adalah rintihan rakyat marhaen yang datangnya bukan dari golongan bangsawan atau anak-anak pak menteri. 'Survival' hidup mesti diteruskan. Setuju atau tidak setuju, aku kena telan walaupun pahit. Moga 'pahit' itu menjadi 'turning point' untuk aku berubah ke arah yang lebih positif untuk lebih rajin berusaha bagi memantapkan ekonomi keluarga agar isteri dan anak-anak aku tidak mati dek tak makan. 

Terima kasih Allah kerana aku tinggal di Malaysia yang aman...